Khamis, 19 November 2015

Batu Sapi


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya ingin kongsikan kepada semua tempat yang mempunyai kisah lagenda dan kisah seram yang pernah berlaku pada satu ketika dahulu. Ia adalah Batu Sapi dimana ia adalah warisan dan mercu tanda buat Sandakan. Daripada namanya Batu Sapi nie adalah struktur batu tepi laut yang berbentuk seperti seekor lembu. Taman warisan yang menempatkan Batu Sapi berada muara laut Sandakan yang terletak kira-kira 12 kilometer daripada pusat bandar.

Mengikut dongeng masyarakat setempat kampung asal usul tempat berdirinya batu sapi tu ialah sebuah perkampungan nelayan. Kononnya pada suatu hari ada seekor buaya yang besar berenang menuju ke kampung itu pada waktu Maghrib ketika penduduk kampung sedang berada di dalam rumah masing-masing. Kebetulan pada masa tu seekor lembu jantan ternampak kedatangan buaya tu lantas ia terjun ke laut untuk melawannya. Orang kampung kemudian keluar beramai-ramai untuk menyaksikan pertarungan kedua-dua haiwan itu. Bagaimanapun, menurut dongeng itu ketika pertarungan sedang berlangsung dengan sengitnya, kedua-dua haiwan tu tiba-tiba disambar petir, lantas menyebabkan kedua-duanya bertukar menjadi batu. Jika diperhatikan betul-betul terdapat satu struktur batu berbentuk buaya pada kaki struktur batu yang berbentuk seekor lembu.

Disini saya akan kongsikan 2 kisah seram yang saya tahu mengenainya dimana ia berlaku pada masa saya masih kecil lagi dimana ada masih lagi jambatan mengelilingi batu nie dimana sesiapa sahaja boleh datang mengunjungi tanpa sebarang bayaran dan tidak mengira masa. Tetapi ia jambatan tersebut dirobohkan dan pengunjung tidak lagi boleh mendekati batu tu lagi. Mereka hanya boleh melihatnya daripada jauh daripada platform yang bedekatan dengan pintu masuk ke batu nie. Kisah pertama ada benda berdiri di atas batu dan Kisah kedua pula ada gadis serba putih bersendirian di jambatan.

Kisah pertama nie berlaku semasa ada. berlaku kepada beberapa pemuda datang ke batu nie pada masa tu di malam hari untuk lepak sambil bermain-main dengan gitar. Dengan tiba-tiba salah seorang daripada mereka terlihat di atas batu tersebut ada satu lembaga serba putih berdiri dengan mata yang serba merah. Tanpa membuang masa pemuda-pemuda tersebut membuka langkah seribu meninggalkan batu tersebut dan tidak berani untuk berlepak di sana dikala malam hari.

Kisah kedua pun berlaku pada era yang sama juga, kejadian nie berlaku kepada seorang lelaki kira berjalan-jalan di batu tersebut pada waktu malam. Dengan tiba-tiba dia terlihat dengan seorang gadis sedang berdiri bersendirian di jambatan yang mengelilingi batu tersebut. Gadis tersebut ternyata serba putih dengan rambut panjang melepasi bahu. Apabila lelaki tersebut cuba mendekati gadis tersebut, kedengaran bunyi tangisan daripada gadis tersebut sebelum ghaib daripada pandangan lelaki tersebut apabila dia berpaling ke arah gadis tersebut selepas berpusing. Lelaki tu tercari-cari ke mana hilangnya gadis tersebut dan dia tak nampak langsung gadis tersebut keluar daripada jambatan tersebut apabila hanya satu jalan masuk dan keluar. Lelaki tersebut menjadi risau ada kemungkinan gadis tersebut terjun ke dalam laut akan tetapi dia langsung tidak mendengar bunyi air berkocak. Tanpa membuang masa lelaki tersebut meninggalkan batu tersebut apabila seram sejuk mulai melanda dirinya.

Tapi ia berlaku pada masa dahulu akan tetapi sekarang Batu Sapi bakal mengalami kemusnahan daripada persekitaran yang rosak teruk dan penbanjiran dengan warga PATI. Ia adalah salah satu warisan Sandakan yang mulai dilupakan dan hilang tidak lama lagi. Sekarang pengunjungnya bukan datang untuk menghargai ciptaan Tuhan sebalik datang ke Batu Sapi semata-mata untuk mencari kekayaan yang cara yang salah. Terdapat pengunjung-pengunjung yang masih setia iaitu mereka yang kaki judi yang mempercayai Batu Sapi nie adalah kawasan yang keramat dimana untuk bernazar, membuang ataupun menolak bala dan menilik nombor ekor. Benar ataupun tidak, tu tetap salah dengan menyalah guna salah satu ciptaan Tuhan buat kita manusia.

Kain-kain kuning dan sisa makanan daripada pemujaan berselerak pada bongkah batu nie. Oleh kerana batu nie berada di kawasan dimana kita warga Sandakan sebagai kawasan hitam dimana ia kawasan yang bahaya apabila bilangan PATI berada di sana boleh mengugat keselamatan warga penduduk asal Sandakan. Sekarang kawasan Batu Sapi cukup menyedihkan dimana ia dahulunya adalah tarikan dan mercu tanda buat Sandakan hanya tinggal nama.
Berdasarkan situasi semasa, formasi batu yang sebelum nie gah namanya tidak lagi menghadirkan perasaan teruja orang ramai untuk mengunjunginya. Ketika nie apabila disebut nama Batu Sapi, ia akan menjurus kepada Parlimen Batu Sapi, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Jalan Lintasan Batu Sapi dan beberapa lagi yang ada kaitan dengan nama bongkah batu tu. Kawasan yang dahulunya menjadi satu destinasi yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang ke kawasan nie kini tinggal sunyi sepi.

Sampai disini sahaja infomasi dan kisah seram mengenai Batu Sapi. Maka tamatlah sudah “Siri Infomasi dan Kisah Seram di Sandakan” dan pada masa hadapan kisah penulisan kisah seram akan kembali semula pada hari Khamis. Terima kasih dengan terus mengikuti siri nie, jika ada sebarang infomasi mahupun kisah seram yang saya dengar akan saya kongsikan buat kamu semua. Sekian buat kali semua iaitu infomasi dan kisah-kisah seram yang tidak ramai warga Sandakan tahu mengenainya sendiri.

Salam Malam Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan