Khamis, 31 Disember 2015

Mata / Deria ke-6



Salam Malam Jumaat,

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat sesetengah manusia yang terpilih. Manakala ada mereka mendapat kelebihan ini dengan kejadian yang tragis (selepas mengalami koma mahupun kecederaan yang hampir meragut nyawa), mendapat pada usia yang lewat, mereka yang ada mengamalkan ilmu, mereka yang mempunyai saka, mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi terutamanya agama dan faktor keturunan.

Deria ke-6 merupakan kelebihan yang unik apabila ada mereka ini sensitif pada keadaan sekeliling apabila deria-deria akan menjadi lebih peka. Kelebihan yang lain adalah kelebihan untuk melihat, berbicara dan merasakan kehadiran mahluk-mahluk halus. Selain itu ada mereka mempunyai kelebihan untuk meramal dan membaca fikiran orang lain yang dikenali ramai sebagai phychic.

Kanak-kanak sekitar usia 3-6 tahun mampu melihatnya akan tetapi deria ini akan hilang dengan sendirinya tapi jarang sekali berlaku apabila kelebihan deria ini dibawa sehinggakan dewasa.

Mereka yang memiliki kelebihan deria ke-6 biasanya akan lebih suka menyendirikan diri mereka apabila diluar sana banyak yang tidak mahu mengerti kelebihan yang ada pada mereka apabila ada masyarakat akan memulaukan mereka yang ada kelebihan deria ke-6. Apabila tiada yang ingin memahami ataupun cuba fahami mereka ini.

Mereka yang ada kelebihan deria ke-6 , sering kali dipertikaikan pada kelebihan mereka ini apabila dikatakan suka menunjuk-nunjuk dan penipu. Oleh kerana ini mereka dipulaukan, akan tetapi mahluk halus ini lebih berasa kasihan dan sudi berkawan dengan mereka ini. Jika ada manusia yang faham itu tidak banyak, akan tetapi ada ramai yang suka mengambil kesempatan pada kelebihan yang ada pada mereka ini.

Ada mereka yang mampu mengawal kelebihan deria ke-6 manakala ada ramai memilih untuk menutup mahupun membuang deria ke-6 ini dengan meminta bantuan pada mereka yang mahir mahupun pakar mengenainya. Kebiasanya ibubapa yang mendapat tahu bahawa anak mereka mempunyai deria ke-6 ini akan berusaha mencari mereka yang pakar untuk membuangnya untuk kebaikkan anak mereka ini daripada terus menerima gangguan yang diterima apabila penampakkan mahupun ada mahluk halus ini ingin menjadi kawan. Dimana ia dilarang tegas daripada berlaku apabila ia boleh memudaratkan mereka yang ada deria ke-6 ini. Tapi kebanyakkan ibubapa pada era sekarang ini tidak ambil peduli langsung, apabila ada berfikiran bahawa anak-anak mereka ini sekadar nak perhatian sahaja.

Disini saya ingin kongsikan 2 cerita mengenai penampakkan roh mereka yang pulang ke rumah dimana disaksikan oleh kanak. Cerita pertama berlaku kepada diri saya sendiri dimana ibu saya menceritakan kepada saya manakala cerita kedua pula berlaku kepada sepupu lelaki saya sendiri semasa kematian nenek kami.

Cerita ini berlaku pada malam hari datuk (sebelah keluarga ibu saya) dikebumikan di kubur. Biasanya malam pertama ahli keluarga akan berjaga-jaga dirumah apabila kepercayaan cina percaya bahawa roh akan balik ke rumah. Ahli keluarga akan menanti kedatangan roh apabila ia balik ke rumah antaranya kelibat mahupun bau-bauan. Pada masa itu saya masih kecil lagi sekitar usia 2-4 tahun, pada masa berjaga itu saya dibawa tidur di dalam bilik dimana rumah nenek saya bertemankan ibu saya. Apa yang ibu saya ceritakan kepada saya, dengan tiba-tiba ibu saya ternampak saya terbangun daripada katil dan melambai-lambai pada sesuatu dimana ibu saya tak nampak. Gayanya melambai seseorang itu pergi. Pada keesokkan harinya ibu saya menceritakan kepada orang rumah, memang terkejut juga apabila kehadiran roh datuk saya di tempat yang tidak disangka.

Cerita kedua pula berlaku pada malam nenek (sama daripada keluarga ibu saya juga) selepas dikebumikan. Sama seperti yang saya jelaskan awal cerita, upacara berjaga dilakukan di rumah mendiang nenek saya. Kali ini berlaku kepada adik sepupu lelaki saya dimana pada usia sekitar 2-4 tahun juga, melambai-lambai pada sesuatu dimana dilihat oleh ibunya (mak cik saya) sambil berkata “Bye-Bye” pada sekitar tengah malam apabila dia dibawa ibunya tidur dahulu. Kejadian itu diceritakan oleh mak cik saya kepada kami sekeluarga yang ada di sana.

Percaya ataupun tidak itu terpulanglah, asalkan jangan kamu menyakiti perasaan mahupun membuli mereka yang ada kelebihan deria ke-6 ini. Sebabnya mereka ini adalah manusia juga akan tetapi mereka hanya mempunyai kelebihan yang dikurniakan kepada mereka oleh Yang Maha Esa. Ingat Tuhan itu Maha Adil, satu hari karma akan terkena pada diri sendiri atas perbuatan diri sendiri juga selain daripada menerima pembalasan daripada mereka yang mempunyai saka. Itu lebih kepada kes berat. Apa-apa sekalipun deria ke-6 ini sesuatu yang unik dimana tak semua yang dikurniakan dengan kelebihan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan