Khamis, 2 Januari 2014

Keys : Safe Keys

Pat mulai tergesa-gesa mengambil barang yang dia dapat capai apabila kedengaran bunyi loceng keselamatan. Pat tidak sengaja membunyikannya apabila dia cuba memecahkan peti keselamatan rumah yang dia pecah masuk itu. Dia sendiri pastikan rumah tersebut tidak berpenhuni apabila tuan rumah tersebut pergi melancong dan bagi dia yang tida sangka bahawa tuan rumah ada memasang sistem keselamatan pada rumah tersebut. Langkahnya sudah tidak tentu arah dan apa sahaja yang dia berjaya mencapainya sekurang-kurang ada juga dia mencuri. Pat terus membuka langkah seribu apabila dia mulai terdengar bunyi siren polis dari jauh, meninggalkan rumah tersebut tanpa berfikir panjang.

Setiba sahaja Pat pada tempat pensembunyiannya, Pat terus geledah barang-barang yang dia curi tadi. Habuannya tidak sebanyak yang dia inginkan dan dia tidak mampu membuka sebuah peti kecil yang ternyata ia terkunci. Hatinya mulai menjadi panas apabila hasil kerjanya tidak membawa hasil yang banyak buat dirinya lalu dia menjatuhkan kesemuanya pada lantai dengan marah sekali. Pat terdengar sesuatu lalu dia tercari-cari apa benda yang membuat bunyi seperti besi terjatuh ke lantai.

Pat melihat sebuah anak kunci antik berwarna hitam, Pat mengambilnya bagi dia langsung tidak ingat yang  dia ada mengambil kunci itu. Pat tertanya-tanya pada dirinya apa kegunaan kunci itu dan apa yang mampu dibuka oleh kunci antik. Pat teringat pada peti kecil yang sudah terpelanting jauh ke sudut bilik, dengan tergesa-gesa Pat mendapatkan peti tersebut. Dengan hampa sekali ternyata kunci antik tersebut lebih besar daripada mulut kunci akan tetapi bagai satu kuasa menyuruhnya untuk memasukkan kunci antik tersebut pada lubang kunci walaupun baginya adalah mustahil sekali. Pat agak terkejut besar apabila dengan tiba-tiba lubang kunci pada peti tersebut menjadi besar malah bagaikan magnet menarik kunci antik itu ke dalam lubang kunci. Pat bagaikan terkilan apa yang mustahil menjadi benar dan ia semestinya diluar pemikiran logik akal. Pat dengan perlahan-lahan memutarkan kunci antik dan kedengaran bunyi kunci pada peti tersebut sudah terbuka.

Pat sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang ada didalam peti tersebut dan dalam hatinya ia berharap ia sesuatu yang berharga. Dengan perlahan-lahan Pat membuka peti tersebut dengan tiba-tiba Pat menjerit ketakutan apabila kelihatan sepasang mata yang besar dengan merah menyala merenung tajam ke arahnya. Pat cuba menlepaskan dirinya akan tetapi dia tidak mampu apabila sepasang tangan berkulit hitam dengan bulu yang tebal sekali sudah memegang erat kedua-dua tangan Pat. Pat cuba bergelut untuk melepaskan dirinya akan tetapi genggaman lembaga tersebut semestinya bukan lawannya.

Dengan perlahan-lahan Pat ditarik ke dalam peti tersebut, Pat masih terjerit-jerit meminta tolong dengan harapan suaranya didengari akan tetapi tiada yang datang membantunya. Tagan lembaga tersebut cuba menarik Pat ke dalam peti akan tetapi mulut peti tersebut ternyata kecil sekali, lalu lembaga tersebut dengan ganas sekali memaksa Pat masuk ke dalam peti tersebut.

PRAK! PRAK! PRAK!

Kedengaran bunyi tulang berpatahan serta darah pekat mulai mengalir dan Pat mulai terjerit-jerit kesakitan yang terlampau baginya. Dengan perlahan-lahan tubuh badan Pat ditarik secara paksa oleh lembaga tersebut serta bunyi tulang berpatahan masih lagi kedengaran berulang-ulang kali. Dengan tiba-tiba peti tersebut tertutup dengan kuat sekali apabila keseluruhan tubuh Pat sudah ditarik masuk. Darah mengalir keluar dari mulut peti tersebut manakala Kunci antik itu sudah ghaib daripada pandangan.

Kehilangan Pat tiada seorang pun disedari apabila nasib pencuri ini tidak bermakna kepada orang dikelilingnya. Mereka yang sentiasa berbuat jahat tidak mungkin akan dikenang walaupun dia sudah berubah mahupunh sudah bertaubat. Manakala Kunci antik yang tiada seorang tahu kemana hilangnya ada kemungkian ia terus mencari mangsanya yang baru yang mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal serta ketamakkan pada hati setiap manusia sebagai perangkap buat mangsa kunci antik hitam ini.


Sekian.

Salam Malam Jumaat semua


Disini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat pembaca2 yang setia. Diharapkan para pembaca setia blog nie akan terus menyokong penulisan saya nie yang dikatakan baru berkembang.

Nak dikatakan yang saya cuba akan memperbaiki lagi penulisan saya nie serta kongsikan penulisan kisah seram berterusan selagi saya ada masa terluang untuk menulisnya walaupun saya selalu sibuk sekali. Saya berharap sangat respon daripada penulisan mengenai penulisan serta cerita saya nie yang selama nie belum ada lagi sampai ke tahun  baru nie.

Nak beritahu bahawa buat beberapa minggu nie ada kemungkian saya akan memberhentikan penulisan saya buat sementara waktu untuk membolehkan saya masa untuk menulis kisah seram saya nie serta saya nak beritahu bahawa kisah yang seterusnya dah sampai seperti yang saya post di akaun Facebook saya sendiri serta apabila saya jadi admin kepada satu group di sana, kerja mencari info tu lebih banyak daripada biasa jadi ia membuatkan tiada masa untuk menulis kisah seram saya nie.

Saya akan cuba postkan sebarang kisah jika saya ada masa yang terluang maka saya akan kongsikan. Nantikan sahaja.