Khamis, 15 Oktober 2015

Pulau Berhala



Salam Malam Jumaat semua, kali nie saya akan kongsikan mengenai sebuah pulau yang ternyata menyimpan kisahnya tersendiri. Disini saya kongsikan infomasi serta kisah seram yang ada pada sebuah pulau di Sandakan yang bernama Pulau Berhala.

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan perkelahan. Di hujung bahagian Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.

Semestinya hanya penduduk pulau nie sahaja tahu lebih lanjut mengenai perihal yang misteri dan menyeramkan yang ada pada pulau nie. Saya hanya mampu kongsikan 2 sahaja kisah dimana diceritakan kepada saya.

Kisah yang pertama adalah kisah yang saya dengar daripada beliau saya sendiri dimana pada masa mudanya dia bersama kawannya akan memancing berdekatan dengan pulau nie. Saya pendekkan cerita nie mereka memancing dari petang sehingga kepada ke malam hari, tapi ikan dapat pun tidak seberapa. Semuanya terhenti apabila mereka terdengar seperti bunyi memanggil dari arah pulau dan beberapa minit terdengar bunyi seperti batu dilontar berdekatan dengan sampan mereka nie padahal mereka kira jauh daripada pantai. Tanpa membuang masa mereka terus cepat-cepat mengemas dan berdayung pergi daripada tempat tu.

Kisah kedua kira pendek sangat, sering kali berlakunya ada sahaja mereka akan mati lemas dikala bermandi-manda di pulau berhala. Ada yang mengatakan ada sesuatu akan menarik kaki mereka sehinggakan mereka akan mati lemas. Ia berpunca daripada penunggu pulau tu yang berenang-renang di kawasan pantai dan sering kali mencari mangsa. Tiada sesiapa pernah memberitahu apakah bentuk penunggunya itu tapi hanya apa boleh dikatakan ia memang jahat sekali. Nie apa yang dikisahkan kepada saya semasa saya kecil lagi.

Sampai di sini sahaja infomasi dan kisah yang saya ingin kongsikan mengenai Pulau Berhala buat malam nie. Ada banyak lagi tempat-tempat dimana orang Sandakan pun tidak mengetahuinya. Di masa yang akan datang saya akan kongsikan lagi yang apa terdapatnya di Sandakan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan