Salam Malam Jumaat semua, kali nie
saya akan menceritakan sebuah lagi sebuah jalan raya yang semestinya dikenali
yang mempunyai kisah-kisah seramnya tersendiri. Ia adalah sebuah jalan raya
lama yang dikenali sebagai Jalan Aman. Semestinya apabila sahaja nama jalan
raya nie, warga Sandakan tahu
mengenainya apabila jalan raya nie
berdekatan bukan satu tapi 3 tanah perkuburan, dimana salah satunya berdekatan
dengan sebuah sekolah menengah dan 2 lagi berdekatan dengan perumahan.
Semestinya sesiapa sahaja mengunakan jalan raya pada malam hari, boleh
membuat sesiapa sahaja menjadi gerun dan seram sejuk dengan kelibat-kelibat
batu nisan apabila dipancar oleh lampu suluh kereta. Malah dikala petang hari
jalan raya nie ternyata sunyi sepi
apabila ia agak suram hanya mereka yang berani dan penghuni sepanjang jalan
raya sahaja yang masih mengunakannya. Disini saya akan kongsikan 2 kisah pendek
mengenai jalan raya nie yang saya
pernah dengar. Diantaranya kisah daripada seorang pemandu teksi dan sebuah lagi
kisah seorang pelajar.
Kisah yang pertama nie berlaku
kepada seorang pemandu teksi mengunakan jalan raya nie pada waktu malam selepas mengantar penumpangnya ke satu
perumahan flat yang berada di kawasan Jalan Aman. Pada masa tu dah lewat sangat dan pemandu teksi
tersebut tidak ingin berpatah balik ke Bandar sebaliknya mengambil keputusan
untuk teruskan jalannya. Bila sahaja pemandu teksi lalu perkuburan Islam,
dengan tiba-tiba di depannya kelihatan satu susuk tubuh serba putih. Benda tu melompat-lompat lalu jalan raya
menuju ke arah kubur tersebut. Pemandu teksi itu menjadi pucat apabila lembaga
tersebut berbuat demikian di hadapan teksinya, tanpa membuang masa dia terus
terkumat-kumit membaca surah-surah suci yang dia ingat dan terus pecut
meninggalkan secepat yang mungkin dari jalan raya nie.
Kisah kedua berlaku kepada seorang pelajar yang balik lewat selepas membuat
aktiviti. Tidak hairan sebab pelajar nie
boleh memandu kereta dan ada senang sedikit. Balik ke kisah saya nie, masa tu dekat lewat petang oleh kerana dia tidak ingin lawan jalan sesak
maka dia mengambil keputusan untuk mengunakan jalan raya kira jalan pintas.
Semasa pelajar nie nak lepasi hujung
perkuburan Kristian, kelihatan ada seorang perempuan berdiri dengan rambut
panjang dan berpakaian serba putih melambai-lambai bagaikan meminta tumpang
dengan pelajar tersebut sambil memberikan senyuman yang mengerikan serta mata
serba merah. Tanpa membuang masa pelajar tersebut terus memecut kereta
meninggalkan perempuan misteri tersebut dan semesti pelajar nie kecut serta pucat. Difahamkan pelajar
nie orang cina dan agama yang
dianuti tidak diketahui. Pelajar nie
demam seminggu dua dengan kejutan yang dia sendiri alami, dia sanggup guna
jalan jauh daripada mengunakan jalan pintas tu lagi.
Sekian sahaja kisah dan infomasi buat malam nie mengenai Jalan Aman, ia adalah kisah-kisah dan infomasi dimana
orang Sandakan tidak ramai yang tahu mengenainya. Tinggal dua lagi sebelum
tamatnya apa yang saya akan kongsikan nanti. Sila nantikan ia pada minggu
hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan