Salam Malam Jumaat semua,
Pada minggu hadapan saya masih belum dapat berkongsi cerita2 penulisan kisah seram atas faktor peribadi walaupun kesemua bahan2 penulisan saya sudah lengkap ditulis pada nota idea saya (dah dekat 3 buku nota penuh). Apabila saya mempunyai masa yang terluang baru saya akan sambung menulis penulisan cerita seram saya ini.
Buat sementara ini saya akan berkongsikan infomasi2 yang menarik mengenai infomasi ringkas, lagenda, kepercayaan dan adat. Ia adalah hasil daripada saya mencari infomasi untuk note Facebook saya dimana sama seperti apa yang saya kongsikan di blog saya ini. Ada kebanyakkan infomasi yang bakal saya kongsikan ini tidak pernah dikongsikan di dunia internet ini dalam bahasa Malaysia (apabila kebanyakkan adalah dalam berbahasa Inggeris). Apabila ada infomasi ini saya sendiri mengalih bahasa ataupun translate sendiri (ia bukan perkara yang mudah dengan kamus berdekatan dan tidak semudah Google Translate yang memberikan pengertian yang berbeza daripada asalnya).
Akan tetapi ada beberapa saya akan kongsikan dalam Bahasa Inggeris apabila ia mustahil dan saya tak ingin mengambil jalan mudah untuk Google Translate infomasi berkenaan apabila ia banyak mengunakan ayat dan bahasa dimana saya kurang faham dan pengalihan bahasa boleh merosakkan infomasi yang ingin dikongsikan.
Apa yang saya bakal kongsikan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan pemahaman kepada mengenai kepercayaan dan adat masyarakat dan kaum lain. Dimana saya akan lebih banyak kongsikan dalam kepercayaan dan adat masyarakat kaum Cina. Apabila saya ini mix dan membesar dengan adat kedua-dua pihak. Maka saya lebih memahami baik buruk darah yang saya ada. Jika tertanya apa bangsa saya juga (soalan paling menjengkelkan) Brunei Cina itu bangsa saya dan lebih saya tak akan kongsikan lanjut. Sebab saya adalah Malaysian.
Apa-apa pun selamat membaca apa yang saya bakal kongsikan pada minggu hadapan sebab kesemuannya adalah random.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan