Khamis, 30 Ogos 2018

Salam Malam Jumaat


Salam Malam Jumaat semua,

Saya ingin memberitahu bahawa yang saya akan mengambil cuti daripada menulis blog ini buat sementara waktu apabila saya akan bekerja di luar kawasan. Iaitu di kawasan agak pendalaman dan saya tak ingin menbawa laptop saya ke sana atas faktor keselamatan walaupun laptop agak lapuk. Di sebabkan saya tak tahu langsung keadaan di sana serta keadaan internet serta line di sana macam mana. Jadi ia kira keputusan yang bijak untuk memberhentikan dahulu daripada update. 

Sekurangnya ia memberikan saya masa nak berehat walaupun seminggu sekali, saya kongsikan di blog ini. Selain itu jikalau saya dengar sebarang cerita seram di tempat kerja saya ini, saya akan kumpul dulu sebelum saya kongsikan di blog ini. Nampak saya tak akan nikmati bed time story, cerita seram seperti creepypasta dan mj12. Apabila saya sendiri maklum dimana saya bekerja ini dan taboo kena ikut apabila ia pernah terjadi dan belajar daripada pengalaman. 

Seberang jenis research saya akan berhenti termasuk juga kepercayaan, mitos dan lagenda. Apabila ia mengambil masa nak tulis, translate dan taip disini. Kerja di sana agak banyak dan kena multi task, tapi ia adalah perkara biasa terutamanya dalam pekerjaan yang saya pilih ini walaupun separa pakar. 

Oleh itu, harap bersabar dimana saya akan kembali apabila saya ada mood dan ada bahan yang menarik yang saya nak kongsikan. Saya sedia maklum bahawa saya boleh update menggunakan handphone, akan tetapi ia agak mustahil nak taip di sana apabila saya sudah biasa menggunakan keyboard. Kira habit apabila terbiasa menekan papan kekunci ini. Saya sudah sedia maklum di Facebook terutamanya di group dimana saya sebagai admin dengan keadaan saya ini. Saya akan mulakan kerja saya pada 1st September 2018.

Harap kamu semua boleh bersabar dan terima kasih dengan menyokong blogspot ini walaupun di dalam keadaan cctv. Sekadar membaca dan tak memberikan sebarang komen ataupun pendapat. Ia sudah menjadi kebiasaan bagi saya apabila saya mulai menulis blog ini sejak 2012 lagi. Apa-apapun terima kasih dan harap bersabar, apabila keadaan dah bertambah baik barulah saya akan sambung menulis. 

Khamis, 23 Ogos 2018

Makanan


Salam Malam Jumaat semua,

Apa itu makanan? Makanan itu nyawa, tanpa makanan kita akan mati. Semua mahluk yang hidup memerlukan makanan untuk hidup baik tumbuhan, haiwan malah mahluk halus. Apa yang kita tahu secara stereotype adalah darah. Ya ia adalah salah satu makanannya tapi tak semua tahu yang sebenarnya bukan sahaja darah malah ada lagi beberapa yang saya bakal kongsikan. Buat mereka yang gila nak memuja ataupun memanggil makhluk halus ni, baik lupakan sahaja, lagipun ia adalah pekerjaan yang sia-sia dan tak membawa sebarang hasil. Walaupun saya pernah kongsikan yang berkaitan beberapa tahun yang lalu di blog ini, 50/50 nak ubah post tersebut. Lagi-lagi dengan keadaan sekarang ini terutamanya golongan belianya. 

Dalam agama Islam ada mengatakan kita untuk menjaga kebersihan terutamanya di rumah. Sebab mahluk halus atau dikenali sebagai jin ini, suka kepada tempat-tempat yang kotor apabila ia tempat ia tinggal dan makan. Oleh itu tandas sering kali menjadi pilihan buat jin ini, air kecing dan najis merupakan salah satu daripada makanan mereka ini. Tapi ia berbeza dengan mahluk halus yang tinggal bebas di hutan atau busut, yang menanggapnya sebagai kotor. Itulah berlakunya kes dimana kemaluan membengkak dan perut menjadi busung. Sebab sekarang logik, jikalau ada orang luar datang terus melepaskan hajat besar / kecil di depan pintu rumah kamu ataupun di atas tempat tidur kamu. Semestinya kamu marah jadi kamu akan membalas juga. Berbalik kepada kebersihan, menjaga kebersihan bagi mengelakkan daripada benda yang tak patut tinggal di rumah kita. Jikalau ada urusan walaupun sekejab maka tutup makanan itu daripada membiarkan begitu sahaja, jika tidak jin ini akan mengganggu kita dan makanan kita juga dikotorkan terutamanya makanan yang ditinggal ataupun dibiarkan begitu sahaja. Jin akan datang menjilat makanan itu sebelum kita memakan makanan ini. Oleh itu bacalah"Bismillah" semasa nak letakkan makanan itu mahupun sebelum menjamahnya bacalah doa makan bagi mengelak daripada jin dan syaitan menjamah bersama. 

Dengan keadaan sekarang ini, ramai lebih memilih untuk makan diluar apabila sibuk dengan urusan mencari rezeki dan golongan yang tak tahu nak masak. Makanan diluar pun boleh memberikan impak buat kepada diri mahupun kesihatan juga. Apabila dunia serba moden sekalipun, persaingan itu tak boleh dielakkan selain daripada penggunaan sihir untuk menjatuhkan persaingan malah ada memgambil langkah dengan mengunakan pelaris. Sama ada bantu barang-barang yang sudah di sihir ataupun dipuja sebelum dimasukkan ke dalam makanan ataupun menggunakan bantuan mahluk halus. Makanan yang dihasilkan memang teramat sedap sekali membuat pelanggan menjadi ketagih untuk membeli makanan ini. Walaupun makanan itu biasa-biasa sahaja dan ada juga melarang pelanggan membawa balik makanan yang disajikan. Bagi mereka yang pernah menonton wayang Indonesia "Wujud", dimana ada babak di dalam warung. Apabila ada mahluk halus menjilat makanan atau ada kes dimana dikencing pada makanan agar perniagaan itu laris. Tak semua mempunyai kelebihan melihat ini jadi ramai tak tahu, selain itu jika kamu terlihat kertas yang ditampalkan di dinding dimana kelihatan seperti ayat-ayat Al-Quran akan tetapi ia bukan sama sekali. Ia dikenali sebagai Wafak dimana terlukiskan bentuk-bentuk seperti haiwan dan lain-lain, ia bukan ajaran Islam sebaliknya kepercayaan pra Islamik di nusantara. Bagi yang tak tahu dengan menanggap sebagai ayat Al- Quran padahal ia adalah bukan. Ada mereka menggunakan sebagai pelaris peniagaan, ia salah dalam agama. Lebih baik minta dengan Maha Esa dengan berdoa dan bekerja keras, barulah Allah makbulkan dan rezeki masuk. 

Ada satu makanan dimana mahluk halus ini paling suka dimana rata-rata tak sedar memberikan makanan ini secara percuma. Ia adalah asap. Asap daripada setanggi, kemenyan dan rokok. Jikalau ada bacaan ayat-ayat Al-Quran semasa membakar setanggi atau kemenyan ini, mahluk halus tak akan menggangu malah mengelak daripada dekat. Apa jikalau kemenyan digunakan untuk memanggil mahluk halus ini maka ia akan datang, siapa tak nak datang jikalau diberikan makanan secara percuma. Makanan percuma daripada asap rokok, lagi-lagi mereka perokok tegar. Walaupun berbagai-bagai jenis nasihat ataupun alasan kesihatan malah harga dinaik sekalipun ada juga sanggup ikat perut untuk melepaskan gian, jikalau boleh satu kotak rokok dihabiskan. Walaupun difatwakan sebagai haram, tapi masih ada mereka menghisap rokok walaupun tahu ia adalah haram. Walaupun orang itu daripada golongan yang alim dan faham agama, tapi merokok tanpa rasa bersalah. Maaflah jika terasa tapi ia adalah fakta. Asap rokok atau vape, sama juga tu. Hembus pun asap juga, asap tu tetap makanan sukaan jin dan mahluk halus ini. Sambil kamu sembur asap keluar, ada seekor jin akan makan bersama-sama dengan kamu. Secara tak langsung menjadi kawan baik kamu juga. Apabila banyak kes telah berlaku dan ia bukan berlaku kepada seorang sahaja. Persoalannya masih lagi nak merokok selepas mendapat tahu kamu memberikan makanan kepada syaitan, iblis dan jin?

Sebelum saya menghabiskan pendapat saya ini, saya ini bagi nasihat buat mereka diluar sana. "Berbuat baik biar berpada dan berjahat, jangan sekali" terutamanya dengan keadaan sekarang yang suka membawang. Berjaga-jaga dengan makanan dan minuman di tempat awam, takut ada mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi sama ada nak menyakiti mahupun menjadikan kamu sebagai kekasih. Ada barang-barang sihir digunakan khas untuk makanan dan minuman diantaranya adalah santau. Santau makanan dimana digunakan untuk menjatuhkan orang lain sama ada ditempat kerja, persaingan mahupun iri hati sekalipun. Selain itu ada mengunakan santau sebab nak si mangsa sukakan orang yang mengantar santau tersebut, walaupun pada salah ditolak mentah oleh si mangsa. Akhirnya si mangsa sujud dan meminta si penghantar untuk menerima cintanya. Ia seseuatu yang sukar sekali diubati terutamanya dalam perubatan alternatif ini. Jikalau ada jalan semesti ada jalan memulihkan mereka yang menjadi mangsa santau. Jikalau dibiarkan lama ia akan memudaratkan si mangsa sampai meninggal dunia ataupun memberikan peluang kemenangan kepada penghantar santau ini. Tapi pandai-pandailah jawab dalam kubur nanti ataupun tunggu Allah bayar cash sahaja. Apa-apa pun jaga makanan dan minuman kamu, lagipun hati lain-lain. Lebih baik berjaga-jaga sahaja.

Dengan ini sekali lagi saya ulang, sila jaga kebersihan khas buat kaum wanita. Bila datang bulan, jangan tahu nak marah-marah sahaja. Tahu ia adalah sakit tapi bukan kamu sahaja alami malah semua wanita pun alaminya. Allah bagi kamu cuti daripada solat dan puasa, manakala kaum lelaki tiada alasan nak cuti sebab mereka tak merasai apa kaum wanita perlu lalui setiap bulan. Apa-apa pun sila jaga kebersihan diri dan cuci sehinggakan bersih terutamanya tuala wanita ini. Jika dibiarkan ia memberikan peluang kepada mahluk halus iaitu jin untuk memakannya sebab darah itu adalah salah satu makan kesukaan mereka ini. Selain itu darah daripada luka, pastikan dibersihkan dengan mencucinya dengan air sehingga bersih sebelum membuangnya di tong sampah sebab ia membawa efek yang sama juga. Darah itu adalah nyawa kita, tanpanya kita mati. Jadi bersihkan dahulu sampai bersih sebelum membuangnya. 

Sampai disini sahaja saya berkongsi mengenai makanan baik kita manusia mahupun mahluk halus ini. Ia daripada pengalaman dan cerita dimana saya pernah dengar terutamanya di Misteri Jam 12 Malam. Jaga kebersihan dan berjaga-jaga dengan makanan yang kita makan di luar serta tutup makanan kita apabila kita tak tahu niat orang lain macam mana baik orang itu kawan baik sendiri. Jin dan mahluk halus ini mempunyai makanan yang mereka sukai, jikalau boleh elakkan memberikan makanan ini secara sengaja mahupun tak. Ada banyak lagi saya tak ingin jelaskan apabila bagi yang Islam sudah sedia maklum dimana ada diajar apakah makanan syaitan, iblis dan jin ini. Jikalau kamu tidur dalam kelas agama tu, pandai-pandai cari (dengan renungan menyindir). Sekian sahaja buat malam ini dan Salam Malam Jumaat semua.

Khamis, 16 Ogos 2018

Cabaran

Salam Malam Jumaat


Apa itu cabaran? Cabaran adalah sesuatu buat seseorang itu membuktikan diri mereka ini hebat ataupun sebaliknya. Di dalam baba paranormal dan supernatural, cabaran memainkan peranan dimana ada individu mahupun golongan / kumpulan itu membuktikan satu subjek mahupun menguji keberanian. 

Cabaran selalunya dalam bentuk wang ataupun kelebihan untuk "Bragging rights" kepada orang lain mahupun kumpulan lain. Adakalanya cabaran ini memakan diri mahupun orang lain. Apabila cabaran untuk tempat-tempat yang mempunyai sejarah gelap, keras mahupun berpuaka. Bagi mereka ini sekadar memenuhi cabaran yang diberikan tanpa sebarang ilmu mengenai dunia paranormal dan supernatural. Kebanyakkannya akan pergi atau terjah ke tempat-tempat ini, ala-ala kumpulan paranormal yang professional. Atas alasan "Adventure" dan darah muda ingin tahu.

Oleh kerana takut dipandang rendah oleh pencabar, maka cabaran itu dilakukan tanpa memikirkan risikonya sama ada ganjaran wang mahupun rasa hormat berpanjangan. Dengan memasuki kawasan ataupun melakukan "challenge" seram, untuk membuktikan sesuatu pandangan. Sama ada berlakunya kejadian paranormal mahupun tidak itu terpulang sama ada kena secara direct mahupun tidak. Jika kena pada empunya diri sekurang-kurangnya demam selama 2 minggu mahupun tidak lagi mengulangi atau melakukan cabaran ini. Jika tidak pun ada kemungkinan tinggi ia berlaku kepada orang rumah, dengan gangguan kelibatan, keadaan rumah mulai menjadi panas dan berlakunya kerasukkan dimana ia lebih teruk. Apabila dipanggil oleh pakar perubatan alternatif, puncanya daripada cabaran dimana empunya diri yang buat. 

Cabaran ataupun dikenali yang menjadi trend "Challenge" yang banyak disiarkan di Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan sosial media. Lebih-lebih dahulu ada beberapa cabaran seram iaitu "Charlie Charlie" dan pada masa sekarang iaitu "Momokun". Dimana kebanyakkan adalah palsu dan dilakukan oleh troll. Kecuali mainan yang memanggil roh, jikalau di barat ia berlainan oleh kerana kepercayaan di Asia lebih menebal kebanyakkan cabaran ini berjaya disini daripada di barat. Apabila yang dipanggil itu bukan apa yang diharapkan terutamanya memanggil roh, semangat ataupun hantu. Seperti mana kita tahu jin akan mengambil kesempatan dan ia memberikan kebenaran kepada mahluk ini untuk menduduki tubuh badan kita mahupun rumah. Ia memang sukar nak halau. Kes bagi momokun pula adalah seorang manusia yang mempunyai masalah mental dibawak bersembang dengan kamu dengan harapan menakutkan dan menyerang secara psikologi mental untuk membunuh diri. Atas apa alasan sekalipun jangan gatal tangan nak chat dengan mereka yang tidak siuman ini.

Kesimpulannya, cabaran ini tak membawa sebarang kebaikkan kepada diri. Jikalau tujuan nak popular, baik lupakan sahaja selain daripada membuang masa dan ia tidak membawa sebarang jenis kebaikkan pada diri juga. Bukan sahaja menyahut cabaran paranormal malah cabaran tarian, memakan barang yang bukan makanan dan lain-lain. Ia tak membuat kamu hebat, dihormati serta disanjungi sebaliknya ia membuktikan kepada dunia mentaliti dan sikap kamu macam mana kepada dunia. Sebelum melakukan sebarang jenis cabaran, fikir sedalamnya dan risiko. Jangan mementingkan diri sendiri dan kena fikirkan orang lain juga, Its just a one thing, its didn't last long so it's not worthy.

Khamis, 9 Ogos 2018

Anak Patung

Salam Malam Jumaat,


Anak Patung, salah satu alat permainan kesukaan anak-anak kecil terutamanya budak-budak perempuan. Tak kisahlah anak patung itu diperbuat daripada kain, kaca, plastik dan lain-lain. Asalkan anak-anak kecil dapat menggunakan imaginasi mereka untuk bermain. Adakala anak patung ini digunakan oleh golongan tertentu untuk mengurung atau mempergunakan mahluk halus untuk merasuki anak patung ini atas tujuan sihir dan lain-lain.

Anak patung yang cukup sifat ataupun seakan-akan manusia, ia menjadi pilihan buat mahluk halus untuk diaminya. Anak patung yang mempunyai isi ini, membuat terutamanya anak kecil untuk tertarik pada anak patung ini. Semata-mata nak berdamping dengan anak-anak kecil ini, seperti saya jelaskan dalam tajuk "Imaginary Friends". Ada sebab mengapa umat Islam dilarang sama sekali memiliki anak patung yang cukup sifat di rumah, apabila malaikat mengelak daripada memasuki rumah (betul ke tidak tu, terpulanglah).

Tapi mempunyai kes dimana empunya anak patung ni adalah golongan bukan kanak-kanak dimana anak patung ini dibeli atau mengambil untuk dijadikan hiasan mahupun koleksi bagi mereka yang suka mengumpul anak patung sebagai hobi. Pernah wujudnya anak patung itu disimpan di dalam rumah berubah tempat, berubah kedudukan dan bergerak tanpa dikawal oleh manusia seperti mana berlaku kepada anak patung terkenal iaitu Annabelle dan Robert, dimana ada cerita anak patung ini bergerak daripada tempat asal ditinggalkan. Penampakkan kelibat anak patung ini bergerak terutamanya buat orang rumah. Akhirnya empunya anak patung diganggu barulah terhegeh-hegeh nak minta bantuan. Kebiasanya anak patung ini tak boleh dimusnahkan dengan membakarnya apabila ia adalah perbuatan yang bodoh, bagaikan menyimbahkan minyak ke api yang membara. Mahluk yang tinggal di dalam anak patung ini menjadi lebih marah dan gangguan bertambah teruk sekali. Sebaiknya meminta bantuan yang lebih pakar dalam perubatan alternatif, untuk menghapuskan anak patung ini sama ada menanam ditempat yang terpencil mahupun dihanyutkan ke laut.

Akan tetapi sifat manusia ini sukar sekali nak difahami terutamanya syaitan datang membisik agar membalas dendam secara halus. Anak patung yang diisi dengan jin untuk tujuan membalas dendam mahupun kes iri hati. Anak patung ini dihadiahkan kepada musuh ataupun orang yang bakal disihir, terutamanya di majlis hari jadi mahupun open house.  Hadiah yang dibungkus tanpa nyatakan nama, diberikan kepada si mangsa. Anak patung biasanya diterima baik terutamanya anak kecil lagi-lagi anak patung yang mereka minati contohnya "Barbie" dan "Disney". Anak patung bukan sahaja perlu yang lama ataupun yang dibuat sebaliknya mereka membuat sihir ini akan mencari anak patung apabila mereka dah target siapa yang mereka nak tujukan. Asalkan anak patung itu cukup sifat dah cukup. Akhirnya mangsa berjaya disihir dan gangguan mulai berlaku selain daripada penampakkan kelibat atau kes lebih teruk apabila anak sendiri dirasuk. Pengajarannya jikalau dapat hadiah yang tak mempunyai nama, lebih-lebih ia adalah anak patung itu jaga-jaga. Sebab musuh dalam selimut kita tak tahu apabila kita sendiri tak tahu siapa kawan yang sebenarnya dengan musuh yang bertopengkan sebagai kawan.

Anak patung berhantu ataupun berpuaka ini sudah lama terpahat dalam sejarah apabila pada Tamadun Mesir purba lagi, musuh kepada Ramesses III pernah membuat anak patung lilin yang mempunyai rupa yang seiras dengan Firaun ini semata-mata nak melihat Firaun ini mati. Upacara dilakukan menggunakan anak patung dimana seakan-akan orang yang nak disihir agar kecelakaan berlaku kepadanya. Anak patung kebiasanya digunakan untuk sihir sepanjang perjalanan sejarah baik secara persendirian mahupun dalam satu kepercayaan sekalipun. Tak kira apa jenis tamadun sekali pun anak patung digunakan dalam upacara keagamaan, pengembumian dan mengaitkan dengan dewa & dewi kuno. Anak patung ini juga digunakan dalam perubatan apabila anak patung yang seiras dengan pesakit, dapat memindahkan penyakit yang dialami oleh pesakit itu kepada anak patung sebelum dibakar dengan harapan pesakit akan kembali sihat. Tapi pengaruh voodoo yang membuat sesiapa percaya dimana anak patung sering digunakan untuk menyakiti akan tetapi ada anak patung ini digunakan dalam perubatan.

Disini saya jelaskan secara ringkas anak-anak patung paling berhantu di dunia.

Robert the Doll.
Dipamerkan di Muzium East Martello di Key West, Florida. Pernah dimiliki oleh penulis serta pelukis Robert Eugune Otto. Ada yang mengatakan anak patung ini diberikan oleh orang gajinya yang mengamal voodoo, oleh kerana tak berpuas hati apabila diberhentikan oleh majikannya. Dia menghadiahkan anak patung ini kepada anak majikannya sebelum pergi. Anak patung ini diisi dengan semangat yang jahat. Otto menamakan anak patung ini sebagai Robert seperti namanya sendiri dan sering membawa anak patung ini kemana sahaja malah sering membawa anak patung ini bermain. Pernah sekali ibubapa Otto terdengar suara yang lain apabila mereka mendengar anak mereka sedang bercakap dengan seseorang padahal pada masa itu kelihatan Otto seorang diri. Malah terjadi kejadian yang ganjil berlaku apabila Otto akan mengatakan Robert yang membuatnya walaupun Otto menidakkan perbuatan itu. Akhirnya anak patung itu disimpan di loteng rumah dan penduduk sekitar pernah melihat anak patung Robert ini berpindah tempat daripada tingkap yang ada di loteng tersebut. Apabila Otto dah dewasa dan berkahwin dengan Annete Parker, mereka berpindah kembali ke rumah Otto membesar. Akhirnya Otto jumpa kembali anak patung ini dan membawa turun ke rumah. Anak dan isteri Otto menjadi tak selesa dengan kehadiran anak patung ini, bagaikan Otto dipukau dan sentiasa bersama dengan anak patung ini sampai kematiannya pada tahun 1974. Anak patung ini diletakkan semula ke atas loteng rumah, sebelum rumah ini dijualkan kepada Myrtle Reuter selepas balu Otto meninggal dunia. Anak perempuan Reuter menjumpai kembali anak patung di loteng rumah lalu tertarik dengan membawa kembali ke rumah. Apabila anak perempuan itu diserang oleh Robert, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menderma anak patung ini kepada Muzium dan anak patung itu kekal sehinggakan ke hari ini. Terdapatnya khabar angin mengatakan bahawa, pengunjung perlu meminta kebenaran dengan Robert untuk mengambil gambar jika tidak nasib malang akan menimpah kepada mereka yang tak meminta izin ini. Malah terdapat beribu surat dihantar ke muzium ini mengharapkan Robert memaafkan mereka dan menarik balik nasib malang ini. Cerita Robert pernah diadaptasikan di dalam filem seram "Chucky" di dalam "Child's Play" pada tahun 1988.

Annabelle the Raggedy Ann Doll.
Terkenal di dalam kes Demonologists Ed & Lorraine Warren dan ditempatkan di dalam "The Warrens' Occult Museum" di Monroe, Connecticut. Seperti mana diceritakan oleh Ed & Lorraine Warren, anak patung ini dimiliki oleh seorang pelajar jururawat  pada tahun 1970. Apabila anak patung ini menunjukkan keganjilan, lalu pelajar ini meminta bantuan daripada seorang medium dan mendapat tahu anak patung ini didiami oleh semangat seorang anak gadis yang bernama "Annabelle Higgins". Oleh kerana sifat kasihan, dia bersama rakan serumahnya membenarkan semangat itu tinggal di rumah itu akan tetapi indah daripada rupa apabila anak patung ini mempunyai niat yang jahat. Apabila anak patung ini mulai mengganas apabila kawan lelaki pelajar ini dicakar sebalik sahaja dia mengatakan dia tak suka dengan anak patung ini. Selepas kejadian ini, Annabelle mulai menganas sehinggakan menakutkan pelajar dan rakan serumahnya sekali. Akhirnya mereka meminta bantuan dengan pasangan Warren. Pasangan Warren ini mengatakan anak patung Annebelle ini bukan dirasuki dengan semangat seorang anak gadis sebaliknya semangat jahat ataupun syaitan. Akhirnya pasangan Warren mengambil keputusan untuk membawa anak patung ini balik ke muzium mereka dan mereka hampir-hampir mengalami kemalangan angkara Annabelle. Malah pernah berlaku kes dimana seorang remaja membuat provokasi terhadap Annabelle dengan mengugut anak patung untuk memudaratkan  remaja ini, akhirnya remaja ini meninggal dunia dalam kemalangan jiwa dengan motosikalnya sebalik sahaja meninggalkan muzium dimana Annabelle ditempatkan. Cerita Annabelle ini menjadi inspirasi kepada wayang "Annebelle" (2014) & "Annebelle : Creation" (2017). Dalam pendapat saya, versi wayang banyak sangat tokok tambah dan lari daripada cerita yang sebenarnya.

Disini saya sertakan nama-nama anak patung berhantu yang lain, dimana kamu boleh cari cerita mengenai anak patung ini. Letta the Doll, Voodoo Zombie Doll, Pupa, Mandy & Pulau Ubin Barbie.


Sampai disini sahaja pengulasan saya mengenai anak patung. Tak salah mempunyai anak patung ini asalkan ia tak cukup sifat. Ataupun membuang atau dermakan anak patung kepunyaan anak jikalau mereka dah meningkat dewasa. Jikalau ternampak anak patung di tepi jalan ataupun di tempat perlupusan sampah, jangan kutip. Lagi antik anak patung itu, ada kemungkinan tinggi ada sesuatu yang sudah mendiaminya. Apa-apa pun jaga-jaga.

Khamis, 2 Ogos 2018

Mengambil

Salam Malam Jumaat semua,


Adakalanya apabila ada benda yang dilihat semestinya nakkan mahupun dibeli. Tapi jikalau benda yang menarik perhatian kita ini berada di tempat awam ataupun di tempat membuang sampah. Ada barang seperti almari, cermin, kotak, anak patyng dan lain-lain yang masih dalam keadaan elok tanpa sebarang jenis kerosakkan. Bagi yang mampu, tiada sesiapa akan mengambil barang-barang ni akan tetapi ada mereka yang kurang berkemampuan dan serba kekurangan akan mengambil barang ni untuk kegunaan di rumah.


Tapi ada benda-benda ini mempunyai rahsia ataupun sejarah yang terlindung, dimana tuan asalnya membuangnya. Adakalanya barang ini adalah barang turun-temurun ataupun benda paling disayangi oleh arwah/mendiang. Ada benda ini mempunyai pendamping ataupun penunggu yang tinggal di dalam objek ini. Apabila tuan asalnya tak ingin lagi memelihara ataupun simpan saka ini, ada yang mengambil langkah mudah dengan membuangnya di tempat membuang sampah atau dimana-mana siring / tepi jalan dengan harapan benda ini dilupuskan tanpa memikirkan ada orang lain bakal mengambilnya. Apabila benda ini dilupuskan dengan membuangnya di tempat-tempat yang jauh daripada kehadiran manusia dengan menanamnya ataupun menghanyutkan ke laut ataupun membuangnya terus ke laut. Paling mudah dengan meminta pertolongan dengan mereka yang pakar untuk menghapuskan barang ini.



Bagi yang tak tahu, ia sekadar barang sahaja dan tak lebih daripada itu. Akan tetapi ia tak semestinya gangguan itu bermula terus sebaliknya gangguan hanya berlaku selepas beberapa hari/malam. Gangguan seperti penampakkan kelibat, ada gangguan pada waktu tidur, kedengaran bunyi bising ataupun suara-suara yang menyeramkan. Gangguan ini mulai disedari terutamanya orang rumah seperti suri rumah dan anak-anak mahupun ibubapa {khas buat mereka yg dah berkahwin dan tinggal bersama-sama ibubapa / mertua serumah}.Ini melihat kepada individu tersebut nak mempercayai kata-kata orang rumah, tapi dengan keadaan masa kini ada kemungkinan tinggi komplen itu dihiraukan.



Jika yang mengambil berat dan mengambil tindakan. Maka bantuan daripada mereka yang pakar diperlukan iaitu pakar perubatan alternatif diperlukan. Ya, ia mengambil masa nak mencari sebabnya dan puncanya.Jikalau ia berpunca daripada barang yang diambil ini maka barang itu harus dibuang. Insha Allah, gangguan itu akan berhenti juga.



Ini pula kes istimewa apabila terjumpa barang seperti cincin atau rantai ditempat dimana pernah berlakunya kemalangan dan kematian. Walaupun nampak cantik atau ia adalah emas sekalipun, jangan sesekali mengambilnya apabila gangguan yang bakal kamu alami lebih teruk sekali daripada barang yang mempunyai pendamping mahupun saka sekalipun. Gangguan kelibat lembaga seperti seseorang yang sudah meninggal dunia di dalam rumah, penampakkan diri secara berdepan dan meminta barang dipulangkan dan gangguan di dalam mimpi. Gangguan ini bukan sahaja menganggu emosi malah kesihatan apabila empunya diri tak berani nak tidur dan paranoid dengan keadaan sekeliling. Cara nak bebaskan diri daripada gangguan dengan memulangkan barang yang diambil ke tempat asal ataupun meminta bantuan dengan Pakar perubatan alternatif untuk menangani masalah gangguan ini. Jangan sekali berdegil ataupun keras kepala daripada memulangkan/memberikan barang ini kerana ia adalah barang diperbuat daripada emas. Jangan disebabkan kedegilan diri sendiri, dengan membenarkan diri terus diganggu.



Kesimpulannya, jangan sesekali mengambil barang-barang yang di tempat pembuangan barang, secara sebarangan  dan check dahulu. Jikalau nampak cincin walaupun emas sekalipun di tempat awam ataupun di tepi jalan, jangan bawak balik ke rumah jikalau boleh terus gadai sahaja ataupun berikan kepada pihak polis. Mana tahu ada yang nak claim nanti. Ini paling penting sekali, sila bagi nasihat kepada anak-anak agar tak mengambil barang di tepi jalan mahupun di tempat membuang sampah terutamanya barang itu adalah permainan seperti contoh anak patung. Saya tak akan jelaskan lebih lanjut seperti mana saya telah jelaskan pada subjek hampir sama pada malam Jumaat yang lalu.



Jikalau nampak benda unik di tepi jalan ataupun di tempat membuang sampah,

JANGAN AMBIL.

Khamis, 26 Julai 2018

Imaginary Friends

Salam Malam Jumaat, 



Ia menjadi kebiasaannya, ibubapa akan menganggap sebagai kawan rekaan atau "Imaginary Friends" apabila mereka terlihat anak-anak mereka bermain atau bercakap bersendiri seperti ada benda yang bawa main atau berbual dengan anak itu. Ada hanya menghindari sebagai hal atau perkara yang remeh, bukan perkara yang serius sekali akan tetapi ia adalah perbuatan yang silap. 

Mula-mula nampak anak-anak tu bermain dan mangkin hari, ternampak kelibat lembaga hitam di ruang tamu ataupun ternampak sesuatu duduk di tepi katil anak. Kebiasaanya yang nampak ada si ibu, jikalau dia adalah suri rumah mahupun orang rumah. Anak tak akan komen apa-apa, sebaliknya ia hanyalah kawan dimana dia akan sering kali temaninya baik bermain mahupun berbicara. Apabila kelibat lembaga menjadi-jadi, si ibu baru nak bertindak dengan memberitahu si bapa. Satu lagi tembok penghalang, ego lelaki sukar nak menerima lebih-lebih bab mengenai paranormal dan supernatural ini kecuali si bapa betul-betul mementingkan keluarga baru mencari bantuan alternatif. 

Pakar perubatan alternatif akan menjalankan perubatan untuk memisahkan daripada ia menjadi kes yang lebih teruk apabila "kawan" ini menjadikan anak ini sebagai pendampingnya, dimana ia menjadi lebih sukar nak pisahkan. Malah "kawan" ini akan lebih mengganggu terutamanya di rumah. 

Apakah sebab anak-anak ini mudah sangat mendapat "kawan" ini? Anak-anak kecil ini mempunyai sifat dimana mereka mudah sekali menjadikan sesiapa pun sebagai kawan, baik ia adalah haiwan mahupun manusia ke mahluk halus. Hati mereka masih bersih tanpa sebarang jenis kotoran yang bakal mengisi hati ini, apabila kita meningkat dewasa. Sama kes dengan nikmat penglihatan ini juga, kecuali keturunannya, anugerah dan saka sahaja yang kena melihat. Malah ada ibubapa memilih untuk menutup hijab mata ini dengan meminta bantuan pakar. 

Anak-anak kecil ini tak tahu membezakan kawan yang manusia, haiwan mahupun mahluk halus ini. Ia adalah tanggungjawab ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka untuk mengenal pasti dan membuat perbezaan ini. Bagi mata mereka semua sama sahaja, manakala mata ibubapa dan orang lain tak boleh. Itu yang kita kena perasaan sedikit bukannya lepas tangan kerana sibuk mencari rezeki. Ia adalah anak kita maka kena tahu juga.

Walaupun dunia dah serba moden dan kepercayaan ini dianggap sebagai karut dan ketinggalan zaman. Walaupun dalam agama ada menerangkan kewujudan alam mahluk ghaib ini, akan tetapi ada akan mempersoalkan kewujudan alam ini. Jikalau ya, sila jawab persoalan ini. Walaupun dunia serba moden, mengapa masih ada lagi mereka yang mengamalkan budaya menyihir satu sama lain walaupun seagama dan sebangsa? 

Ini sebagai teguran sahaja. Percaya mahupun tidak itu terpulang, lagipun tiada sesiapa ada hak memaksa kamu untuk mempercayainya. Ia sebagai langkah berhati-hati ataupun "sediakan payung sebelum hujan". Apabila nampak anak kamu bermain atau berbicara seorang diri, bertindak bukan membiarkannya. 

Khamis, 19 Julai 2018

Lancang Kuning


Salam Malam Jumaat

Ia menjadi cerita rakyat Riau secara turun-temurun di daerah Pekan Baru Riau. Lancang Kuning adalah sebuah kapal, kununnya berwarna kuning dimana ia digunakan oleh Raja, pembesar-pembesar dan lain-lain. Lancang Kuning terdiri daripada kata (perkataan) Lancang yang mempunyai erti bahasa Melayu Dan Kuning sebagai lambang kedaulatan Raja. Lancang Kuning menceritakan mengenai konflik dan dendam kesumat yang membawa kepada kehancuran pemerintahnya dan rakyatnya.

Pada zaman dahulu, hidupnya seorang Raja yang bernama Datuk Laksamana Perkasa Alam. Baginda mempunyai 2 orang panglima yang teramat dipercayainya, yang bernama Panglima Umar dan Panglima Hasan. Selain itu baginda mempunyai seorang dukun atau dikenali sebagai ahli nujum yang bernama Bomo yang ditugaskan untuk menjaga kesejateraan orang-orang istana. 

Panglima Umar dan Panglima Hasan, bersama-sama tertarik kepada seorang wanita sama yang cantik jelita yang bernama Zubaidah. Persaingan mereka berdua akhirnya berpihak kepada Panglima Umar apabila dia pergi meminang Zubaidah terlebih dahulu sebagai isterinya. Menyaksikan kejadian tersebut, Panglima Hasan mulai mengajak Bomo sang ahli nujum istana untuk membuat komplot menyingkirkan Panglima Hasan. 

Panglima Hasan meminta sang ahli nujum untuk mengatakan kepada Sang Raja bahawa dia mendapat mimpi dimana disuruh membina sebuah kapal Lancang Kuning untuk melawan lanun laut. Lalu Raja Datuk Laksamana akhirnya bersetuju dengan pembinaan dan mulai membina kapal Lancang Kuning dalam selang beberapa hari. 

Sebaik sahaja kapal Lancang Kuning hampir siap dibina, Panglima Hasan dan Bomo mulai membuat perancangan dan komplot sebuah pembohongan yang baru. Mereka mengatakan kepada Raja Datuk Laksamana bahawa Bathin Sanggono telah melarang para nelayan dari Bukit Batu menjala ikan di Tanjung Jati. Atas perintah daripada Raja Datuk Laksamana, Panglima Umar dikerahkan pergi ke Tanjung Jati untuk menanyakan akan sebab daripada Bathin Sanggono. Tak disangkakan jawapan yang Panglima Umar dengar agak mengejutkan sekali apabila ia sekadar pembohongan atau khabar angin semata-mata. Panglima Umar mendapati bahawa dia telah ditipu. 

Sementara pada masa itu ketika Panglima Umar menjalankan tugas ke Tanjung Jati, Panglima Hasan datang bertemu dengan Zubaidah dimana pada masa itu sedang sarat hamil pada bulan terakhir. Merayu kepada Zubaidah bercerai dengan Panglima Umar agar dia dapat menjadi isterinya Panglima Hasan. Namun rayuan Panglima Hasan ditolak oleh Zubaidah apabila dia mengasihi suaminya Panglima Umar. 

Panglima Hasan tak berhenti disitu sahaja apabila dia mendengar khabar berita bahawa kapal Lancang Kuning yang bakal dilayarkan ke laut pada saat bulan purnama, menghadapi kesukaran untuk digerakkan mahupun ditarik ke laut walaupun seberapa ramai orang pun yang cuba mengerakkannya. Lalu Bomo menyarankan agar ada perlu dikorbankan agar mempermudahkan pelancaran kapal tersebut. Seorang wanita yang sarat hamil pada bulan terakhir dijadikan korban.

Walaupun Raja Datuk Laksamana akhirnya menundakan pelancaran kapal Lancang Kuning. Namun Panglima Hasan terus menjumpai Zubaidah dan lalu mengecam Zubaidah jikalau tak menerima Panglima Hasan sebagai suaminya, maka dia akan dijadikan korban bagi Lancang Kuning dengan tubuhnya dijadikan papan luncur agar memudahkan Lancang Kuning berlayar ke laut. Zubaidah tetap menolak permintaan Panglima Hasan dan tanpa membuang masa Panglima Hasan terus mengheret Zubaidah dan menjadikan Zubaidah sebagai korban kepada kapal Lancang Kuning. Akhirnya Zubaidah meninggal dunia bersama-sama dengan anaknya yang dikandungnya manakala kapal Lancang Kuning terus belayar ke laut. 

Ia merupakan tamparan hebat dan hancur hatikan apabila Panglima Umar mendapat khabar berita mengenai kematian isterinya dan anaknya. Tanpa segan silu, Panglima Hasan terus menfitnah Raja Datuk Laksamana sebagai dalang yang membuat pengorbanan tersebut. Sebaik sahajaa Panglima Umar mendengar hasutan fitnah ini, dia terus mencari dan membunuh Raja Datuk Laksamana. 

Namun ia adalah penyesalan terbesar sekali apabila Panglima Umar mendapat penjelasan daripada Ahli Nujum Bomo bahawa dalang sebenarnya adalah Panglima Hasan yang menjadikan Zubaidah sebagai korban kepada Lancang Kuning. Sebaik sahaja perkara sebenarnya dijelaskan kepadanya, tanpa membuang masa Panglima Umar terus mencari Panglima Hasan dan terus membunuhnya.
Di dalam keadaan hiba, Panglima Umar berlayar ke Tanjung Jati. Akan tetapi dengan malangnya ditengah laut, Kapal Lancang Kuning dibadai oleh ombak dan akhirnya karam dengan membawa Panglima Umar bersama. Maka berakhirnya Kerajaan Bukit Batu.

Pemahaman

Cerita lagenda ini boleh diagak berlaku pada era Pra-Islamik dimana agama Islam mulai disebarkan di Nusantara, apabila kepercayaan terdahulu seperti penyajian ataupun korban masih lagi diamalkan. Sebaik sahaja agama Islam bertapak kukuh, maka kepercayaan ini dilupakan apabila ia kepercayaan khurafat dan syirit. 

Seperti mana didalam cerita Lagenda Lancang Kuning ini, terdapatnya pengajaran yang berguna sekali. Diantaranya kena redah dengan ketentuan-Nya terutamanya dalam bab jodoh apabila ia sudah menjadi Qada dan Qadar seseorang itu. Dimana jodoh tak boleh dipaksa apabila ia bukan jodoh kita. Selain itu, kerana hati yang sedih dan marah. Segala pertimbangan bagi menentukan kebenaran dengan fitnah, tak dapat diasingkan. Akhirnya berakhir dengan penyesalan apabila kebenaran itu lebih benar daripada hasutan fitnah. 

Lagenda ini pernah diadaptasi kepada filem hitam putih oleh Shaw’s Brothers dengan tajuk yang sama. Malah ia lagenda ini diadaptasi ke dalam sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdilah. 

Khamis, 28 Jun 2018

Apabila diluar.


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ni saya sekadar berkongsi nasihat sahaja. Ini khas buat mereka kaki suka lepak, merayap, keluar, adventure dan pencari entiti pada malam hari terutamanya 11 malam ke atas. Di dalam era sekarang ini, tak semua dengar ataupun nak ikut. Rata-ratanya katakan ia adalah syirik ataupun khurafat. Tapi kena faham batas-batas ini, apabila ia ada dinyatakan dalam agama. Maaflah nasihat ini lebih kepada mereka yang beragama Islam. Bagi agama dan kepercayaan lain, maaflah tiada nasihat yang saya boleh bagi.

Berbalik kepada nasihat saya ini, bagi mereka yang baru balik daripada tempat baru, kubur, adventure, hutan, pantai, taman, mencari entiti dan hospital. Disarankan untuk melencung dahulu ataupun singgah dimana-mana dahulu seperti kafe atau kedai mamak. Makan atau minum dahulu sekitar 1-2 jam sebelum balik ke rumah.

Jikalau tak dapat nak elakkan ataupun kena balik rumah terus, maka sebelum masuk ke rumah sila baca ayat-ayat suci Al-Quran diluar rumah, sebelum memberikan salam dan masuk dengan kaki kanan. Apabila masuk rumah, terangkan rumah dengan cahaya dan mandi serta ambil air wuduk. Nak tambah lagi solat.

Ada akan cakap karut la, tapi persoalannya kamu nampakkah? Entiti dan mahluk halus ini. Jikalau kamu tak mempunyai hijab mata tu, maka jawapannya tak. Jikalau benda ini suka /  marah dengan kamu, ia akan ikut kamu balik. Jikalau tak buat apa yang saya beritahu tadi, dengan senang-senang mahluk halus ini masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi rumah yang kotor dan tak mempunyai pendinding keimanan. Kebiasaannya empunnya diri tak akan alaminya akan tetapi orang rumah seperti kaum wanita seperti ibu, nenek, adik dan kakak perempuan malah kanak-kanak akan diganggu. Semua atas jasa mereka yang pulang ke rumah tanpa berbuat demikian.

Kena fikirkan orang rumah juga bukan diri sendiri. Sebab gatal sangat nak keluar lepak, adventure, dating dan mencari entiti, memang tak akan terfikir perkara ini. Mengelak daripada kejadian yang tak diingini berlaku, lebih-lebih lagi perasaan hati yang tak tenteram, perasaan diperhatikan, kelibat-kelibat lembaga hitam ataupun orang rumah padahal orang rumah itu tak berada disana dan kehadiran bau-bau yang kurang menyenangkan.

Apabila ia melarat kepada lebih serius, disarankan untuk mendapatkan bantuan perubatan alternatif. Belajar daripada pengalaman orang lain, seperti mana dikongsikan dalam siaran radio Ria 89.7fm iaitu siaran radio daripada Singapura iaitu Misteri Jam 12. Malah boleh dicari cerita-cerita yang berkaitan di Youtube. Sorry, terbuat promosi untuk siaran kegemaran saya ini.

Ni khas buat mereka yang baru balik mengunjungi / ziarah mereka yang baru meninggal dunia mahupun daripada kubur. Pastikan kamu melencong dahulu sebelum terus balik ke rumah, tak kisah ia berlaku pada siang hari mahupun pada malam hari. Ia sekadar langkah berhati-hati sahaja, apabila kita tak tahu sama ada si arwah mempunyai pegangan mahupun ilmu dan kubur dalam tempat tinggal mahluk halus ini. Mengelak daripada tetamu tak diundang masuk ke rumah.

Ini sekadar nasihat sahaja dan terpulang sama ada nak ikut mahupun tak. Saya nak kongsikan nasihat ini apabila semalam, terhidu bau yang kurang menyenangkan sebaik sahaja balik ke rumah. Ibu saya katakan dia risau jikalau ada benda lain ikut balik. Lagi-lagi kami balik menggunakan jalan raya yang sunyi. Setiap orang ada pandangannya tersendiri, jikalau ada rasa musykil. Lebih baik tanya mereka yang lebih pakar dan mahir perihal ini. Saya sekadar memberikan nasihat sahaja.

Salam Malam Jumaat

Saya ingin mengucapkan khas buat pengunjung dan pembaca blog ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Buat masa ini saya masih dalam proses mencari bahan dan ada beberapa dalam proses penulisan. Lagenda dan Mitos, tu ada kemungkinan tinggi akan lebarkan lagi selain daripada cerita lagenda di Nusantara sahaja malah seluruh dunia, Selain itu, saya akan berkongsi semula penulisan cerita seram saya sebaik sahaja saya lengkapkan beberapa cerita dahulu.

Jika ada pembaca berminat nak berkongsi cerita itu, sila email kepada saya dan saya akan siarkan di blog ini. Manakala buat masa ini, dibahagian facebook belum ada jawapan apabila ada masih malu-malu kucing nak berkongsi.

Ini kerana stigma dan keberanian nak berkongsi cerita.

  1.  Kebanyakkan bukan penulis professional, sebab ramai sangat cikgu bahasa Malaysia media sosial. Padahal guna pun tak betul, tapi nak kritik bukan main.
  2. Tak semua rajin ataupun nak taip lengkap, terutamanya yg berkongsi mengunakan handphone. Jikalau menggunakan komputer / laptop, tu 50-50 nak taip lengkap.
  3. Banyak sangat perkataan baru di dalam bahasa Malaysia, jujurnya saya sendiri pun tak faham dan tahu ejaan perkataan ini.
  4. Kaki kritik / kaki tak percaya. Ini golongan yang kamu tak dapat lari baik dalam dunia nyata mahupun di dunia sosial media. Kaki yang tak percaya dan suka pandang serong buat mereka yang berkongsi cerita dan mereka yang mengalami pengalaman yang menyeramkan ini. Baik kamu bercerita semuka dan bertulis, kaki menyampuk tapi nak dengar juga sebelum menyerang lepas bercerita. Jujur kita pernah jumpa golongan ni. Kita boleh doakan golongan ni kena pada diri sendiri, baru mereka tahu macam mana. 
Teruskan memberikan sokongan kepada blogspot ini, dan harap bersabar menanti cerita dan infomasi di blog ini. Sekian terima kasih. 


Khamis, 17 Mei 2018

Salam Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua,

Maaf buat beberapa minggu ini, saya tak berkongsi sebarang informasi dan cerita apabila banyak perkara berlaku terutamanya pada malam Jumaat. Seperti mana pilihan raya berlaku pada hari Rabu dan keputusan mengambil masa agak lama nak diberitahu. 4.30pagi baru selesai akan tetapi isu politik di Sabah tak selesai dan menyusahkan sekali terutamanya buat kita sebagai rakyat. Sampai ke hari belum 100% selesai, agak memalukan sebagai Sabahan apabila isu politik Sabah agak rumit (jikalau saya cakap banyak ada kemungkinan ada pihak tak berpuas hati).

Kebetulan pula buat hari ini pula adalah Hari pertama bulan Ramadan. Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa.

Buat masa ini saya tak berkongsi agar dapat memberikan masa saya untuk mencari dan mengumpul bahan, apabila saya naik geram apabila saya tahu dah save tapi hilang daripada simpanan. Tak tahu bagaimana ia boleh hilang padahal dah save. Informasi pun ada sukar apabila ada bahan itu perlu kena translate dan ada pelbagai sumber, kira sukar nak cari sumber yang sesuai apabila banyak agak mengarut sangat.

Maaflah jikalau membuat kamu tertunggu-tunggu, ia sukar nak elakkan apabila ada kejadian tak dapat dielakkan selain daripada writer block. Teruskan memberikan sokongan apabila ia mengambil masa untuk mencari dan menulis.


Khamis, 19 April 2018

Pengebumian Keranda Kayu Balak Di Sabah

Salam Malam Jumaat,


Sememangnya North Borneo atau lebih dikenali sebagai Sabah pada hari ini begitu kaya dengan kepelbagaian budaya daripada suku etniknya yang berbilang kaum.Seiring dengan keindahan alam semula jadinya yang mengasyikkan,pesona inilah yang sering menjadikan Sabah antara destinasi pelancongan yang unggul setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Salah satu keunikan tradisi yang menjadi tinggalan sejarah North Borneo adalah tradisi pengkebumian masyarakat dahulu kala menggunakan keranda kayu balak.

Buat pengetahuan semua,sehingga hari ini,terdapat hampir 13 tapak yang dikenalpasti sebagai lokasi penyimpanan keranda kayu balak ini.Kesemuanya terletak di Pantai Timur,Sabah dengan kebanyakannya bertumpu di sekitar daerah Kinabatangan.Uniknya,keranda-keranda kayu balak yang lazim dibina menggunakan kayu belian,merbau dan pelbagai jenis kayu yang berkualiti lagi tidak ditanam seperti mana kebiasaannya.

Sebaliknya keranda-keranda berkenaan akan ditempatkan di dalam gua.Antara kawasan gua yang dikenalpasti sebagai lokasi penempatan keranda di Lembah Kinabatangan adalah seperti Gua Gomantong,Agop Batu Tulug,Batu Supu,Miasis Darat dan Agop Sarupi.Selain daerah Kinabatangan,keranda-keranda kayu balak ini juga turut dijumpai di gua-gua sekitar sungai Segama,Lahad Datu,Kunak dan Semporna.Kawasan-kawasan yang dinyatakan turut dihuni oleh sub etnik di bawah suku dusun iaitu etnik Sungai dan Idahan yang dipercayai mengamalkan adat kuno yang telah lama lenyap ditelan waktu ini.

Berbalik kepada daerah Kinabatangan,antara kawasan yang terkenal dengan jumpaan keranda kayu balak ini adalah kompleks batu kapur Agop(Gua)Batu Tulug dan Batu Supu.Kawasan Hulu Sungai Kinabatangan meliputi kawasan yang dikenali sebagai Agop,Sarupi,Tongod sehinggalah ke kawasan Pinangah,Inarad dan Langga.

Sewaktu kerja-kerja lapangan dilakukan pada tahun 2007-2010 oleh kumpulan pakar dari Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Muzium negeri Sabah,sebanyak 12 sampel keranda kayu dari gua-gua sekitar Lembah Kinabatangan khususnya Kompleks Batu Kapur Agop Batu Tulug dan Batu Supu telah dipilih dan dihantar untuk analisis pentarikhan radio karbon di makmal Beta Analyctic Inc,di Florida,Amerika Syarikat.Menerusi hasil keputusan yang diperoleh adalah dipercayai penduduk setempat telah mula mengamalkan adat pengkebumian keranda kayu balak di kompleks Agop Batu Tulug sebagai contoh bermula seawal 600-900 tahun sebelumnya.Bahkan jauh lebih lama daripada sebelum itu.

Gua-gua di sekitar tempat ini sahaja seperti Agop Sawat,Lintanga dan Dimunduk menempatkan sebanyak 125 buah keranda.Apa yang mengejutkan kawasan penempatan keranda ini lazimnya berada di kawasan lereng yang curam dan kelihatan sukar untuk didaki sekiranya mengambil kira kelengkapan yang dimiliki berabad-abad yang silam seperti Agop Dimunduk yang menempatkan sekurang-kurangnya empat buah keranda yang masih utuh.

Terdapat alasan yang diandaikan wajar di sebalik ritual pengkebumian yang dianggap misteri ini.Salah satu teori yang mengatakan tujuan keranda-keranda kayu berkenaan diletakkan di kawasan bukit yang tinggi dan curam adalah sebagai salah satu petunjuk hierarki sosial individu terbabit dalam masyarakat seperti golongan bangsawan dan ketua kampung.

Sebagai contoh seperti lima buah keranda lengkap yang ditemui di Agop Sawat berserta serpihan terdiri dari 41 bahagian penutup,badan dan serpihan lain keranda.Turut ditemui sebatang kayu belian panjang yang telah ditanda dan dipercayai dijadi kan sebagai penanda untuk menyenaraikan jumlah orang atau keranda yang dikebumikan di Agop Sawat atau keseluruhan kompleks Gua Batu Kapur Batu Tulug.

Menurut Tom dan Barbara Harrisson dalam buku mereka yang bertajuk “The Prehistory of Sabah” ratusan keranda kayu juga boleh ditemui di Agop Miasias di Sungai Lokan, Agop Gomantong, Tempadong, Madai, Baturong, Agop Kala Bugir, Agop Sapa Tareng, Agop Sarupi dan juga di beberapa Agop yang lain. “Agop” dalam bahasa suku kaum Sungai yang mendiami sebahagian besar kawasan Kinabatangan bererti “Gua”.

Sebenarnya banyak kisah lagenda yang boleh diperolehi daripada penduduk setempat berkenaan asal usul penggunaan keranda kayu ini.Antaranya seperti kisah lagenda pahlawan masyarakat Sungai di Sungai Lokan yakni wira Giwai yang dikebumikan bersama tunangnya Tahira yang meninggal dunia atas sebab yang tidak diketahui. Satu lubang kecil telah dibuat pada keranda bagi membolehkan seruling Giwai disematkan.

Dikatakan Sepanjang 7 hari seruling Giwai ditiup dari dalam keranda sehinggalah seruling berhenti bagi menandakan Giwai turut meninggal dunia di dalam keranda yang sama. Pada mulanya Giwai telah meminta keluarganya supaya membuat keranda berukiran sisik buaya dan kepala kerbau untuk mengkebumikan dirinya bersama Tahira. Keranda Giwai dan Tahira kononnya disimpan di Gua Miasias.

Keranda di Miasias, Sungai Lokan juga turut dikaitkan dengan Sangan,seorang yang gagah perkasa dan seorang pemimpin unggul di sebuah kampung di Sungai Lokan.Legenda itu menceritakan Sangan ditikam oleh abang iparnya Tanaut yang dengki padanya melalui pembunuh upahan ketika ia tidur dalam medan perang.

Dengan rasa kesakitan Sangan bangun dan melihat pembunuh upahan itu berdiri di sisinya, Sangan mencabut lembing yang tertanam didadanya lalu membunuh pembunuh yang diupah oleh Tanaut.Hati Sangan terjulur keluar dari bekas tikaman namun dia dapat kembali ke kampungnya sambil memegang hatinya yang terkeluar. Tidak tahan dengan memegang hatinya itu, Sangan membuat keranda kecil dan mengkebumikan hatinya dalam keranda tersebut. Kisah legenda ini berakhir dengan menceritakan Sangan kononnya telah menjadi harimau kerana sumpahan.

Keranda berukir yang banyak terdapat di Miasias juga mungkin boleh dikaitkan dengan legenda Si Empat Mata yang pakar membuat keranda berukir dan dikatakan dalam legenda ini Si Empat Mata pernah berebut dengan adiknya Si Mata Tunggal ke atas keranda yang telah dibuat oleh Si Empat Mata dengan begitu cantik lengkap dengan ukiran sisik buaya dan kepala kerbau(Empat Mata dan Mata Tunggal adalah nama orang,probably nama bagi suku Sungai atau Idahan).

Legenda yang lain juga menceritakan Sidadak telah membuat keranda kayu untuk adik perempuannya yang mati dibaham buaya dan menyimpan keranda tersebut di Agop Batu Tulug di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan.

Mitos dan legenda menggambarkan ukiran buaya ada hubungkaitnya dengan kematian dan kuasa kegelapan dan burung “bugang”, anjing, ayam jantan dan rusa sebagai sahabat wira namun tidak ada faktapun yang boleh menentukan kenapa ada keranda yang tidak berukir langsung dan tidak ada pula kajian yang boleh menentukan makna ukiaran-ukiran tersebut, malah ukiran kepala kerbau tidak tergambar dalam lagenda mahupun cerita rakyat setempat.

Trivianya guys,sebelum kedatangan islam,etnik Sungai dan Idahan lazim akan mengebumikan mayat bersama-sama dengan harta pusaka mereka.Antara barang-barang yang dikebumikan bersama si mati termasuklah termasuklah celapa, KERIS BESI, sumpitan, gong, lembing tembikar tanah dan sebagainya dan ini turut dijumpai dalam beberapa keranda yang ditemui.

Apa yang menghairankan kenapa hanya terdapat satu ukiran kepala kerbau dan kenapa ada dua dan kenapa ada keranda sepanjang 12 kaki sedangkan ukuran tubuh manusia biasa pada masa itu hanyalah sekitar 5 hingga 6 kaki sahaja. Ada keranda kelihatan besar dan tidak kurang juga yang kecil.Kita andaikan keranda lebih kecil mungkin untuk mayat kanak-kanak,namun sehingga mencapai panjang 12 kaki?.

Agop Batu Tulug di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan telah dijadikan Muzium Tapak Bersejarah sejak 6 Julai 1996 oleh Jabatan Muzium Sabah.Namun sehingga kini misteri yang menyelubungi keranda-keranda kayu balak ini hanya sedikit yang dapat dirungkaikan.Selebihnya masih menjadi tanda tanya dan memerlukan lebih banyak kajian oleh-oleh pihak-pihak berwajib untuk merungkaikannya.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/pengebumian-keranda-kayu-balak-di-sabah/


Khamis, 22 Mac 2018

Rumah

Salam Malam Jumaat


Salam Malam Jumaat semua, ni soalan saya nak bagi apakah perkara pertama yang kamu buat terutamanya baru pindah rumah? Ini adalah persoalan saya apabila sering menjadi cerita mengenai rumah. Baik rumah yang dibeli mahupun rumah sewa. Apa yang saya tahu kebanyakkannya dengan terus membawa diri masuk ke rumah berkenaan tanpa membuat proses pembersihan. Baik yang fizikal mahupun yang rohani. 

Gangguan sering kali berlaku dengan kedengaran bunyi guli jatuh, bunyi ketukkan, bunyi kerusi ditarik, bunyi-bunyian yang menyeramkan dan kes penampakkan. Yang paling kasihan apabila gannguan itu terkena kepada anak-anak kecil, kebiasaannya ibubapa tak akan peduli mahupun nak ambil tahu. Apa yang dianggap sebagai lakonan anak-anak atapun anak nak mendapat perhatian. Ia adalah perbuatan yang silap paling terbesar sekali, apabila anak itu demam panas. 

Gangguan tak kisahlah dalam rumah, diluar rumah mahupun rumah jiran sekalipun. Jikalau diluar mahupun rumah jiran itu sesuatu yang sukar nak hindarkan terutamanya yang lalu sahaja. Yang dirumah tu sahaja dimana kamu boleh meminta pakar perubatan alternatif uruskan.

Tak kisah rumah baru ataupun lama mahupun yang dibeli ataupun sewa, seharusnya membersihkan rumah itu dahulu. Rumah kena dibersihkan dan dicuci dahulu sebelum membuat kenduri doa selamat. Tak kisahlah keluarkan duit sedikit semata-mata nak buat kenduri doa selamat daripada membazir dalam membuat Housewarming party. Sekurangnya rumah dipenuhi dengan bacaan ayat-ayat suci selain itu, jika boleh solat dan bacaan ayat-ayat suci. Ni cara Islam tapi bagi yang bukan beragama Islam pun caranya sama tapi buat cara agama yang dianuti.

2 minggu rumah yang tak dihuni, benda lain dah menjadikan rumah itu sebagai kediaman. Seperti mana saya pernah jelaskan dahulu mengenai penunggu rumah, ia sesuatu yang tak dapat dielakkan yang ada di rumah. Tapi ada kes yang saya pernah dengar dan baca itu kes, penyewa dikenakan oleh pemilik rumah sewa. Rumah itu memang ada benda tapi tak dikatakan kepada penyewa mengenainya. Tujuan untuk menipu penyewa, apabila menjadi kebiasaannya pihak penyewa akan membayar duit deposit sebagai syarat penyewaan rumah yang ada di dalam surat penjanjian. Jikalau penyewa melanggar perjanjiaan tersebut, kira deposit tersebut hangus. Penyewa diganggu teruk di dalam rumah, dalam masa beberapa hari kepada minggu. Tak tahan gangguan terpaksalah hanguskan sahaja duit deposit tersebut. Tu kena hati-hati tapi apabila kena penyewa hantu tu lain cerita la. 

Dunia serba moden, bukan bererti perkara-perkara paranormal dan mistik ni tak berlaku. Malah dalam era ni pun, masih ada nak membuat sihir nak jatuhkan orang lain. Nikan lagi gangguan, malah semua ajaran agama ada menerangkan kewujudan alam dimana pancaindera tak mampu melihatnya. Oleh itu ramai yang beberapa ambil tahu, jikalau ada gangguan baru terhegeh-hegeh nak cari bantuan. 

Sekian sahaja buat malam ni mengenai persoalan yang saya bagi ni. Jikalau beli mahupun menyewa rumah, pastikan bersihkan dahulu. Salam Malam Jumaat. 

Khamis, 15 Mac 2018

Pengebumian Keranda Perahu Di Sarawak

Salam Malam Jumaat



Apabila berbicara sahaja mengenai keranda sudah tentu ramai yang belum apa-apa sudah meremang bulu tengkok mendengarnya. Menyelusuri sejarah keranda ini juga, Sarawak tidak kurang uniknya mengenai cara pengebumian dulu-dulu.

Kiliereng bagi kaum Orang Ulu, Jerunei bagi Melanau, Tajau atau Tempayan bagi Iban dan seterusnya yang paling terawal sekali adalah pengebumian perahu keranda yang menjadi amalan masyarakat purba di Borneo iaitu yang ditemui di Gua Liang Kain Hitam iaitu di Niah.

Perlulah diketahui suatu waktu dahulu terdapat 2 proses pengebumian yang dijalankan oleh masyarakat dahulu kala iaitu pengebumian “primer” dan “sekunder”. Pengebumian primer adalah satu proses pengebumian mayat secara terus iaitu apabila berlaku kematian, mayat akan terus disimpan di dalam tempayan tanah.

Untuk sekunder pula adalah pengebumian yang mempunyai 2 prosesnya sendiri iaitu mayat akan disimpan di dalam tempayan dan kemudian setelah mengalami proses pereputan akan dikumpulkan sisa tulangnya untuk dikuburkan di tempat yang lain.

Eksplorasi yang dilakukan pada tahun 1950an di Gua Niah telah menjumpai tapak perkuburan yang sangat unik. Iaitu ianya terletak di Gua Liang Kain Hitam yang mana pada ketika itu telah menjumpai hampir 45 keranda lama yang berbentuk perahu. Turut ditemui beberapa seramik dan artifak-artifak purba yang lain. Ianya lebih merujuk kepada pengebumian perahu keranda ini telah diamalkan di Sarawak ketika zaman pra-sejarah.

Jika kita menyelidiki apa yang ditemui di Gua Liang Kain Hitam ini mungkin juga bersamaan dengan cara pengebumian kuno masyarakat Dayak Ngaju, Maanyam dan Banuaq di Kalimantan yang mana mereka juga mempunyai satu corak pengebumian berbentuk perahu keranda.

Cuma bezanya di setiap perahu mempunyai hiasan berupa naga, ular, matahari dan bulan bintang. Dinyatakan perahu keranda bagi masyarakat Dayak ini diamalkan lebih 1,800 tahun dahulu iaitu terkemudian daripada apa yang ditemui di Gua Liang Kain Hitam. (Rampai, 1983; Hartatik, 2004 : 43-55; 2007 : 61-77).

Untuk di Gua Liang Kain Hitam, Niah pula dinyatakan bahawa perahu keranda tidak mempunyai ukiran yang mengkhusus namun begitu di setiap sisi keranda iaitu di bahagian dinding gua pula mempunyai beberapa lukisan kuno yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan mayat di dalam perahu keranda tersebut.

Ianya merupakan simbol penghidupan si mati bersama-sama pengiringnya yang diukir di dinding gua untuk menunjukkan perjalanan si mati menuju ke alam akhirat.

Di atas perahu keranda itu juga selain diletakkan mayat ianya juga turut membawa bersama-samanya beberapa perhiasan diri si mati yang mana menurut kefahaman pihak pengkaji segalanya merujuk kepada stratatifikasi sosial atau darjah atau kelas si mati.

Dan ianya tidaklah menghairankan kerana suatu waktu dahulu masyarakat di Borneo sememangnya mengamalkan sistem stratifikasi sosial samada dari golongan bangsawan mahupun hamba. Memang menjadi budaya suatu waktu dahulu sekiranya ada ketua yang meninggal dunia, ada para hamba yang akan turut dikorbankan bersama untuk menyertainya tuannya.

Setakat ini masih tiada lagi pengkajian yang mampu mengatakan pengebumian perahu keranda yang ditemui di Gunung Liang Kain Hitam, Niah ini merujuk kepada mana-mana etnik di Sarawak yang mengamalkannya.

Cuma pihak pengkaji mengatakan bahawa pengebumian perahu keranda itu merupakan sejenis pengebumian sekunder. Iaitu hanya sisa-sisa tulang diletakkan di atas perahu yang kemudiannya akan disembunyikan di gua batu kapur yang terselindung.

Dan hasil dari ujian hidrokarbon keranda berdasarkan kayu padu yang digunakan dan juga artifak purba serta tulisan di dinding melalui arang merah (hematit) menunjukkan tapak pengebumian perahu keranda telahpun wujud sejak di tahun 200 Masihi lagi di Sarawak iaitu di Gua Liang Kain Hitam, Niah, Miri, Sarawak dan beberapa kawasan gua sekitarnya.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/pengebumian-keranda-perahu-di-sarawak/



Khamis, 8 Mac 2018

Legenda Buaya Dan Naga Dalam Masyarakat Kayan

Salam Malam Jumaat,



Cerita legenda merupakan salah satu daripada sastera rakyat yang disampaikan secara oral dari satu generasi ke generasi yang lain. Sarawak Bumi Kenyalang melalui kepelbagaian kaum dan budayanya juga tidak kurang dengan cerita legenda ini. Legenda Si Naga dan Si Buaya Di Dalam Masyarakat Kayan, itulah tajuk artikel dari genre Cerita Rakyat Borneo untuk sumber perkongsian pembaca Borneo Oracle Sekalian.

Al-sahibul hikayat suatu waktu dahulu diceritakan bahawa masyarakat Kayan yang mendiami Borneo juga mempunyai seorang raja yang bernama Raja Mintin. Kepandaian Raja Mintin sebagai seorang raja kayan tiada tolok bandingnya kerana beliau juga seorang raja yang bijak malah gagah perkasa. Maka bertambah makmurlah negeri Kayan pada waktu itu dengan ramai saudagar-saudagar dari seluruh pelusok dunia datang berniaga.

Namun di dalam kemakmuran negeri Kayan ini diceritakan juga bahawa Raja Mintin sering berduka kerana terlalu merindui isterinya yang sudah meninggal dunia. Demi untuk mengelakkan kemurungan yang berterusan akhirnya Raja Mintin berniat untuk mengembara melihat negeri orang lain sambil-sambil meluaskan pengalamannya. Sementara ketiadaan beliau itulah, beliau telah menitahkan agar dua orang puteranya yang bernama Naga dan Buaya untuk bersama-sama memerintah negeri Kayan. Tugasan ini diterima dengan baik oleh kedua-dua orang puteranya.
Setelah siaga segalanya kelengkapan untuk mengembara maka akhirnya tibalah hari untuk Raja Mintin berangkat berjalan-jalan melihat negeri orang. Maka bermulalah tugas untuk si Naga dan si Buaya menjadi pemerintah negeri Kayan sepeninggalan Raja Mintin itu. Yang sering menjadi kekecohan ketika Si Naga dan si Buaya ini menjadi pemangku raja Kayan adalah sikap kedua-duanya yang berbeza sama sekali.

Diceritakan bahawa si Naga ini mempunyai sikap pembengis, panas baran, suka berfoya-foya, bermabuk-mabukan, berjudi dan segala macam sikap negative yang tidak sepatutnya ada pada seorang bakal raja Manakala adindanya iaitu si Buaya pula mempunyai sikap yang berlawanan iaitu baik budi pekertinya, suka menolong orang, pandai berjimat cermat dan terlalu lembut hatinya. Seringkali sikap si Naga ini menimbulkan huru hara di dalam pentadbiran negeri Kayan sehinggalah si Buaya tidak boleh menahan sabar malah turut menentang abangnya si Naga.

Kerana 2 orang pemimpin sudah bertelagah sudah tentu barisan pentadbirannya termasuk tentera negeri Kayan juga turut terlibat sama. Negeri kayan yang aman makmur dan terkenal dengan kesatuannya akhirnya terbelah dua dengan ada tenteranya yang menyebelahi si Naga dan di satu pihak lagi menyebelahi si Buaya. Maka bermulalah sengketa di dalam negeri Kayan kerana perang saudara antara 2 putera raja Kayan.

Sepanjang pengembaraan Raja Mintin pula yang baru sahaja sempat singgah ke sebuah negeri yang lain telah mendapat satu mimpi tidak baik. Apabila bangun dari lenanya, hatinya merasa gusar dan akhirnya membawa kepada Raja Mintin mengambil keputusan untuk segera pulang ke negeri Kayan. Alangkah terkejutnya Raja Mintin apabila mendapat negeri Kayan sudah pun hampir musnah kerana perang saudara antara si Buaya dan si Naga. Maka beranglah beliau dan segera memanggil kedua-dua anaknya untuk menghadap Raja Mintin.

Si Naga dan si Buaya terkejut apabila mendapati bahawa ayah mereka Raja Mintin telahpun pulang ke negeri Kayan dan ini menyebabkan kedua-duanya di dalam ketakutan. Ini kerana kedua-duanya mengetahui bahawa Raja Mintin mempunyai satu kesaktian iaitu sekiranya beliau berang dan menyumpah sesuatu yang tidak baik maka ianya akan benar-benar terjadi. Seboleh-bolehnya kedua-duanya ingin melarikan diri namun apakan daya pengawal-pengawal Raja Mintin sudahpun berada di depan mata kedua-duanya.

Apabila dibawa mengadap kedua-duanya memang di dalam ketakutan lebih-lebih lagi melihat muka ayah mereka Raja Mintin yang serupa singa kelaparan. Akhirnya kerana tidak dapat menahan sabar lagi Raja Mintin pun terus menyumpah kedua-dua anaknya sebagai hukuman tidak menjalankan tugas dengan sempurna.

Diceritakan Raja Mintin telah menyumpah agar puteranya yang bernama si Naga akan terus kekal menjadi seekor naga yang sebenar dan si Naga hanya boleh tinggal di gua-gua yang tiada manusia dan hidup bersendirian selamanya. Manakala si Buaya juga turut menerima hukuman iaitu si Buaya akan kekal menjadi seekor buaya yang sebenar dan akan hidup di sungai-sungai juga jauh daripada penghidupan manusia. Dengan tidak semena-mena ketika itulah guruh berdentum di langit maka bertukarlah si Buaya dan si Naga yang asalnya 2 orang putera raja di negeri Kayan bertukar menjadi seekor naga dan seekor buaya.

Inilah cerita legenda si Buaya dan Si Naga iaitu cerita rakyat yang diperturunkan secara oral dari satu generasi ke generasi yang lain di dalam masyarakat Kayan. Sudah tentu cerita legenda ini juga mempunyai maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat untuk kita jadikan pedoman hidup di masa hadapan. Hakikatnya masyarakat Sarawak juga kaya-raya dengan cerita legendanya yang wajar dilestarikan untuk pengetahuan generasi muda sekarang.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/legenda-buaya-dan-naga-dalam-masyarakat-kayan/

Salam Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua, maaflah beberapa minggu menghilangkan diri apabila sibuk mencari rezeki dan sering kali saya akan sibuk pada malam Jumaat.

Pada malam ni saya akan berkongsi informasi yang menarik buat malam ni, malah buat masa ni saya mencari bahan yang mungkin saya kongsikan nanti. Bahan dimana jarang dikongsikan dan bahan dimana saya kena alih bahasa. Buat masa ni saya tengah mencari bahan dan mengumpul bahan. Ia mengenai kepercayaan orang Cina, dimana jarang sekali dikongsikan dalam bahasa Malaysia.

Malah saya juga bakal mengongsikan beberapa ritual ataupun permainan seram. Dimana saya dalam proses alih bahasa dan tak digalakkan untuk mencubanya.

Terima kasih buat mereka yang singgah ke blogspot ini, nak berkongsi cerita tu pm saya sahaja sama ada di Google+ mahupun di Facebook. Terima kasih atas kesabaran anda semua dan teruskan memberikan sokongan anda ke blog seram ini.

Khamis, 15 Februari 2018

Salam Malam Jumaat

Salam Malam Jumaat semua,

Saya ingin mengucapkan buat pembaca yang berbangsa Cina, Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2018. Buat masa ni saya tak berkongsi sebarang jenis cerita dan informasi selama 2 minggu. Kira kepercayaan Cina, tak nak berkongsi cerita2 seram dan cerita tak baik. Kira Soil..

Saya akan berkongsi semula selepas 2 minggu, saya ada beberapa informasi menarik yang saya bakal kongsikan.

Sekali lagi Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai, Gong Hei Fatt Choi dan Jie Nie Ju E.


Khamis, 8 Februari 2018

Pengkebumian Tempayan Di Malaysia

Salam Malam Jumaat,


TEMPAYAN dijadikan salah satu medium untuk tujuan pengkebumian bukanlah sesuatu yang pelik kerana suatu waktu dahulu ianya adalah salah satu tradisi bagi masyarakat di seluruh dunia. Jika di Filipina, ianya cukup terkenal sehingga ada sesetengah tempat pengkebumiannnya menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Dan untuk konteks di Malaysia sebenarnya turut pernah ada dan bukan sahaja di dua negeri yang berada di Pulau Borneo iaitu Sarawak dan Sabah malah mencakupi sehingga ke Semenanjung Malaysia itu sendiri.

Pengkebumian tempayan atau Guri (Jar Burial) merupakan salah satu jenis pengkebumian yang diamalkan oleh masyarakat prasejarah di Malaysia. Jika dirujuk kepada rekod penemuannya, adat pengkebumian di dalam tempayan ini diamalkan oleh masyarakat zaman pra-sejarah akhir iaitu satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan pesisir pantai bagi Semenanjung Malaysia. Ini kerana pernah ada penemuannya di Kuala Terengganu manakala tapak perkuburan kuno pengkebumian tempayan pula ditemui di Pulau Tuba, Langkawi.

Bagi konteks Sabah dan Sarawak pula ianya tidak menyasar kepada masyarakat di pesisir pantai sebaliknya sehingga ke kawasan pedalaman kerana banyak penemuan lebih memperincikan kawasan gua-gua batu kapur terpencil seperti di Gua Niah dan Tanah Tinggi Kelabit. Adalah dipercayai bahawa masyarakat yang mengamalkannya adalah antara etnik-etnik pribumi Sabah dan Sarawak seperti Kelabit, Punan, Kenyah, Idahan, Sungai, Murut serta banyak lagi.

Antara ciri-ciri utama pengkebumian di dalam tempayan adalah tempayan akan digunakan sebagai tempat untuk menyimpan mayat atau tulang-tulang manusia. Tempayan-tempayan ini pula akan disimpan atau disorokkan di tempat-tempat yang terpencil seperti di gua-gua atau di celah-celah banir pohon yang besar di dalam hutan. Dan disekeliling tempayan-tempayan itu akan ditemui banyak objek-objek iringan seolah-olah menggambarkan pengembaraan mayat itu menuju ke persemadian kekal mengikut kepercayaan masyarakatnya.

Dan seperti mana proses pengkebumian keranda perahu, pengkebumian tempayan juga dilaksanakan dalam dua proses iaitu pengkebumian primer dan sekunder. Pengkebumian Primer merupakan satu proses pengkebumian yang dilakukan secara langsung iaitu apabila sudah mati maka mayat akan dimasukkan ke dalam tempayan. Selepas itu tempayan itu terus ditanam di dalam tanah mahupun diletakkan di dalam gua-gua atau tempat tinggi.

Manakala untuk pengkebumian sekunder pula mayat akan disimpan di satu tempat yang selamat. Setelah beberapa waktu maka apabila mayat sudah mereput, barulah segala tulang-tulang itu nanti akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam tempayan. Biar berbeza prosesnya namun persamaannya adalah akan ada objek iringan yang turut akan menemani tempayan seperti barang perhiasan, alat perkakas, tembikar tanah dan lain-lain. Adalah dipercayai bahawa setiap satu objek iringan ini sebenarnya boleh menggambarkan strata sosial si mati tersebut semasa hidupnya.

Bagi pemilihan tapak perkuburan pula, lazimnya akan mengambilkira banyak faktor kerana masyarakat zaman pra-sejarah juga mempercayai bahawa setiap yang berkaitan dengan mati itu adalah suci. Jadi antara yang akan diambil perhatian adalah ianya harus selamat dari gangguan binatang pemangsa, tidak ditenggelami air, tersembunyi serta berada jauh dari persinggahan manusia.
Sehingga ke hari ini masih tiada dokumen yang mengkhusus bilakah pentarikhan sebenar pengkebumian tempayan ini digunapakai di dunia. Ini kerana setiap lokasinya menunjukkan pentarikhan yang berbeza Jika di Filipina iaitu di Gua Manunggul, Palawan berdasarkan ujian hidrokarbon yang dijalankan ianya menunjukkan sekitar 701 hingga 890 sebelum masihi. Manakala untuk di Gua Uattam, Maluku Utara, Indonesia pula keputusan ujian hidrokarbonnya adalah sekitar 1 hingga 1200 masihi. Di Leang Buidane pula adalah sekitar abad ke-8 Masihi.

Itu adalah pentarikhan bagi negara-negara di Nusantara manakala untuk konteks Malaysia pula, bagi pengkebumian tempayan yang ditemui di Kampung Limbongan, Kuala Trengganu pula mempunyai cerita yang berbeza. Carigali yang dimulakan pada tahun 1985 menemui satu tempayan yang berbentuk labu air, berukuran 32 cm ukur lilitnya dengan ketinggian 1 meter yang mana menyaksikan ianya menjadi tempat untuk menyimpan mayat masyarakat zaman prasejarah.

Dan ujian juga menunjukkan ia pentarikhannya adalah sejak dari zaman logam iaitu sekitar 1000 tahun yang lalu. Adalah dipercayai penemuan pengkebumian tempayan di Kuala Terengganu ini adalah lebih kepada bercorak pengkebumian sekunder. Di samping itu turut ditemui berhampiran tempayan tersebut adalah tulang mawas, tembikar tanah dan manik-manik disamping beberapa senjata seperti tombak, lembing dan kapak bersadur permata.

Berlainan dengan satu penemuan yang secara tidak sengaja berlaku pada tahun 1924 di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi. Satu tempayan besar dengan didalamnya mempunyai tulang-tulang manusia ditemui di satu gua yang kecil. Walau tiada objek iringan seperti yang ditemui di Kuala Terengganu tetapi tempayan yang digunapakai mempunyai corak ukiran yang pelik. Menurut kajian adalah dipercayai berkemungkinan besar tempayan ini digunakan sebagai satu bentuk hukuman masyarakat zaman purba berdasarkan kepada cara ianya ditanam.

Untuk masyarakat di Pulau Borneo pula bukanlah sesuatu yang asing apabila berbicara soal pengkebumian tempayan kerana budaya dan tradisi masyarakat pribuminya yang unik. Tempayan yang ditemui di tapak perkuburan purba di Gua Niah menunjukkan pertarikhannya adalah sekitar penghujung Zaman Logam. Ini bermakna ianya berkaitan dengan manusia purba yang pernah hidup di sekitar Gua Niah tetapi untuk masyarakat seperti Punan, Kayan, Kenyah pula ianya masih diamalkan sehingga awal abad ke-20.

Ini kerana sehingga ke hari ini kewujudan seperti tiang-tiang “klirieng” atau dikenali sebagai pondok mayat “Salong” itu masih lagi dijaga di sesetengah kawasan oleh etnik-etnik tersebut. Perlulah diketahui bahawa di dalam “klirieng” ini turut ditempatkan tempayan berserta objek iringan bagi menyimpan tulang-tulang si mati. Selain itu setiap ukiran pada tiang dan pondok Salong juga sebenarnya mempunyai makna bagi menunjukkan srata sosial si mati. Adalah dipercayai bahawa “klirieng” hanya dikhaskan untuk golongan bangsawan atau raja di kalangan masyarakat mereka.
Bagi etnik Kelabit yang ramai mendiami kawasan tanah tinggi kelabit pula berlainan kerana mereka tidak meletakkan tempayan di binaan kayu seperti klirieng sebaliknya meletakkannya di struktur megalit yang dibina khas di satu kawasan hutan yang terpencil. Tempayan itu digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tulang nenek moyang adalah kerana menurut kepercayaan mereka, tempayan itu merupakan simbolik kepada rahim wanita. Maka posisi mayat itu disimpan juga akan mengikut seakan-akan posisi bayi didalam perut ibunya.

Penemuan tempayan-tempayan yang menyimpan mayat-mayat masyarakat kuno juga turut ditemui di Pusu Lumut, Lembah Kinabatangan dan Hagop Bilo menunjukkan bahawa masyarakat Orang Sungai dan Idahan juga pernah mempunyai tradisi pengkebumian tersebut selain daripada keranda balak. Selain daripada objek-objek iringan yang ditemui bersama-sama tempayan yang disembunyikan di dalam gua-gua batu kapur turut ada lukisan-lukisan gua yang dipercayai mempunyai signifikasi dengan si mati sewaktu hidupnya.

Pengkebumian tempayan mempunyai keunikannya tersendiri berdasarkan kepada kepercayaan masyarakat suatu waktu dahulu. Malah setiap cara pengkebumian kekalnya juga turut mempunyai hubungan dengan alam semesta seperti kepercayaan manusia dahulukala.

Sumber: https://www.thepatriots.asia/pengkebumian-tempayan-di-malaysia/