Setiap manusia mempunyai sebuah tempat dimana dilindungi daripada alam
sekitar dan bahaya di luar sana. Kira dimana bertuah sekali mempunyai tempat
tinggal yang kita panggil rumah untuk berteduh, manakala ada yang tidak
bernasib baik seperti kita ini. Maka rumah tersebut harus dibersihkan, atas
petua orang tua-tua dahulu iaitu secara fizikal dan spiritual.
Secara fizikal dengan membersihkan rumah tersebut pada persekitarannya
tidak mengira rumah itu baru mahupun sudah lama. Secara spiritual dengan
membersihkan dengan mengunakan yang diajar pada agama dan kepercayaan yang
dianuti. Cara Islam dengan membuat doa selamat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
dan azan. Manakala yang beragama Kristian dengan mempelawa Father mahupun
pastor ke rumah dengan membuat blessing dan bacaan doa. Serta mereka yang
beragama Buddhist dengan membuat upacara keagamaan dengan meminta sami-sami
membaca doa.
Sebabnya dunia ini bukan sahaja yang kita tinggal malah kita berkongsi
dengan ciptaan Yang Maha Esa yang lain. Dan setiap ciptaan-Nya mempunyai tempat
tinggalnya tersendiri. Mahluk halus ini, bukan semua kita mampu melihatnya
kecuali buat mereka yang diberikan kelebihan yang membezakan kita dengan orang
lain. Mahluk halus ini akan mencari dimana rumah yang sudah lama ditinggalkan.
Itulah sebabnya kita kena berbuat demikian terhadap rumah dimana kita bakal
di diami. Akan tetapi bukan semua Berjaya apabila adanya berdegil untuk
berpindah apabila ada yang sudah tinggal di rumah tersebut lebih lama daripada
kita, maka kita yang sendiri kena berpindah.
Apabila satu per satu manusia mulai meragut untuk dijadikan tempat yang
membangun, mahluk halus nie mulai menerima tempiasnya apabila kediaman mereka
dimusnahkan. Ada yang terus kekal manakala ada yang terpaksa berpindah manakala
ada yang melawan apabila rumah mereka itu bakal dirampas.
Walaupun ia jarang berlaku apabila kedua-dua pihak mampu hidup secara
harmoni. Apabila sefahaman dapat dibuat, kedua-dua pihak mampu hidup di satu
bumbung selagi kedua-dua pihak bertolak-ansur dan tidak menganggu satu sesama
lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan