Salam Malam Jumaat semua, kali nie
saya ingin ceritakan mengenai sebuah Jalan boleh dikatakan sebuah jalan lama
sejak pemerintahan British lagi. Ia tidak lain tidak bukan Jalan Labuk Lama. Ia
adalah jalan utama yang menghubungkan satu pekan ke bandar yang lain dan ia
juga jalan utama di Sandakan nie.
Jalan Raya nie sering kali
digunakan sebabnya ia adalah jalan utama masuk dan keluar daripada bandar
Sandakan sebelum adanya highway
ataupun jalan lintas. Dari jalan yang merah sehinggakan bertar (selain daripada selalu rosak) mempunyai
kisahnya tersendiri buat pengunanya dikala malam menjelang. Ia semestinya
menyeramkan sekali selepas melintasi pekan gum-gum apabila kedudukan rumah jauh
serta terdapat beberapa ladang sawit dan hutan simpan. Sesiapa sahaja boleh tergugat
semangatnya apabila menjelang tengah malam.
Disini saya ingin kongsikan kepada kamu semua dua kisah pendek sahaja
walaupun saya tahu ada banyak sekali tapi nie
apa yang saya pernah dengar dahulu. Kisah mengenai pemandu lori balak (semasa
kegemilangan pokok balak) dan mengenai pemandu bas express.
Kisah pertama, ada seorang pemandu lori balak mengunakan jalan raya nie dikala malam hari. Pada masa tu kenderaan yang mengunakan jalan nie tidak banyak rata-rata pun lori
besar sahaja. Dipendekkan cerita, pada masa
tu dia memandu agak lewat dekat tengah malam membawa muatan penuh dengan
kayu balak. Dia terpaksa memandu dengan berhati-hati apabila jalan itu sering
kali rosak dan mengelak daripada termasuk lubang. Dengan tiba-tiba, pemandu
lori tersebut terlihat daripada lampu suluhnya satu lembaga putih
melambai-lambai ke arahnya dengan rambut yang serba panjang. Tanpa memikir
panjang pemandu lori tersebut tekan pedal minyak dah terus berlalu pergi, tanpa
disangka lembaga tersebut berada di hadapannya. Dia cuba mengelak lalu
terlanggar penghadang jalan dan bernasib baik tiada kenderaan di belakangnya
serta lembaga tersebut ghaib daripada pandangan. Akhirnya pemandu tersebut
tidak berani lagi memandu malam tapi apabila diberikan tugas itu semula
semestinya dia akan menolaknya.
Kisah kedua, ia adalah kisah seorang pemandu bas express yang mengunakan
jalan raya tersebut dikala tengah malam. Oleh kerana ia perjalanan terakhir
daripada Sandakan ke destinasi yang lain. Pemandu bas tersebut memandu dengan
berhati-hati akan tetapi cuba menepati masa tiba kelak. Entah daripada mana
dengan tiba-tiba, kedengaran ada benda mengena tingkap belakang bas sehingga ia
pecah dan menyedarkan beberapa penumpang bas tersebut daripada tidur. Pemandu
bus tersebut menghentikan basnya dan meminta pembantunya memberikan dia lampu
suluh agar dia boleh mencari puncanya. Dia bersama-sama dengan pembantunya
keluar daripada bus express melihat keadaan sekeliling dimana mereka berada di
kawasan kelapa sawit. Pemandu bus tersebut menjadi pucat apabila melihat satu
lembaga kecil terapung-apung di bawah bersebelahan dengan tingkap yang pecah
tersebut, dia melihatnya jelas sekali dengan rambut yang kusut-masai yang
panjang serta tali-tali di bawah lembaga tersebut. Tanpa membuang masa pemandu
bus tersebut mengarahkan pembantunya masuk ke bas dengan segera dan pemandu bus
memandu busnya dengan segera sambil membaca surah-surah suci yang terlintas di
kepalanya. Syukurlah lembaga yang dilihat oleh pemandu bus tersebut tidak
mengejar busnya, tapi ia kekal di ingatan pemandu bus tersebut apabila dia
melihat lembaga kepala terbang. Pemandu bus express masih lagi memandu bus
express tersebut tapi jarang-jarang sekali dia memandu pada waktu malam kecuali
tiada pilihan. Tapi dia sudah bersedia jika dia diberikan untuk memandu di
malam hari lagi sebab dia berbuat demikian untuk mendapatkan rezeki buat
dirinya serta keluarganya.
Sampai disini sahaja kisah dan infomasi mengenai Jalan Labuk Lama buat kamu
semua. Ia adalah kisah-kisah dan infomasi dimana tidak ramai orang Sandakan
tahu mengenainya dan disini saya ingin nyatakan bahawa pada minggu hadapan
adalah yang terakhir sekali apa yang saya bakal kongsian buat kamu semua. Sila
nantikan kisah dan infomasi buat minggu hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan