Khamis, 17 Disember 2015

Penunggu Rumah


Salam MalamJumaat,

Seperti mana kita tahu bahawa kita manusia tidak tinggal di dunia ini seorang diri malah kita berkongsi dengan mahluk-mahluk lain daripada ciptaan Yang Maha Esa, ia termasuk juga dimana terbatas dari segi penglihatan kita manusia.

Tak mengira rumah itu lama mahupun baru sekalipun kewujudannya semestinya tak mampu kita kata benar mengenainya. Apabila kelibat adakala berlaku sebentar mahupun kekal itu, semestinya membuat sesiapa yang melihatnya menjadi gentar mahupun menjadi takut. Ia adalah Penunggu Rumah.

Kewujudannya tak pernah menganggu penghuninya kecuali ada sesuatu yang membuatkan ia menganggu apabila penghuni ada melakukan sesuatu yang salah.

Ia akan berdiri pada satu sudut di rumah tersebut dan tidak akan bergerak ke mana-mana. Adakala ada pernah melihat kelibat tersebut berdiri di tempat-tempat tertentu seperti di atas tangga rumah, bawah tangga, sudut rumah yang paling gelap, bilik stor, tandas dan tempat-tempat yang berada di rumah yang jarang sekali digunakan. Ia hanya berdiri tegak dengan wajah ditutupi dengan rambut yang panjang manakala ada pula ia hanya menundukkan diri sambil wajah ditutupi dengan rambut yang panjang dan adakalanya ia menatap pada wajah kamu dengan mata terbeliek serta tersenyum dengan rambut yang panjang pada sisinya.

Ia boleh dikatakan adalah barisan hadapan jika ada mahluk ghaib yang lain ingin memasuki mahupun menduduki rumah tersebut dengan menghalangnya. Akan tetapi ada batasnya apabila jika penyerang mahupun pencereboh itu lebih kuat daripada ia maka ia terpaksa mengalah apabila tak mampu menangininya. Jika penyerang mahupun pencerobohnya dapat diusir keluar maka tanggung-jawab itu berbalik kepada penunggu rumah.

Tidak banyak diketahui mengenai penunggu rumah. Hanya segelintir sahaja mampu melihatnya. Adakalnya kehadirannnya diambil peduli ataupun sebaliknya, malah ada yang sanggup mengeluarkan daripada rumah pada pemilik rumah menjadi takut terhadap kehadiran penunggu rumah. Ada lebih baik biarkan sahaja, apabila kita tidak menganggu maka ia tidak akan menganggu kita. Terpulang nak percaya ataupun tidak, akan tetapi ia tu memang wujud.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan