Khamis, 24 September 2015

Pejabat MPS


Salam Malam Jumaat semua, buat malam nie saya akan kongsikan kepada kamu semua infomasi dan kisah seram dari Pejabat di MPS. Kisah yang saya dengar dari sana tidak banyak dan perihal yang lain saya pernah terangkan terdahulu iaitu Muzium Warisan Sandakan.

Dahulunya pejabat MPS ditempatkan pada bangunan lama yang sekarangnya menjadi muzium sebelum ditempatkan pada bangunan baru serta di bangunan bekas perpustakaan Sandakan dulu. Kisah-kisah seram jarang sekali diceritakan sekarang akan tetapi ia pernah berlaku satu ketika dahulu.

Pernah diceritakan dengan penampakkan lembaga kecil seperti budak-budak kelihatan berlegar-legar pada bangunan tersebut dimana apa yang saya difahamkan ia adalah roh budak-budak yang meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan tersebut kerana bermain-main di sana dan budak malang nie kalau tidak silap adalah pengusaha kantin di sana. Adakalanya kelibat budak malang nie pada koridor pejabat adakalanya ia menampakkan dirinya pada bawah meja pekerja di sana. Adakalanya ada kelihatan pula lembaga hitam berdiri pada koridor pejabat yang agak besar dan ia menghalang sesiapa yang ingin lalu. Kisah lain pula sering kali berlakunya gangguan buat mereka yang kerja overtime dan lewat apabila kedengaran bunyi-bunyi seperti memanggil mereka serta ada juga terasa mereka sering kali diperhatikan dan terakhir sekali adalah mereka pernah ternampak kelibat seperti lembaga di pejabat pada mereka seorang diri. Malah tandasnya kebetulan berdekatan dengan sebuah pokok ara (dimana sekarang dah ditebang akan tetapi masih ada tunggulnya) pun sering kali kelihatan satu lembaga hitam berdiri di dalam tandas dan adakalanya menganggu mereka yang lemah semangat serta kaum hawa. Ia suka menganggu apabila tandas itu adalah tempat tinggalnya. 

Sampai disini sahaja saya kongsikan buat malam nie, ternyata setiap tempat nie mempunyai kisahnya tersendiri terutamanya jika tempat itu mempunyai sejarah padannya. Sila nantikan infomasi dan kisah seram yang lain pada masa yang akan datang dimana ada banyak kisah-kisah yang terselindung dimana ramai orang Sandakan tidak tahu mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan