Jika kamu dengar ia dekat
bererti ia jauh manakala jika kamu dengar ia jauh maka ia dekat.
Jika ia datang membawa bau
yang busuk kemudian bertukar menjadi wangi bererti ia membawa maksud yang baik
dan ia tidak menganggu. Manakala jika kamu terbau ia wangi dahulu kemudian
bertukar menjadi busuk bererti ia membawa maksud yang tidak baik dan baik
berjaga-jaga sebab ia datang menganggu.
Jika bersendirian dan kamu
terdengar ada memanggil kamu, baik berjaga-jaga sebab ia memanggil kamu.
Jika kamu terdengar bunyi
orang memberikan salam kepada kamu penuh maka haruslah dijawab, manakala jika
kamu dengar bunyi orang memberikan salam kepada kamu kurang jelas mahupun
lengkap baik berdiama diri daripada memjawab. Sebab ada kemungkinan ada benda
lain nak masuk ke rumah kamu jika kamu menjawab maka kamu membenarkan benda tu
masuk ke rumah kamu.
Jika kita berada di tempat
baru disaran agar tidak bercakap besar mahupun bersikap tinggi diri, kamu
sendiri mencari pasal apabila ia adalah perbuatan biadap bukan sahaja
buat benda halus nie malah kita manusia pun sama.
Jika ada benda pelik ataupun
ganjil ditempat-tempat yang dikatakan keras mahupun angker, baik jangan
ditegur. Jika ditegur ia datang dengan penuh dendam apabila benda tu tidak suka
ditegur apabila benda nie menanggap sebagai biadap.
Jika ilmu tiada di dada baik
jangan memandai membuat perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri dan lebih
teruk menyusahkan orang lain. Baik jaga diri sendiri dahulu jangan nak menunjuk
kelebihan yang tak setinggi mana.
Janganlah gatal tangan sangat
nak pergi adventure ke tempat2 yang berhantu. keras mahupun
angker. Jangan nak katakan berdarah muda pergi ke tempat-tempat berkenan dengan
ilmu yang cetek, lebih teruk membawa anak orang lain (anak gadis) ke sana. Jika
ada berlaku apa-apa bukannya berlaku kepada diri sendiri sebaliknya jika ia
berlaku kepada anak gadis tersebut, ada juga kamu kena buku lima daripada
beliau anak gadis itu.
Jangan biadap terutamanya tempat-tempat
seperti kubur, tempat berpuaka, berhantu mahupun keras. Jika buat juga nasib
kamu apabila pembalasan dia lebih teruk dan ubatnya pun kita berminta maaf
juga. Bukan kita sahaja yang tinggal di dunia nie, malah kita berkongsi dengan
mahluk lain seperti mana mereka nie ciptaan Tuhan juga.
Biarlah kamu digelarkan macam
mana sekalipun pengecut, penakut dan lain, daripada kawan kamu mencabar membuat
perkara yang bakal menyusahkan diri sendiri mahupun ahli keluarga kamu sendiri.
Jika kamu kuat semangat mahupun iman bukan bererti kamu dikenakan gangguan
sebaliknya ia jatuh kepada orang yang terdekat dengan kamu. Biar sekalipun ia
berkaitan dengan duit sekalipun. Baik jangan.
Petua orang tua nie ada banyak
tidak boleh diterima mahupun diluar pengangan agama, tapi ada sebab mengapa.
Janganlah kita menghina mahupun menidakkan sebab ia kira derhaka kepada orang
tua itu sendiri dan secara tak langsung ia salah semua pegangan agama. Ikut
ataupun tidak tu terpulanglah. Kita kena faham keadaan sekarang tak sama dengan
keadaan pada masa orang tua-tua nie berbeza sekali dengan kita.
Percaya mahupun tidak tu
terpulang, sebab ia adalah salah satu daripada ciptaan Yang Maha Esa. Jika kita
menidakkan kewujudannya bererti kamu menidakkan ciptaan Tuhan. Apabila semua
agama ada menerangkan kewujudan mahluk halus. Kita kena sedar bahawa kita
manusia nie berkongsi dengan haiwan, tumbuhan dan mahluk dimana mata kita tak
mampu melihatnya. Hanya satu sahaja HORMAT itu sahaja.
PERCAYA MAHUPUN TIDAK ITU
TERPULANG LA, LAGIPUN TIADA SESIAPA ADA HAK MEMAKSA KAMU UNTUK MENPERCAYAINYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan