Khamis, 28 Disember 2023

Face Powder Hag

 Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Face Powder Hag. 

Dikenali sebagai Oshiroibaba adalah sejenis syaitan dalam cerita mitos Jepun. Dia akan cuba tipu muslihat terutamanya buat para wanita muda cantik untuk mencuba menggunakan bedak putih yang istimewanya untuk wajah, yang dikatakan akan membuat mereka bertambah menawan dan cantik.

Oshiroibaba (Nenek Bedak Muka) adalah seorang wanita tua yang berjalan pada jalan yang bersalji dengan memakai topi jerami yang besar, bertongkat dan membawa sebuah bekas yang terisinya serbuk putih. Wajah yang berkedut dibedakkan tebal dengan solekan berwarna putih.

Oshiroibaba akan munculkan dirinya pada waktu malam yang dingin, lalu menanyakan kepada wanita muda cantik jikalau mereka ingin mencuba menggunakan bedak muka istimewanya pada wajah mereka untuk menambahkan seri wajah dan nampak lebih menawan. 

Walaupun bagaimana pun, sebaik sahaja bedak putih itu menyentuh permukaan wajah mereka, wanita muda itu akan mengalami pedih dan bahang panas seperti terbakar. Kulit wajah mereka akan mengulapas dan isi mereka mulai mereput sebelum isi mereka tertanggal dari wajah mereka,lalu meninggalkan wajah tengkorak yang mengerikan. Oshiroibaba akan mencuri kulit yang tergelupas itu serta isi berkenaan dan bakal digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.




Khamis, 21 Disember 2023

Yama Uba

 



Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Yama Uba. 

Yama Uba merupakan ahli sihir gunung serta juga syaitan dalam kepercayaan atau cerita rakyat Jepun yang tinggal di sebuah pondok di pergunungan dan akan memakan sesiapa sahaja yang bernasib malang dengan bertembung dengannya.

Ia mempunyai wajah wanita tua yang hodoh, bentuk wajah yang muncung, rambut yang serba kekuningan, pandangan yang tajam, berpakaian yang compang-camping serta mempunyai mulut yang ternganga luas dari hujung telinga kiri ke telinga kanan.

Pada asalnya dia hanyalah seorang wanita tua biasa yang tinggal di sebuah perkampungan di pendalaman Jepun. Tempatnya ditimpa musibah dimana kebuluran yang dahsyat berlaku dan menjadikan makanan menjadi sukar ditemui. Anak-anaknya tidak ingin memberikan dia makanan lalu mereka menghalau dia keluar daripada kampung dan meninggalkannya di kawasan hutan dengan harapan dia mati kebuluran.

Sebaliknya Yama Uba tidak meninggal dunia malah dia berjaya naik ke puncak gunung dan menemui perlindungan di dalam sebuah gua. Oleh kerana dia hidup bersendirian agak lama, dia menjadi kurang siuman dan pemakan daging manusia dengan membunuh sesiapa lalui kawasannya lalu memakan daging mereka. 

Dia membina sebuah pondok di dalam hutan dan hidup dengan menjadikan mereka yang tersesat di pergunungan sebagai mangsanya. Dia akan berpura-pura menjadi seorang wanita muda yang cantik dan memberikan perlindungan kepada mereka untuk bermalam mahupun berteduh di dalam pondok untuk malam tersebut. Sebaik sahaja mereka melelapkan mata mereka, Yama Uba akan membunuh da memakan daging mereka. Adakalanya dia akan menggunakan rambut yang mengerbang itu untuk mengikat mangsanya lalu menarik ke dalam mulut besarnya.

Terdapat cerita dimana diceritakan Yama Uba akan menawarkan dirinya untuk memimpin pengembara ke jalan yang betul. Sebaliknya, dia akan memimpin pengembara itu pada hujung tebing lalu menolak pengembara itu jatuh ke kematiannya pada dasar berbatu di bawah. Lalu Yama Uba dengan tergesa-gesa akan turun ke bawah tebing dan dengan rakus melahap mayat pengembara yang malang itu.




Khamis, 14 Disember 2023

Snake Woman

Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Snake Woman (Wanita Ular).

Snake women (wanita ular) atau "Nure Onna" merupakan urban legend Jepun mengenai sejenis mahluk yang ganas yang menyerupai seekor naga yang bertubuh atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya adalah ekor ular. Ia mempunyai mata seperti ular, lengan yang bersisik ular serta mempunyai kuku yang tajam, gigi yang serba tajam dan mempunyai rambut panjang yang cantik.

Ia sukar mencari mangsanya di kawasan perairan atau kawasan pantai dan mangsanya selalunya perenang dan nelayan. Apabila ia menemui mangsanya, ia akan keluarkan daripada air lalu melumpuhkan mangsanya dengan pandangan matanya. Ia akan menggunakan lidah ularnya yang panjang, menyedut keseluruhan dari dari tubuh mangsanya. 

Walaupun ia mempunyai tubuh yang panjang, Nure Onna mampu menyembunyikan dirinya di dalam kolam yang cetak. Ia akan menggunakan kecantikannya untuk mengumpan mangsanya untuk terjerat pada perangkapnya. Dia akan timbulkan kepalanya di atas permukaan air, berlakon sebagai seorang wanita meminta pertolongan daripada lemas. Apabila seseorang datang menyelamatkan dengan menyelam, ia akan bangkit dan menangkap mangsanya menggunakan kuku tajamnya lalu menarik mereka ke dasar laut. 

Apabila kamu terpilih menjadi mangsanya, ia menjadi mustahil untuk kamu melepaskan diri daripada genggaman Nure Onna. Ia akan kemunculankan dirinya dari jauh untuk menangkap kamu, cara terbaik untuk menjaga diri kamu dengan mengelakkan dari berjalan seorang diri di atas pantai pada waktu malam. 




Khamis, 7 Disember 2023

Betobeto - San

 Salam Malam Jumaat,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Betobeto-San. Ia adalah Hantu Jepun (Yokai) yang terkenal, dimana ia suka mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekor kamu jikalau kamu berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun pada waktu malam

Pernahkah kamu merasakan perasaan seseorang mengekori? Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan yang teramat rapat di belakang kamu? Jikalau ya, kemungkinan tinggi ia adalah Betobeto-San. Ia adalah Hantu halimunan yang mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekori kamu di belakang terutamanya pada jalan yang sunyi pada waktu malam.

Beto... Beto... Beto... Beto... 

Jikalau kamu mendengarinya, dengan lemah lembut mengatakan "Betobeto-San, osakini okoshi", yang bermaksud "Betobeto-San, sila lalu dahulu."

Di Jepun, ia salah satu hantu (Yokai) yang popular atas kerana ia tidak berbahaya dan ada segelintir kaum wanita beranggapan ia sebagai comel. Di Sakaiminato, terdapat patung arca Betobeto-San dan penduduk tempatan sering meletakkan duit siling pada mulutnya untuk menerima nasib baik.