Khamis, 31 Disember 2015

Salam Malam Jumaat semua,


Salam Malam Jumaat semua buat pembaca dan pengunjung ke blog Salam Malam Jumaat. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. 

Lebaran baru pada buku yang baru, apabila buku tahun 2015 bakal habis. Ia tiba masanya kita memulis lembaran yang baru di buku tahun 2016. 

Azam baru untuk blog saya ini, akan diteruskan kecuali kejadian yang tak diingini dariapda berlaku. Saya akan terus berkongsi cerita-cerita seram, mistik, lagenda serta beberapa infomasi yang menarik buat tatapan pembaca pada setiap malam Jumaat. Teruskan memberikan sokongan kepada blog saya ini dan sila jadi follower agar kamu dapat info bila bahan baru bakal saya kongsikan. 

Terima kasih dengan terus mengunjungi blog saya dan terima kasih bersabar menanti bahan yang saya bakal kongsikan ini. Saya ingin memohon maaf jika saya pernah menyinggung mahupun terkasar bahasa sepanjang saya berkongsi di blog saya ini. Saya akan berusaha dengan terus mengekalkan blog ini adakalanya ia sunyi sekali. 

Sekali lagi Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 kepada semua, harap kita boleh berjumpa lagi pada tahun depan. Terima kasih semua.

Mata / Deria ke-6



Salam Malam Jumaat,

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat sesetengah manusia yang terpilih. Manakala ada mereka mendapat kelebihan ini dengan kejadian yang tragis (selepas mengalami koma mahupun kecederaan yang hampir meragut nyawa), mendapat pada usia yang lewat, mereka yang ada mengamalkan ilmu, mereka yang mempunyai saka, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi terutamanya agama dan faktor keturunan.

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang unik apabila ada mereka ini sensitif pada keadaan sekeliling apabila deria-deria akan menjadi lebih peka. Kelebihan yang lain adalah kelebihan untuk melihat, berbicara dan merasakan kehadiran mahluk-mahluk halus. Selain itu ada mereka mempunyai kelebihan untuk meramal dan membaca fikiran orang lain yang dikenali ramai sebagai phychic.

Kanak-kanak sekitar usia 3-6 tahun mampu melihatnya akan tetapi deria ini akan hilang dengan sendirinya tapi jarang sekali berlaku apabila kelebihan deria ini dibawa sehinggakan dewasa.

Mereka yang memiliki kelebihan deria ke-6 biasanya akan lebih suka menyendirikan diri mereka apabila diluar sana banyak yang tidak mahu mengerti kelebihan yang ada pada mereka apabila ada masyarakat akan memulaukan mereka yang ada kelebihan deria ke-6. Apabila tiada yang ingin memahami ataupun cuba fahami mereka ini.

Mereka yang ada kelebihan deria ke-6 , sering kali dipertikaikan pada kelebihan mereka ini apabila dikatakan suka menunjuk-nunjuk dan penipu. Oleh kerana ini mereka dipulaukan, akan tetapi mahluk halus ini lebih berasa kasihan dan sudi berkawan dengan mereka ini. Jika ada manusia yang faham itu tidak banyak, akan tetapi ada ramai yang suka mengambil kesempatan pada kelebihan yang ada pada mereka ini.

Ada mereka yang mampu mengawal kelebihan deria ke-6 manakala ada ramai memilih untuk menutup mahupun membuang deria ke-6 ini dengan meminta bantuan pada mereka yang mahir mahupun pakar mengenainya. Kebiasanya ibubapa yang mendapat tahu bahawa anak mereka mempunyai deria ke-6 ini akan berusaha mencari mereka yang pakar untuk membuangnya untuk kebaikkan anak mereka ini daripada terus menerima gangguan yang diterima apabila penampakkan mahupun ada mahluk halus ini ingin menjadi kawan. Dimana ia dilarang tegas daripada berlaku apabila ia boleh memudaratkan mereka yang ada deria ke-6 ini. Tapi kebanyakkan ibubapa pada era sekarang ini tidak ambil peduli langsung, apabila ada berfikiran bahawa anak-anak mereka ini sekadar nak perhatian sahaja.

Disini saya ingin kongsikan 2 cerita mengenai penampakkan roh mereka yang pulang ke rumah dimana disaksikan oleh kanak. Cerita pertama berlaku kepada diri saya sendiri dimana ibu saya menceritakan kepada saya manakala cerita kedua pula berlaku kepada sepupu lelaki saya sendiri semasa kematian nenek kami.

Cerita ini berlaku pada malam hari datuk (sebelah keluarga ibu saya) dikebumikan di kubur. Biasanya malam pertama ahli keluarga akan berjaga-jaga dirumah apabila kepercayaan cina percaya bahawa roh akan balik ke rumah. Ahli keluarga akan menanti kedatangan roh apabila ia balik ke rumah antaranya kelibat mahupun bau-bauan. Pada masa itu saya masih kecil lagi sekitar usia 2-4 tahun, pada masa berjaga itu saya dibawa tidur di dalam bilik dimana rumah nenek saya bertemankan ibu saya. Apa yang ibu saya ceritakan kepada saya, dengan tiba-tiba ibu saya ternampak saya terbangun daripada katil dan melambai-lambai pada sesuatu dimana ibu saya tak nampak. Gayanya melambai seseorang itu pergi. Pada keesokkan harinya ibu saya menceritakan kepada orang rumah, memang terkejut juga apabila kehadiran roh datuk saya di tempat yang tidak disangka.

Cerita kedua pula berlaku pada malam nenek (sama daripada keluarga ibu saya juga) selepas dikebumikan. Sama seperti yang saya jelaskan awal cerita, upacara berjaga dilakukan di rumah mendiang nenek saya. Kali ini berlaku kepada adik sepupu lelaki saya dimana pada usia sekitar 2-4 tahun juga, melambai-lambai pada sesuatu dimana dilihat oleh ibunya (mak cik saya) sambil berkata “Bye-Bye” pada sekitar tengah malam apabila dia dibawa ibunya tidur dahulu. Kejadian itu diceritakan oleh mak cik saya kepada kami sekeluarga yang ada di sana.

Percaya ataupun tidak itu terpulanglah, asalkan jangan kamu menyakiti perasaan mahupun membuli mereka yang ada kelebihan deria ke-6 ini. Sebabnya mereka ini adalah manusia juga akan tetapi mereka hanya mempunyai kelebihan yang dikurniakan kepada mereka oleh Yang Maha Esa. Ingat Tuhan itu Maha Adil, satu hari karma akan terkena pada diri sendiri atas perbuatan diri sendiri juga selain daripada menerima pembalasan daripada mereka yang mempunyai saka. Itu lebih kepada kes berat. Apa-apa sekalipun deria ke-6 ini sesuatu yang unik dimana tak semua yang dikurniakan dengan kelebihan ini.

Khamis, 24 Disember 2015

Salam Malam Jumaat semua.

Saya bagi penulis blog Salam Malam Jumaat, ingin mengucapkan khas buat pembaca yang beragama Kristian. Selamat Menyambut Hari Natal. Merry Christmas and Happy New Year.

Meminta Izin


Salam Malam Jumaat,

Pedulilah apa yang dikatakan, khurafat dan syirik sekalipun apabila kemaluan kamu membengkak ataupun perut kamu seperti ibu yang mengandung 9 bulan ataupun dalam keadaan membusung. Apa yang kamu nak katakan apabila ia terjadi kepada diri sendiri?

Orang tua-tua sering kali berpesan jangan membuang air kecil mahupun besar ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Antaranya ditempat-tempat yang terpencil, hutan, busut, tempat air bertakung, mata air, pokok dan sebagainya.

Tempat-tempat berkenaan pada pandangan mata kasar hanya itu sahaja akan tetapi bagi alam ghaib, ia merupakan tempat tinggal bagi mahluk-mahluk halus ini. Ia semestinya perbuatan yang biadap apabila rumah kamu sendiri  dikencing mahupun dikotori dengan najis bukan. Biarpun bagi kita manusia akan turut berfikiran yang sama bukan?

Apabila keadaan darurat dan terdesak serta tiada tempat lain boleh digunakan untuk melepaskan hajat kamu maka ia terpaksa. Bukan main lepas sahaja tanpa membuat apa-apa bukan. Sebelum kamu ingin melepaskan hajat kamu, bacalah “Bismilllah” barulah kamu lepaskan. Yang lain seperti meminta izin, ludah pada tempat yang kamu nak lepaskan hajat, dengan berkata “Tumpang ke tepi” dan seperti mana orang tua-tua sering kali memberitahu dengan meminta izin dengan “Datuk, Nenek. Cucu tumpang .... (air kencing ataupun besar, tengok kepada keadaan).

Percaya mahupun tidak itu terpulang la. Jangan berikan alasan ia mengarut sebab darjat kita sebagai manusia adalah lebih tinggi daripada mahluk-mahluk halus nie akan tetapi jika ia berlaku seperti mana diterangkan awal tadi. Ia boleh membuat sesiapa sahaja terdiam dan rasa menyesal itu baru timbul. Nasi sudah mencari bubur, maka terimalah pembalasan atas perbuatan yang biadap itu sendiri. Jika kamu bawa berubat, semua akan memberikan penjelasan yang sama dan cara mengubati pun tidak memerlukan banyak perkara. Ubatnya kamu perlu meminta maaf, pada tempat-tempat kamu lepaskan hajat tanpa memberitahu itu. Hanya terpulang kepada Yang Maha Esa sama ada mahluk yang tinggal di sana memaafkan perbuatan kamu itu ataupun tidak. Jika ego kamu menguasai diri kamu, tak ingin meminta maaf maka penderitaan itu akan berterusan sehinggakan kamu meminta maaf.

Dunia ini bukan sahaja didiami oleh kita manusia sahaja malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain seperti tumbuhan, haiwan serta mahluk-mahluk halus dimana pancaindera kita tak mampu melihatnya kecuali mereka yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Kita kena sedar mengenainya dan kita kena sedar bahawa kita berkongsi dengan yang lain. Meminta izin itu tidak salah juga bukan?

Salam Malam Jumaat semua,


Disini saya sebagai penulis blog Salam Malam Jumaat, ingin mengucapkan khas buat pembaca yang beragama Islam. Salam Maulidur Rasul. Happy Prophet Muhammad Birthday.

Khamis, 17 Disember 2015

Penunggu Rumah


Salam MalamJumaat,

Seperti mana kita tahu bahawa kita manusia tidak tinggal di dunia ini seorang diri malah kita berkongsi dengan mahluk-mahluk lain daripada ciptaan Yang Maha Esa, ia termasuk juga dimana terbatas dari segi penglihatan kita manusia.

Tak mengira rumah itu lama mahupun baru sekalipun kewujudannya semestinya tak mampu kita kata benar mengenainya. Apabila kelibat adakala berlaku sebentar mahupun kekal itu, semestinya membuat sesiapa yang melihatnya menjadi gentar mahupun menjadi takut. Ia adalah Penunggu Rumah.

Kewujudannya tak pernah menganggu penghuninya kecuali ada sesuatu yang membuatkan ia menganggu apabila penghuni ada melakukan sesuatu yang salah.

Ia akan berdiri pada satu sudut di rumah tersebut dan tidak akan bergerak ke mana-mana. Adakala ada pernah melihat kelibat tersebut berdiri di tempat-tempat tertentu seperti di atas tangga rumah, bawah tangga, sudut rumah yang paling gelap, bilik stor, tandas dan tempat-tempat yang berada di rumah yang jarang sekali digunakan. Ia hanya berdiri tegak dengan wajah ditutupi dengan rambut yang panjang manakala ada pula ia hanya menundukkan diri sambil wajah ditutupi dengan rambut yang panjang dan adakalanya ia menatap pada wajah kamu dengan mata terbeliek serta tersenyum dengan rambut yang panjang pada sisinya.

Ia boleh dikatakan adalah barisan hadapan jika ada mahluk ghaib yang lain ingin memasuki mahupun menduduki rumah tersebut dengan menghalangnya. Akan tetapi ada batasnya apabila jika penyerang mahupun pencereboh itu lebih kuat daripada ia maka ia terpaksa mengalah apabila tak mampu menangininya. Jika penyerang mahupun pencerobohnya dapat diusir keluar maka tanggung-jawab itu berbalik kepada penunggu rumah.

Tidak banyak diketahui mengenai penunggu rumah. Hanya segelintir sahaja mampu melihatnya. Adakalnya kehadirannnya diambil peduli ataupun sebaliknya, malah ada yang sanggup mengeluarkan daripada rumah pada pemilik rumah menjadi takut terhadap kehadiran penunggu rumah. Ada lebih baik biarkan sahaja, apabila kita tidak menganggu maka ia tidak akan menganggu kita. Terpulang nak percaya ataupun tidak, akan tetapi ia tu memang wujud.



Khamis, 10 Disember 2015

Rumah


Setiap manusia mempunyai sebuah tempat dimana dilindungi daripada alam sekitar dan bahaya di luar sana. Kira dimana bertuah sekali mempunyai tempat tinggal yang kita panggil rumah untuk berteduh, manakala ada yang tidak bernasib baik seperti kita ini. Maka rumah tersebut harus dibersihkan, atas petua orang tua-tua dahulu iaitu secara fizikal dan spiritual.

Secara fizikal dengan membersihkan rumah tersebut pada persekitarannya tidak mengira rumah itu baru mahupun sudah lama. Secara spiritual dengan membersihkan dengan mengunakan yang diajar pada agama dan kepercayaan yang dianuti. Cara Islam dengan membuat doa selamat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan azan. Manakala yang beragama Kristian dengan mempelawa Father mahupun pastor ke rumah dengan membuat blessing dan bacaan doa. Serta mereka yang beragama Buddhist dengan membuat upacara keagamaan dengan meminta sami-sami membaca doa.

Sebabnya dunia ini bukan sahaja yang kita tinggal malah kita berkongsi dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain. Dan setiap ciptaan-Nya mempunyai tempat tinggalnya tersendiri. Mahluk halus ini, bukan semua kita mampu melihatnya kecuali buat mereka yang diberikan kelebihan yang membezakan kita dengan orang lain. Mahluk halus ini akan mencari dimana rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Itulah sebabnya kita kena berbuat demikian terhadap rumah dimana kita bakal di diami. Akan tetapi bukan semua Berjaya apabila adanya berdegil untuk berpindah apabila ada yang sudah tinggal di rumah tersebut lebih lama daripada kita, maka kita yang sendiri kena berpindah.

Apabila satu per satu manusia mulai meragut untuk dijadikan tempat yang membangun, mahluk halus nie mulai menerima tempiasnya apabila kediaman mereka dimusnahkan. Ada yang terus kekal manakala ada yang terpaksa berpindah manakala ada yang melawan apabila rumah mereka itu bakal dirampas.

Walaupun ia jarang berlaku apabila kedua-dua pihak mampu hidup secara harmoni. Apabila sefahaman dapat dibuat, kedua-dua pihak mampu hidup di satu bumbung selagi kedua-dua pihak bertolak-ansur dan tidak menganggu satu sesama lain.

Khamis, 3 Disember 2015

Darah


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya ingin kongsikan kepada semua Infomasi menarik dimana saya pernah kongsikan di group. Ia hanya infomasi ringkas sahaja untuk bacaan dan memberitahu sahaja.

Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.

Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya.

Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya.  Maka tidak hairan  melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.

Jika diberikan makanan percuma  semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Khamis, 26 November 2015

Kehadiran


Jika kamu dengar ia dekat bererti ia jauh manakala jika kamu dengar ia jauh maka ia dekat.

Jika ia datang membawa bau yang busuk kemudian bertukar menjadi wangi bererti ia membawa maksud yang baik dan ia tidak menganggu. Manakala jika kamu terbau ia wangi dahulu kemudian bertukar menjadi busuk bererti ia membawa maksud yang tidak baik dan baik berjaga-jaga sebab ia datang menganggu.

Jika bersendirian dan kamu terdengar ada memanggil kamu, baik berjaga-jaga sebab ia memanggil kamu.

Jika kamu terdengar bunyi orang memberikan salam kepada kamu penuh maka haruslah dijawab, manakala jika kamu dengar bunyi orang memberikan salam kepada kamu kurang jelas mahupun lengkap baik berdiama diri daripada memjawab. Sebab ada kemungkinan ada benda lain nak masuk ke rumah kamu jika kamu menjawab maka kamu membenarkan benda tu masuk ke rumah kamu.

Jika kita berada di tempat baru disaran agar tidak bercakap besar mahupun bersikap tinggi diri, kamu sendiri mencari pasal apabila ia adalah  perbuatan biadap bukan sahaja buat benda halus nie malah kita manusia pun sama.

Jika ada benda pelik ataupun ganjil ditempat-tempat yang dikatakan keras mahupun angker, baik jangan ditegur. Jika ditegur ia datang dengan penuh dendam apabila benda tu tidak suka ditegur apabila benda nie menanggap sebagai biadap.

Jika ilmu tiada di dada baik jangan memandai membuat perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri dan lebih teruk menyusahkan orang lain. Baik jaga diri sendiri dahulu jangan nak menunjuk kelebihan yang tak setinggi mana.

Janganlah gatal tangan sangat nak pergi adventure ke tempat2 yang berhantu. keras mahupun angker. Jangan nak katakan berdarah muda pergi ke tempat-tempat berkenan dengan ilmu yang cetek, lebih teruk membawa anak orang lain (anak gadis) ke sana. Jika ada berlaku apa-apa bukannya berlaku kepada diri sendiri sebaliknya jika ia berlaku kepada anak gadis tersebut, ada juga kamu kena buku lima daripada beliau anak gadis itu. 

Jangan biadap terutamanya tempat-tempat seperti kubur, tempat berpuaka, berhantu mahupun keras. Jika buat juga nasib kamu apabila pembalasan dia lebih teruk dan ubatnya pun kita berminta maaf juga. Bukan kita sahaja yang tinggal di dunia nie, malah kita berkongsi dengan mahluk lain seperti mana mereka nie ciptaan Tuhan juga.

Biarlah kamu digelarkan macam mana sekalipun pengecut, penakut dan lain, daripada kawan kamu mencabar membuat perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga kamu sendiri. Jika kamu kuat semangat mahupun iman bukan bererti kamu dikenakan gangguan sebaliknya ia jatuh kepada orang yang terdekat dengan kamu. Biar sekalipun ia berkaitan dengan duit sekalipun. Baik jangan.

Petua orang tua nie ada banyak tidak boleh diterima mahupun diluar pengangan agama, tapi ada sebab mengapa. Janganlah kita menghina mahupun menidakkan sebab ia kira derhaka kepada orang tua itu sendiri dan secara tak langsung ia salah semua pegangan agama. Ikut ataupun tidak tu terpulanglah. Kita kena faham keadaan sekarang tak sama dengan keadaan pada masa orang tua-tua nie berbeza sekali dengan kita. 

Percaya mahupun tidak tu terpulang, sebab ia adalah salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa. Jika kita menidakkan kewujudannya bererti kamu menidakkan ciptaan Tuhan. Apabila semua agama ada menerangkan kewujudan mahluk halus. Kita kena sedar bahawa kita manusia nie berkongsi dengan haiwan, tumbuhan dan mahluk dimana mata kita tak mampu melihatnya. Hanya satu sahaja HORMAT itu sahaja.

PERCAYA MAHUPUN TIDAK ITU TERPULANG LA, LAGIPUN TIADA SESIAPA ADA HAK MEMAKSA KAMU UNTUK MENPERCAYAINYA.

Khamis, 19 November 2015

Bab25 : Salam Malam Jumaat semua

Salam Malam Jumaat semua,

Pada minggu hadapan saya masih belum dapat berkongsi cerita2 penulisan kisah seram atas faktor peribadi walaupun kesemua bahan2 penulisan saya sudah lengkap ditulis pada nota idea saya (dah dekat 3 buku nota penuh). Apabila saya mempunyai masa yang terluang baru saya akan sambung menulis penulisan cerita seram saya ini.

Buat sementara ini saya akan berkongsikan infomasi2 yang menarik mengenai infomasi ringkas, lagenda, kepercayaan dan adat. Ia adalah hasil daripada saya mencari infomasi untuk note Facebook saya dimana sama seperti apa yang saya kongsikan di blog saya ini. Ada kebanyakkan infomasi yang bakal saya kongsikan ini tidak pernah dikongsikan di dunia internet ini dalam bahasa Malaysia (apabila kebanyakkan adalah dalam berbahasa Inggeris). Apabila ada infomasi ini saya sendiri mengalih bahasa ataupun translate sendiri (ia bukan perkara yang mudah dengan kamus berdekatan dan tidak semudah Google Translate yang memberikan pengertian yang berbeza daripada asalnya).

Akan tetapi ada beberapa saya akan kongsikan dalam Bahasa Inggeris apabila ia mustahil dan saya tak ingin mengambil jalan mudah untuk Google Translate infomasi berkenaan apabila ia banyak mengunakan ayat dan bahasa dimana saya kurang faham dan pengalihan bahasa boleh merosakkan infomasi yang ingin dikongsikan.

Apa yang saya bakal kongsikan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan pemahaman kepada mengenai kepercayaan dan adat masyarakat dan kaum lain. Dimana saya akan lebih banyak kongsikan dalam kepercayaan dan adat masyarakat kaum Cina. Apabila saya ini mix dan membesar dengan adat kedua-dua pihak. Maka saya lebih memahami baik buruk darah yang saya ada. Jika tertanya apa bangsa saya juga (soalan paling menjengkelkan) Brunei Cina itu bangsa saya dan lebih saya tak akan kongsikan lanjut. Sebab saya adalah Malaysian.

Apa-apa pun selamat membaca apa yang saya bakal kongsikan pada minggu hadapan sebab kesemuannya adalah random.

Batu Sapi


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya ingin kongsikan kepada semua tempat yang mempunyai kisah lagenda dan kisah seram yang pernah berlaku pada satu ketika dahulu. Ia adalah Batu Sapi dimana ia adalah warisan dan mercu tanda buat Sandakan. Daripada namanya Batu Sapi nie adalah struktur batu tepi laut yang berbentuk seperti seekor lembu. Taman warisan yang menempatkan Batu Sapi berada muara laut Sandakan yang terletak kira-kira 12 kilometer daripada pusat bandar.

Mengikut dongeng masyarakat setempat kampung asal usul tempat berdirinya batu sapi tu ialah sebuah perkampungan nelayan. Kononnya pada suatu hari ada seekor buaya yang besar berenang menuju ke kampung itu pada waktu Maghrib ketika penduduk kampung sedang berada di dalam rumah masing-masing. Kebetulan pada masa tu seekor lembu jantan ternampak kedatangan buaya tu lantas ia terjun ke laut untuk melawannya. Orang kampung kemudian keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan kedua-dua haiwan itu. Bagaimanapun, menurut dongeng itu ketika pertarungan sedang berlangsung dengan sengitnya, kedua-dua haiwan tu tiba-tiba disambar petir, lantas menyebabkan kedua-duanya bertukar menjadi batu. Jika diperhatikan betul-betul terdapat satu struktur batu berbentuk buaya pada kaki struktur batu yang berbentuk seekor lembu.

Disini saya akan kongsikan 2 kisah seram yang saya tahu mengenainya dimana ia berlaku pada masa saya masih kecil lagi dimana ada masih lagi jambatan mengelilingi batu nie dimana sesiapa sahaja boleh datang mengunjungi tanpa sebarang bayaran dan tidak mengira masa. Tetapi ia jambatan tersebut dirobohkan dan pengunjung tidak lagi boleh mendekati batu tu lagi. Mereka hanya boleh melihatnya daripada jauh daripada platform yang bedekatan dengan pintu masuk ke batu nie. Kisah pertama ada benda berdiri di atas batu dan Kisah kedua pula ada gadis serba putih bersendirian di jambatan.

Kisah pertama nie berlaku semasa ada. berlaku kepada beberapa pemuda datang ke batu nie pada masa tu di malam hari untuk lepak sambil bermain-main dengan gitar. Dengan tiba-tiba salah seorang daripada mereka terlihat di atas batu tersebut ada satu lembaga serba putih berdiri dengan mata yang serba merah. Tanpa membuang masa pemuda-pemuda tersebut membuka langkah seribu meninggalkan batu tersebut dan tidak berani untuk berlepak di sana dikala malam hari.

Kisah kedua pun berlaku pada era yang sama juga, kejadian nie berlaku kepada seorang lelaki kira berjalan-jalan di batu tersebut pada waktu malam. Dengan tiba-tiba dia terlihat dengan seorang gadis sedang berdiri bersendirian di jambatan yang mengelilingi batu tersebut. Gadis tersebut ternyata serba putih dengan rambut panjang melepasi bahu. Apabila lelaki tersebut cuba mendekati gadis tersebut, kedengaran bunyi tangisan daripada gadis tersebut sebelum ghaib daripada pandangan lelaki tersebut apabila dia berpaling ke arah gadis tersebut selepas berpusing. Lelaki tu tercari-cari ke mana hilangnya gadis tersebut dan dia tak nampak langsung gadis tersebut keluar daripada jambatan tersebut apabila hanya satu jalan masuk dan keluar. Lelaki tersebut menjadi risau ada kemungkinan gadis tersebut terjun ke dalam laut akan tetapi dia langsung tidak mendengar bunyi air berkocak. Tanpa membuang masa lelaki tersebut meninggalkan batu tersebut apabila seram sejuk mulai melanda dirinya.

Tapi ia berlaku pada masa dahulu akan tetapi sekarang Batu Sapi bakal mengalami kemusnahan daripada persekitaran yang rosak teruk dan penbanjiran dengan warga PATI. Ia adalah salah satu warisan Sandakan yang mulai dilupakan dan hilang tidak lama lagi. Sekarang pengunjungnya bukan datang untuk menghargai ciptaan Tuhan sebalik datang ke Batu Sapi semata-mata untuk mencari kekayaan yang cara yang salah. Terdapat pengunjung-pengunjung yang masih setia iaitu mereka yang kaki judi yang mempercayai Batu Sapi nie adalah kawasan yang keramat dimana untuk bernazar, membuang ataupun menolak bala dan menilik nombor ekor. Benar ataupun tidak, tu tetap salah dengan menyalah guna salah satu ciptaan Tuhan buat kita manusia.

Kain-kain kuning dan sisa makanan daripada pemujaan berselerak pada bongkah batu nie. Oleh kerana batu nie berada di kawasan dimana kita warga Sandakan sebagai kawasan hitam dimana ia kawasan yang bahaya apabila bilangan PATI berada di sana boleh mengugat keselamatan warga penduduk asal Sandakan. Sekarang kawasan Batu Sapi cukup menyedihkan dimana ia dahulunya adalah tarikan dan mercu tanda buat Sandakan hanya tinggal nama.
Berdasarkan situasi semasa, formasi batu yang sebelum nie gah namanya tidak lagi menghadirkan perasaan teruja orang ramai untuk mengunjunginya. Ketika nie apabila disebut nama Batu Sapi, ia akan menjurus kepada Parlimen Batu Sapi, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Jalan Lintasan Batu Sapi dan beberapa lagi yang ada kaitan dengan nama bongkah batu tu. Kawasan yang dahulunya menjadi satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang ke kawasan nie kini tinggal sunyi sepi.

Sampai disini sahaja infomasi dan kisah seram mengenai Batu Sapi. Maka tamatlah sudah “Siri Infomasi dan Kisah Seram di Sandakan” dan pada masa hadapan kisah penulisan kisah seram akan kembali semula pada hari Khamis. Terima kasih dengan terus mengikuti siri nie, jika ada sebarang infomasi mahupun kisah seram yang saya dengar akan saya kongsikan buat kamu semua. Sekian buat kali semua iaitu infomasi dan kisah-kisah seram yang tidak ramai warga Sandakan tahu mengenainya sendiri.

Salam Malam Jumaat.

Khamis, 12 November 2015

Jalan Labuk Lama

Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya ingin ceritakan mengenai sebuah Jalan boleh dikatakan sebuah jalan lama sejak pemerintahan British lagi. Ia tidak lain tidak bukan Jalan Labuk Lama. Ia adalah jalan utama yang menghubungkan satu pekan ke bandar yang lain dan ia juga jalan utama di Sandakan nie.

Jalan Raya nie sering kali digunakan sebabnya ia adalah jalan utama masuk dan keluar daripada bandar Sandakan sebelum adanya highway ataupun jalan lintas. Dari jalan yang merah sehinggakan bertar (selain daripada selalu rosak) mempunyai kisahnya tersendiri buat pengunanya dikala malam menjelang. Ia semestinya menyeramkan sekali selepas melintasi pekan gum-gum apabila kedudukan rumah jauh serta terdapat beberapa ladang sawit dan hutan simpan. Sesiapa sahaja boleh tergugat semangatnya apabila menjelang tengah malam.

Disini saya ingin kongsikan kepada kamu semua dua kisah pendek sahaja walaupun saya tahu ada banyak sekali tapi nie apa yang saya pernah dengar dahulu. Kisah mengenai pemandu lori balak (semasa kegemilangan pokok balak) dan mengenai pemandu bas express.

Kisah pertama, ada seorang pemandu lori balak mengunakan jalan raya nie dikala malam hari. Pada masa tu kenderaan yang mengunakan jalan nie tidak banyak rata-rata pun lori besar sahaja. Dipendekkan cerita, pada masa tu dia memandu agak lewat dekat tengah malam membawa muatan penuh dengan kayu balak. Dia terpaksa memandu dengan berhati-hati apabila jalan itu sering kali rosak dan mengelak daripada termasuk lubang. Dengan tiba-tiba, pemandu lori tersebut terlihat daripada lampu suluhnya satu lembaga putih melambai-lambai ke arahnya dengan rambut yang serba panjang. Tanpa memikir panjang pemandu lori tersebut tekan pedal minyak dah terus berlalu pergi, tanpa disangka lembaga tersebut berada di hadapannya. Dia cuba mengelak lalu terlanggar penghadang jalan dan bernasib baik tiada kenderaan di belakangnya serta lembaga tersebut ghaib daripada pandangan. Akhirnya pemandu tersebut tidak berani lagi memandu malam tapi apabila diberikan tugas itu semula semestinya dia akan menolaknya.

Kisah kedua, ia adalah kisah seorang pemandu bas express yang mengunakan jalan raya tersebut dikala tengah malam. Oleh kerana ia perjalanan terakhir daripada Sandakan ke destinasi yang lain. Pemandu bas tersebut memandu dengan berhati-hati akan tetapi cuba menepati masa tiba kelak. Entah daripada mana dengan tiba-tiba, kedengaran ada benda mengena tingkap belakang bas sehingga ia pecah dan menyedarkan beberapa penumpang bas tersebut daripada tidur. Pemandu bus tersebut menghentikan basnya dan meminta pembantunya memberikan dia lampu suluh agar dia boleh mencari puncanya. Dia bersama-sama dengan pembantunya keluar daripada bus express melihat keadaan sekeliling dimana mereka berada di kawasan kelapa sawit. Pemandu bus tersebut menjadi pucat apabila melihat satu lembaga kecil terapung-apung di bawah bersebelahan dengan tingkap yang pecah tersebut, dia melihatnya jelas sekali dengan rambut yang kusut-masai yang panjang serta tali-tali di bawah lembaga tersebut. Tanpa membuang masa pemandu bus tersebut mengarahkan pembantunya masuk ke bas dengan segera dan pemandu bus memandu busnya dengan segera sambil membaca surah-surah suci yang terlintas di kepalanya. Syukurlah lembaga yang dilihat oleh pemandu bus tersebut tidak mengejar busnya, tapi ia kekal di ingatan pemandu bus tersebut apabila dia melihat lembaga kepala terbang. Pemandu bus express masih lagi memandu bus express tersebut tapi jarang-jarang sekali dia memandu pada waktu malam kecuali tiada pilihan. Tapi dia sudah bersedia jika dia diberikan untuk memandu di malam hari lagi sebab dia berbuat demikian untuk mendapatkan rezeki buat dirinya serta keluarganya.


Sampai disini sahaja kisah dan infomasi mengenai Jalan Labuk Lama buat kamu semua. Ia adalah kisah-kisah dan infomasi dimana tidak ramai orang Sandakan tahu mengenainya dan disini saya ingin nyatakan bahawa pada minggu hadapan adalah yang terakhir sekali apa yang saya bakal kongsian buat kamu semua. Sila nantikan kisah dan infomasi buat minggu hadapan.

Khamis, 5 November 2015

Jalan Aman

Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya akan menceritakan sebuah lagi sebuah jalan raya yang semestinya dikenali yang mempunyai kisah-kisah seramnya tersendiri. Ia adalah sebuah jalan raya lama yang dikenali sebagai Jalan Aman. Semestinya apabila sahaja nama jalan raya nie, warga Sandakan tahu mengenainya apabila jalan raya nie berdekatan bukan satu tapi 3 tanah perkuburan, dimana salah satunya berdekatan dengan sebuah sekolah menengah dan 2 lagi berdekatan dengan perumahan.

Semestinya sesiapa sahaja mengunakan jalan raya pada malam hari, boleh membuat sesiapa sahaja menjadi gerun dan seram sejuk dengan kelibat-kelibat batu nisan apabila dipancar oleh lampu suluh kereta. Malah dikala petang hari jalan raya nie ternyata sunyi sepi apabila ia agak suram hanya mereka yang berani dan penghuni sepanjang jalan raya sahaja yang masih mengunakannya. Disini saya akan kongsikan 2 kisah pendek mengenai jalan raya nie yang saya pernah dengar. Diantaranya kisah daripada seorang pemandu teksi dan sebuah lagi kisah seorang pelajar.

Kisah yang pertama nie berlaku kepada seorang pemandu teksi mengunakan jalan raya nie pada waktu malam selepas mengantar penumpangnya ke satu perumahan flat yang berada di kawasan Jalan Aman. Pada masa tu dah lewat sangat dan pemandu teksi tersebut tidak ingin berpatah balik ke Bandar sebaliknya mengambil keputusan untuk teruskan jalannya. Bila sahaja pemandu teksi lalu perkuburan Islam, dengan tiba-tiba di depannya kelihatan satu susuk tubuh serba putih. Benda tu melompat-lompat lalu jalan raya menuju ke arah kubur tersebut. Pemandu teksi itu menjadi pucat apabila lembaga tersebut berbuat demikian di hadapan teksinya, tanpa membuang masa dia terus terkumat-kumit membaca surah-surah suci yang dia ingat dan terus pecut meninggalkan secepat yang mungkin dari jalan raya nie.

Kisah kedua berlaku kepada seorang pelajar yang balik lewat selepas membuat aktiviti. Tidak hairan sebab pelajar nie boleh memandu kereta dan ada senang sedikit. Balik ke kisah saya nie, masa tu dekat lewat petang oleh kerana dia tidak ingin lawan jalan sesak maka dia mengambil keputusan untuk mengunakan jalan raya kira jalan pintas. Semasa pelajar nie nak lepasi hujung perkuburan Kristian, kelihatan ada seorang perempuan berdiri dengan rambut panjang dan berpakaian serba putih melambai-lambai bagaikan meminta tumpang dengan pelajar tersebut sambil memberikan senyuman yang mengerikan serta mata serba merah. Tanpa membuang masa pelajar tersebut terus memecut kereta meninggalkan perempuan misteri tersebut dan semesti pelajar nie kecut serta pucat. Difahamkan pelajar nie orang cina dan agama yang dianuti tidak diketahui. Pelajar nie demam seminggu dua dengan kejutan yang dia sendiri alami, dia sanggup guna jalan jauh daripada mengunakan jalan pintas tu lagi.


Sekian sahaja kisah dan infomasi buat malam nie mengenai Jalan Aman, ia adalah kisah-kisah dan infomasi dimana orang Sandakan tidak ramai yang tahu mengenainya. Tinggal dua lagi sebelum tamatnya apa yang saya akan kongsikan nanti. Sila nantikan ia pada minggu hadapan.

Khamis, 29 Oktober 2015

Jalan Lintas Sibuga

Salam malam Jumaat semua, kali nie saya akan kongsikan kepada kamu semua mengenai sebuah lebuh raya di Sandakan yang mempunyai kisahnya tersendiri sebaik sahaja ia dibina. Ia adalah jalan raya yang menghubungkan terus dari Batu 8 sehinggakan ke Batu Sapi. Malah jalan nie melalui Jalan Sibuga dan beberapa perumahan di sana. Jalan nie sering kali digunakan oleh kenderaan berat membawa kontena mahupun tangki minyak apabila lebuh raya nie boleh dikatakan jalan singkat yang sebelum nie kira berbahaya buat kederaan berat nie lalu kawasan bandar untuk menuju ke perlabuhan dan kilang-kilang yang terdapat berdekatan dengan Kampung Karamunting dan Bokara.

Sejak lebuh raya nie dibuka semestinya ada kisah-kisah seram mengenai jalan nie dimana sering berlaku kepada pemandu yang mengunakan jalan itu pada waktu malam. Semestinya ia menyeramkan apabila dahulu semasa jalan tu dibuka lampu jalan belum lagi berfungsi bukan sahaja memberikan sesiapa sejuk satu badan malah bila-bila masa akan berlakunya rompakkan. Kira selamat lebih kurang dengan sekarang nie apabila ada sudah kemudahan lampu jalan tapi risiko rompakkan jalanan tu masih lagi berlaku. Disini ada dua kisah pendek yang pernah berlaku buat mereka yang memandu dikala malam hari. Satu kejadian yang menimpah kepada pemandu kenderaan berat dan kisah kedua pula berlaku kepada sepasang suami isteri.

Kisah pertama, ada seorang pemandu kenderaan berat mengunakan lebuh raya tersebut kira dia sudah terlambat kepada deadline. Pada masa tu Lebuh raya tu masih belum ada perkhidmatan lampu jalanan maka dia terpaksa hati-hati apabila dia tidak diingini daripada berlaku. Dengan tiba-tiba dia ternampak satu lembaga serba putih dengan rambut yang panjang sekali berada di tepi jalan, oleh kerana perasan takut dah menyerang tanpa membuang masa dia terus pecut dengan harapan lembaga tu pergi tapi bertambah teruk sekali apabila lembaga putih tu mengejar pemandu tu daripada belakang. Pemandu terseut terkumit-kumit membaca ayat-ayat suci yang dia tahu dan akhirnya lembaga tu ghaib begitu sahaja. Semestinya pemandu tu demam panas beberapa hari dan sudah insaf tak gunakan lebuh raya dikala malam hari.

Kisah kedua, terjadi kepada sepasang suami isteri baru balik dari party rumah rakan mereka nie. Masa tu masa sekitar tangah malam dan jalan agak sunyi sepi malah tiada sebarang kenderaan lain mengunakan lebuh raya tersebut. Dengan kemudahan lampu jalan akan tetapi lebuh raya tersebut tetap memberikan sesiapa sahaja seram sejuk. Apabila si suami nak masuk ke selekoh masuk ke perumahan tinggal. Kedua-dua pasangan suami isteri terdiam dan suara kedua-dua menjadi keluh apabila betul-betul di tepi kenderaan mereka nie ada satu lembaga putih berbungkus keseluruhan. Lebih teruk sekali si isteri melihatnya lebih jelas lagi dengan wajah lembaga berbungkus tu yang ternyata menyeramkan. Tanpa membuang masa si suami memandu keretanya dengan laju ke rumah mereka dan tak henti menghon rumah mereka nie sampai mengejutkan ibu kepada si suami untuk membuka pintu. Si isteri menangis ketakutan tanpa henti manakala si suami la pula pucat keseluruhan. Apabila diceritakan mereka berdua iaitu terjumpa dengan “Hantu Melayu”.

Sampai disini sahaja kisah dan infomasi buat malam nie mengenai sebuah Lebuh raya ataupun dipanggil di sini Jalan Lintas. Nantikan pada minggu hadapan mengenai kisah-kisah dan infomasi yang orang Sandakan sendiri pun tidak mengetahuinya sendiri.

Khamis, 22 Oktober 2015

Bulatan Simpang Masuk Jalan Sibuga

Salam Malam Jumaat semua, bagi malam nie saya ingin kongsikan kepada semua mengenai satu tempat ataupun lebih lanjut lagi sebuah jalan dimana sering kali berlakukan kemalangan jalan raya dan sering kali menagih darah. Ia boleh dikatakan jalan paling berdarah di Sandakan.

Sepatutnya saya mengatakan ia ada jalan masuk ataupun jalan simpang masuk ke Jalan Sibuga akan tetapi apa yang ada sekarang di sana adalah satu bulatan besar dimana mengantikan simpang maut nie. Simpang maut nie berada di batu 6 berdekatan dengan Taman Lucky, sebuah gereja dan sebuah sekolah rendah St. Monica.

Pada masa ia masih menjadi simpang, tidak lari tempat tu sering kali berlakukan kemalangan dimana sering kali adalah maut. Malah ia lebih teruk sekali apabila tibanya masa hujan, kereta habis remuk dan darah pekat di jalan raya. Bukan sekali-sekala berlakunya kejadian kemalangan nie tapi ia sering kali berlaku.

Ada yang tahu puncanya daripada gangguan dari hutan dimana ia berdekatan dengan sana. Kamu mesti tahu pada masa tu masih ada hutan berdekatan dengan gereja serta sekolah rendah tu tidak macam sekarang apabila ia diganti dengan perumahan. Berbalik kepada puncanya apabila ada sering kali kelihatan satu lembaga besar berdiri berdekatan dengan simpang masuk tu dimana pemandu cuba mengelak tetapi perbuatan itu membuat nyawa melayang.

Malah terjadi juga kes dimana kelihatan kelibat lembaga hitam itu di dalam kawasan sekolah, nie saya tahu pun sebab adik saya sendiri juga menjadi salah satu mangsa yang terlihat lembaga besar nie bukan dia seorang sahaja malah beberapa kawannya lagi semasa dia berlajar di sana. Teruk di kena demam panas yang lebih teruk lembaga tu datang menganggu mangsa-mangsanya. Dengan perubatan alternatif adik saya berunsur pulih tapi lembaga tu masih berada di sana.

Apabila banyak nyawa terkorban di sebuah tempat secara tak langsung tempat tu menjadi puaka dimana kemalangan tetap berlaku apabila nyawa sering berganti. Satu kemalangan menganti satu kemalangan yang lain. Ia berubah apabila kawasan itu dibangunkan dan simpang masuk tu ditukar kepada bulatan. Malah sebuah kuil ataupun tokong kecil dibina agar kemalangan maut tu tidak berlaku lagi. Semestinya kemalangan maut tidak lagi berlaku lagi di sana dan sejarah hitam mengenainya mulai dilupakan.

Susah nak gambarkan kemalangan maut tu seperti mana saya sendiri pernah melihat kejadian tersebut dikala saya masih kecil lagi. Ia semestinya menyeramkan sekali dan dahsyat sekali kemalangan maut yang kita boleh katakan paling berpuaka sekali di Sandakan. Nie saya nak tambah apabila dikala malam hari ada juga mereka terlihat kelibat seperti orang berdekatan dengan kuil ataupun tokong kecil itu sebuah ghaib daripada pandangan mata.


Sampai sahaja di sini saya kongsikan sedikit infomasi dan kisah seram yang ada di Sandakan. Ia adalah tempat-tempat di Sandakan dimana bukan semua warganya mengetahuinya. Sekian buat malam nie saya akan kongsikan lagi pada masa yang akan datang.

Khamis, 15 Oktober 2015

Pulau Berhala



Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya akan kongsikan mengenai sebuah pulau yang ternyata menyimpan kisahnya tersendiri. Disini saya kongsikan infomasi serta kisah seram yang ada pada sebuah pulau di Sandakan yang bernama Pulau Berhala.

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.

Semestinya hanya penduduk pulau nie sahaja tahu lebih lanjut mengenai perihal yang misteri dan menyeramkan yang ada pada pulau nie. Saya hanya mampu kongsikan 2 sahaja kisah dimana diceritakan kepada saya.

Kisah yang pertama adalah kisah yang saya dengar daripada beliau saya sendiri dimana pada masa mudanya dia bersama kawannya akan memancing berdekatan dengan pulau nie. Saya pendekkan cerita nie mereka memancing dari petang sehingga kepada ke malam hari, tapi ikan dapat pun tidak seberapa. Semuanya terhenti apabila mereka terdengar seperti bunyi memanggil dari arah pulau dan beberapa minit terdengar bunyi seperti batu dilontar berdekatan dengan sampan mereka nie padahal mereka kira jauh daripada pantai. Tanpa membuang masa mereka terus cepat-cepat mengemas dan berdayung pergi daripada tempat tu.

Kisah kedua kira pendek sangat, sering kali berlakunya ada sahaja mereka akan mati lemas dikala bermandi-manda di pulau berhala. Ada yang mengatakan ada sesuatu akan menarik kaki mereka sehinggakan mereka akan mati lemas. Ia berpunca daripada penunggu pulau tu yang berenang-renang di kawasan pantai dan sering kali mencari mangsa. Tiada sesiapa pernah memberitahu apakah bentuk penunggunya itu tapi hanya apa boleh dikatakan ia memang jahat sekali. Nie apa yang dikisahkan kepada saya semasa saya kecil lagi.

Sampai di sini sahaja infomasi dan kisah yang saya ingin kongsikan mengenai Pulau Berhala buat malam nie. Ada banyak lagi tempat-tempat dimana orang Sandakan pun tidak mengetahuinya. Di masa yang akan datang saya akan kongsikan lagi yang apa terdapatnya di Sandakan. 



Salam Malam Jumaat semua.

Maaflah semua apabila minggu lepas saya tak dapat post sebarang infomasi mahupun cerita apabila masalah teknikal berlaku. Internet line down lagi bukan sehari tapi beberapa hari, entah la Streamyx buat dengan perkhidmatan mereka nie. Tiada guna nak complain bukannya dilayan dan nak complain pun mengambil masa yang lama apabila banyak langkah2 perlu buat (call 100). Saya berkongsi pun seminggu sekali dan pada hari tertentu sahaja saya akan post. Huh.. nie la keadaan internet in Malaysia paling lembap dan paling banyak masalah.


Disini saya ingin mengucapkan buat pembaca yang beragama Islam, Selamat Menyambut Maal Hijrah bagi semua.

Khamis, 1 Oktober 2015

Rumah Agnes Keith


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua mengenai infomasi dan kisah seram mengenainya. Kali nie pula rumah yang terkenal di Sandakan iaitu Rumah Agnes iaitu rumah penulis yang buku "Below the Wind" yang secara tak langsung memberikan Sabah nama dia serta membuatkan dunia mengenali negeri kita nie.

Nie sejarah dia la, Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands - rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry (Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan setelah bertahun-tahun dibiarkan.

Nie promo sedikit: English Tea House - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional. Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544

Berbalik ke cerita, kamu tahu rumah nie sudah lama ditinggalkan selepas penulis nie balik ke tanah airnya malah rumah nie terselamat dari bomming di Sandakan dulu. Rumah nie kira tua sekali dekat ratusan tahun sudah. Kira beberapa tahun Muzium Sabah take over buat tarikan pelancong di Sandakan. Kira lama juga diorang baik pulih rumah nie, dan sekarang rumah nie boleh visit sudah dengan Bayaran MyKad holders: RM 2, MyKad holder above 55 years: FREE, Children below 12 years: FREE, Students with student's card: FREE dan Others: RM 15. Yang dibuka jam 9am - 5pm setiap hari.

Seperti kamu maklum rumah nie sudah lama ditinggalkan bukan? Maka ada benda lain dah tinggal di rumah tu. Ramai pengunjung rumah nie beritahu bahawa ketika mereka berada di rumah tu, terasa seperti diperhatikan memang kuat sekali manakala pekerjanya pernah ternampak kelibat-kelibat ketika membersihkan rumah tu. Dikala malam hari tak payah ceritakan la malah before ia kena buka pun lalu jalan tu pun dah kira seram juga.

Terlupa nak tambah lagi Jalan Agnes serta Jalan Istana nie tak sesuai jalan waktu malam apabila tempat tu agak keras sedikit apabila ada ramai ternampak Cik Kak ada di sana berjalan-jalan di jalan raya tu serta pernah ada satu kes menahan kereta lagi.

Nie pun banyak yang local tidak tau, nie pun saya dapat tau daripada saudara saya yang kerja berdekatan di sana. Klu nak pigi silakan la, honestly saya pun belum pernah ke tempat tu juga. Terlupa nak add tempat tu under Heritage Trail.

PS: Penulis Agnes Keith nie ada ambil anak angkat masyarakat dusun..


Salah sebuah penulisan Agnes Keith dimana diadaptasi ke layar perak, ia menceritakan kehidupannya semasa perang dunia ke2 dan semasa penjajahan Jepun.

Buku pertama yang ditulis oleh Agnes Keith yang memberikan nama kepada Sabah Negeri di Bawah Bayu.


Infomasi lanjut:





Khamis, 24 September 2015

Pejabat MPS


Salam Malam Jumaat semua, buat malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua infomasi dan kisah seram dari Pejabat di MPS. Kisah yang saya dengar dari sana tidak banyak dan perihal yang lain saya pernah terangkan terdahulu iaitu Muzium Warisan Sandakan.

Dahulunya pejabat MPS ditempatkan pada bangunan lama yang sekarangnya menjadi muzium sebelum ditempatkan pada bangunan baru serta di bangunan bekas perpustakaan Sandakan dulu. Kisah-kisah seram jarang sekali diceritakan sekarang akan tetapi ia pernah berlaku satu ketika dahulu.

Pernah diceritakan dengan penampakkan lembaga kecil seperti budak-budak kelihatan berlegar-legar pada bangunan tersebut dimana apa yang saya difahamkan ia adalah roh budak-budak yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan tersebut kerana bermain-main di sana dan budak malang nie kalau tidak silap adalah pengusaha kantin di sana. Adakalanya kelibat budak malang nie pada koridor pejabat adakalanya ia menampakkan dirinya pada bawah meja pekerja di sana. Adakalanya ada kelihatan pula lembaga hitam berdiri pada koridor pejabat yang agak besar dan ia menghalang sesiapa yang ingin lalu. Kisah lain pula sering kali berlakunya gangguan buat mereka yang kerja overtime dan lewat apabila kedengaran bunyi-bunyi seperti memanggil mereka serta ada juga terasa mereka sering kali diperhatikan dan terakhir sekali adalah mereka pernah ternampak kelibat seperti lembaga di pejabat pada mereka seorang diri. Malah tandasnya kebetulan berdekatan dengan sebuah pokok ara (dimana sekarang dah ditebang akan tetapi masih ada tunggulnya) pun sering kali kelihatan satu lembaga hitam berdiri di dalam tandas dan adakalanya menganggu mereka yang lemah semangat serta kaum hawa. Ia suka menganggu apabila tandas itu adalah tempat tinggalnya. 

Sampai disini sahaja saya kongsikan buat malam nie, ternyata setiap tempat nie mempunyai kisahnya tersendiri terutamanya jika tempat itu mempunyai sejarah padannya. Sila nantikan infomasi dan kisah seram yang lain pada masa yang akan datang dimana ada banyak kisah-kisah yang terselindung dimana ramai orang Sandakan tidak tahu mengenainya.