Salam Malam Jumaat semua, bagi malam nie
saya ingin kongsikan kepada semua mengenai satu tempat ataupun lebih lanjut
lagi sebuah jalan dimana sering kali berlakukan kemalangan jalan raya dan
sering kali menagih darah. Ia boleh dikatakan jalan paling berdarah di
Sandakan.
Sepatutnya saya mengatakan ia ada jalan masuk ataupun jalan simpang masuk
ke Jalan Sibuga akan tetapi apa yang ada sekarang di sana adalah satu bulatan
besar dimana mengantikan simpang maut nie.
Simpang maut nie berada di batu 6
berdekatan dengan Taman Lucky, sebuah gereja dan sebuah sekolah rendah St.
Monica.
Pada masa ia masih menjadi simpang, tidak lari tempat tu sering kali berlakukan kemalangan dimana sering kali adalah
maut. Malah ia lebih teruk sekali apabila tibanya masa hujan, kereta habis
remuk dan darah pekat di jalan raya. Bukan sekali-sekala berlakunya kejadian
kemalangan nie tapi ia sering kali
berlaku.
Ada yang tahu puncanya daripada gangguan dari hutan dimana ia berdekatan
dengan sana. Kamu mesti tahu pada masa tu
masih ada hutan berdekatan dengan gereja serta sekolah rendah tu tidak macam sekarang apabila ia
diganti dengan perumahan. Berbalik kepada puncanya apabila ada sering kali
kelihatan satu lembaga besar berdiri berdekatan dengan simpang masuk tu dimana pemandu cuba mengelak tetapi
perbuatan itu membuat nyawa melayang.
Malah terjadi juga kes dimana kelihatan kelibat lembaga hitam itu di dalam
kawasan sekolah, nie saya tahu pun sebab adik saya sendiri juga menjadi salah
satu mangsa yang terlihat lembaga besar nie
bukan dia seorang sahaja malah beberapa kawannya lagi semasa dia berlajar di
sana. Teruk di kena demam panas yang lebih teruk lembaga tu datang menganggu
mangsa-mangsanya. Dengan perubatan alternatif adik saya berunsur pulih tapi
lembaga tu masih berada di sana.
Apabila banyak nyawa terkorban di sebuah tempat secara tak langsung tempat tu menjadi puaka dimana kemalangan
tetap berlaku apabila nyawa sering berganti. Satu kemalangan menganti satu
kemalangan yang lain. Ia berubah apabila kawasan itu dibangunkan dan simpang
masuk tu ditukar kepada bulatan.
Malah sebuah kuil ataupun tokong kecil dibina agar kemalangan maut tu tidak berlaku lagi. Semestinya
kemalangan maut tidak lagi berlaku lagi di sana dan sejarah hitam mengenainya
mulai dilupakan.
Susah nak gambarkan kemalangan maut tu
seperti mana saya sendiri pernah melihat kejadian tersebut dikala saya masih
kecil lagi. Ia semestinya menyeramkan sekali dan dahsyat sekali kemalangan maut
yang kita boleh katakan paling berpuaka sekali di Sandakan. Nie saya nak tambah apabila dikala
malam hari ada juga mereka terlihat kelibat seperti orang berdekatan dengan
kuil ataupun tokong kecil itu sebuah ghaib daripada pandangan mata.
Sampai sahaja di sini saya kongsikan sedikit infomasi dan kisah seram yang
ada di Sandakan. Ia adalah tempat-tempat di Sandakan dimana bukan semua
warganya mengetahuinya. Sekian buat malam nie
saya akan kongsikan lagi pada masa yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan