Salam malam Jumaat semua, kali nie
saya akan kongsikan kepada kamu semua mengenai sebuah lebuh raya di Sandakan
yang mempunyai kisahnya tersendiri sebaik sahaja ia dibina. Ia adalah jalan
raya yang menghubungkan terus dari Batu 8 sehinggakan ke Batu Sapi. Malah jalan
nie melalui Jalan Sibuga dan
beberapa perumahan di sana. Jalan nie
sering kali digunakan oleh kenderaan berat membawa kontena mahupun tangki
minyak apabila lebuh raya nie boleh
dikatakan jalan singkat yang sebelum nie
kira berbahaya buat kederaan berat nie
lalu kawasan bandar untuk menuju ke perlabuhan dan kilang-kilang yang terdapat
berdekatan dengan Kampung Karamunting dan Bokara.
Sejak lebuh raya nie dibuka
semestinya ada kisah-kisah seram mengenai jalan nie dimana sering berlaku kepada pemandu yang mengunakan jalan itu
pada waktu malam. Semestinya ia menyeramkan apabila dahulu semasa jalan tu dibuka lampu jalan belum lagi
berfungsi bukan sahaja memberikan sesiapa sejuk satu badan malah bila-bila masa
akan berlakunya rompakkan. Kira selamat lebih kurang dengan sekarang nie apabila ada sudah kemudahan lampu
jalan tapi risiko rompakkan jalanan tu
masih lagi berlaku. Disini ada dua kisah pendek yang pernah berlaku buat mereka
yang memandu dikala malam hari. Satu kejadian yang menimpah kepada pemandu
kenderaan berat dan kisah kedua pula berlaku kepada sepasang suami isteri.
Kisah pertama, ada seorang pemandu kenderaan berat mengunakan lebuh raya
tersebut kira dia sudah terlambat kepada deadline.
Pada masa tu Lebuh raya tu masih
belum ada perkhidmatan lampu jalanan maka dia terpaksa hati-hati apabila dia
tidak diingini daripada berlaku. Dengan tiba-tiba dia ternampak satu lembaga
serba putih dengan rambut yang panjang sekali berada di tepi jalan, oleh kerana
perasan takut dah menyerang tanpa membuang masa dia terus pecut dengan harapan
lembaga tu pergi tapi bertambah
teruk sekali apabila lembaga putih tu
mengejar pemandu tu daripada
belakang. Pemandu terseut terkumit-kumit membaca ayat-ayat suci yang dia tahu
dan akhirnya lembaga tu ghaib begitu
sahaja. Semestinya pemandu tu demam
panas beberapa hari dan sudah insaf tak gunakan lebuh raya dikala malam hari.
Kisah kedua, terjadi kepada sepasang suami isteri baru balik dari party
rumah rakan mereka nie. Masa tu masa sekitar tangah malam dan jalan
agak sunyi sepi malah tiada sebarang kenderaan lain mengunakan lebuh raya
tersebut. Dengan kemudahan lampu jalan akan tetapi lebuh raya tersebut tetap
memberikan sesiapa sahaja seram sejuk. Apabila si suami nak masuk ke selekoh
masuk ke perumahan tinggal. Kedua-dua pasangan suami isteri terdiam dan suara
kedua-dua menjadi keluh apabila betul-betul di tepi kenderaan mereka nie ada satu lembaga putih berbungkus
keseluruhan. Lebih teruk sekali si isteri melihatnya lebih jelas lagi dengan
wajah lembaga berbungkus tu yang
ternyata menyeramkan. Tanpa membuang masa si suami memandu keretanya dengan
laju ke rumah mereka dan tak henti menghon rumah mereka nie sampai mengejutkan ibu kepada si suami untuk membuka pintu. Si
isteri menangis ketakutan tanpa henti manakala si suami la pula pucat keseluruhan. Apabila diceritakan mereka berdua iaitu
terjumpa dengan “Hantu Melayu”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan