Salam Malam Jumaat semua, malam nie
saya akan kongsikan kepada kamu semua mengenai infomasi dan kisah seram
mengenainya. Kali nie pula rumah
yang terkenal di Sandakan iaitu Rumah Agnes iaitu rumah penulis yang buku
"Below the Wind" yang
secara tak langsung memberikan Sabah nama dia serta membuatkan dunia mengenali
negeri kita nie.
Nie sejarah dia la,
Rumah Agnes Keith, juga dikenali sebagai Newlands
- rumah dua tingkat milik pengarang tempatan Agnes Newton Keith dan suami Harry
(Kurator Muzium Borneo Utara) dari tahun 1930 hingga 1952. Rumah ini musnah
ketika Perang Dunia II dan dibina semula di tapak yang sama. Pn. Keith menulis
beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the Wind, Three Came Home, dan White Man Returns. Baru-baru ini rumah ini menikmati pemulihan
setelah bertahun-tahun dibiarkan.
Nie promo sedikit: English
Tea House - terletak di tapak Muzium Agnes Keith, sebuah restoran di lereng
bukit atas Sandakan yang menyajikan hidangan Inggeris dan Asia tradisional.
Alamat: 2002 Jalan Istana - tel: 6089 222544
Berbalik ke cerita, kamu tahu rumah nie
sudah lama ditinggalkan selepas penulis nie
balik ke tanah airnya malah rumah nie
terselamat dari bomming di Sandakan
dulu. Rumah nie kira tua sekali
dekat ratusan tahun sudah. Kira beberapa tahun Muzium Sabah take over buat tarikan pelancong di
Sandakan. Kira lama juga diorang baik pulih rumah nie, dan sekarang rumah nie
boleh visit sudah dengan Bayaran MyKad holders: RM 2, MyKad holder above 55
years: FREE, Children below 12 years: FREE, Students with student's card: FREE
dan Others: RM 15. Yang dibuka jam 9am - 5pm setiap hari.
Seperti kamu maklum rumah nie
sudah lama ditinggalkan bukan? Maka ada benda lain dah tinggal di rumah tu. Ramai pengunjung rumah nie beritahu bahawa ketika mereka
berada di rumah tu, terasa seperti
diperhatikan memang kuat sekali manakala pekerjanya pernah ternampak
kelibat-kelibat ketika membersihkan rumah tu.
Dikala malam hari tak payah ceritakan la
malah before ia kena buka pun lalu
jalan tu pun dah kira seram juga.
Terlupa nak tambah lagi Jalan Agnes serta Jalan Istana nie tak sesuai jalan waktu malam apabila tempat tu agak keras sedikit apabila ada ramai
ternampak Cik Kak ada di sana berjalan-jalan di jalan raya tu serta pernah ada
satu kes menahan kereta lagi.
Nie pun banyak yang local
tidak tau, nie pun saya dapat tau
daripada saudara saya yang kerja berdekatan di sana. Klu nak pigi silakan la, honestly saya pun belum pernah ke tempat tu juga. Terlupa nak add tempat
tu under Heritage Trail.
PS: Penulis Agnes Keith nie ada ambil anak angkat masyarakat dusun..
Salah sebuah penulisan Agnes Keith dimana diadaptasi ke layar perak, ia menceritakan kehidupannya semasa perang dunia ke2 dan semasa penjajahan Jepun. |
Buku pertama yang ditulis oleh Agnes Keith yang memberikan nama kepada Sabah Negeri di Bawah Bayu.
Infomasi lanjut:
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan