Khamis, 3 Disember 2015

Darah


Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya ingin kongsikan kepada semua Infomasi menarik dimana saya pernah kongsikan di group. Ia hanya infomasi ringkas sahaja untuk bacaan dan memberitahu sahaja.

Darah merupakan nadi kehidupan kita, tanpa darah merah ini kita manusia tidak mampu hidup. Oleh itu selalu orang tua-tua berpesan dengan kita untuk membersihkan dahulu sebelum membuangnya.

Bagi manusia lain darah ini menjijikkan, kotor, memualkan dan ditakuti. Akan tetapi ada benda lain yang menyukai, menyelerakan dan bersih. Apabila wujudnya mahluk yang melihat darah dimana berbeza dilihat seperti manusia melihatnya.

Maaflah terutamanya buat kaum hawa, selalunya kes yang berlaku berkaitan dimana ia sering kali berlaku apabila "Kebersihkan" itu diabaikan. Maka ada yang membuangnya secara bersepah dan merata-rata tempat bukan di tempat yang sepatutnya.  Maka tidak hairan  melihat kakak cantik ataupun sesuatu bertenggek bersebelahan dengan tong sampah dan di dalam tandas. Oleh sebab kecuaian dan sikap malas, ada yang lain menjadi mangsa mahupun diri sendiri menjadi mangsanya akibat diganggu.

Jika diberikan makanan percuma  semestinya tiada yang ingin tolak rezeki, sama kes buat mahluk-mahluk halus ini juga. Jadi bersihkan dahulu darah tersebut, tak kira datang daripada datang bulan mahupun luka tubuh badan kita sendiri. Ia lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan