Khamis, 28 Disember 2023

Face Powder Hag

 Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Face Powder Hag. 

Dikenali sebagai Oshiroibaba adalah sejenis syaitan dalam cerita mitos Jepun. Dia akan cuba tipu muslihat terutamanya buat para wanita muda cantik untuk mencuba menggunakan bedak putih yang istimewanya untuk wajah, yang dikatakan akan membuat mereka bertambah menawan dan cantik.

Oshiroibaba (Nenek Bedak Muka) adalah seorang wanita tua yang berjalan pada jalan yang bersalji dengan memakai topi jerami yang besar, bertongkat dan membawa sebuah bekas yang terisinya serbuk putih. Wajah yang berkedut dibedakkan tebal dengan solekan berwarna putih.

Oshiroibaba akan munculkan dirinya pada waktu malam yang dingin, lalu menanyakan kepada wanita muda cantik jikalau mereka ingin mencuba menggunakan bedak muka istimewanya pada wajah mereka untuk menambahkan seri wajah dan nampak lebih menawan. 

Walaupun bagaimana pun, sebaik sahaja bedak putih itu menyentuh permukaan wajah mereka, wanita muda itu akan mengalami pedih dan bahang panas seperti terbakar. Kulit wajah mereka akan mengulapas dan isi mereka mulai mereput sebelum isi mereka tertanggal dari wajah mereka,lalu meninggalkan wajah tengkorak yang mengerikan. Oshiroibaba akan mencuri kulit yang tergelupas itu serta isi berkenaan dan bakal digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.




Khamis, 21 Disember 2023

Yama Uba

 



Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Yama Uba. 

Yama Uba merupakan ahli sihir gunung serta juga syaitan dalam kepercayaan atau cerita rakyat Jepun yang tinggal di sebuah pondok di pergunungan dan akan memakan sesiapa sahaja yang bernasib malang dengan bertembung dengannya.

Ia mempunyai wajah wanita tua yang hodoh, bentuk wajah yang muncung, rambut yang serba kekuningan, pandangan yang tajam, berpakaian yang compang-camping serta mempunyai mulut yang ternganga luas dari hujung telinga kiri ke telinga kanan.

Pada asalnya dia hanyalah seorang wanita tua biasa yang tinggal di sebuah perkampungan di pendalaman Jepun. Tempatnya ditimpa musibah dimana kebuluran yang dahsyat berlaku dan menjadikan makanan menjadi sukar ditemui. Anak-anaknya tidak ingin memberikan dia makanan lalu mereka menghalau dia keluar daripada kampung dan meninggalkannya di kawasan hutan dengan harapan dia mati kebuluran.

Sebaliknya Yama Uba tidak meninggal dunia malah dia berjaya naik ke puncak gunung dan menemui perlindungan di dalam sebuah gua. Oleh kerana dia hidup bersendirian agak lama, dia menjadi kurang siuman dan pemakan daging manusia dengan membunuh sesiapa lalui kawasannya lalu memakan daging mereka. 

Dia membina sebuah pondok di dalam hutan dan hidup dengan menjadikan mereka yang tersesat di pergunungan sebagai mangsanya. Dia akan berpura-pura menjadi seorang wanita muda yang cantik dan memberikan perlindungan kepada mereka untuk bermalam mahupun berteduh di dalam pondok untuk malam tersebut. Sebaik sahaja mereka melelapkan mata mereka, Yama Uba akan membunuh da memakan daging mereka. Adakalanya dia akan menggunakan rambut yang mengerbang itu untuk mengikat mangsanya lalu menarik ke dalam mulut besarnya.

Terdapat cerita dimana diceritakan Yama Uba akan menawarkan dirinya untuk memimpin pengembara ke jalan yang betul. Sebaliknya, dia akan memimpin pengembara itu pada hujung tebing lalu menolak pengembara itu jatuh ke kematiannya pada dasar berbatu di bawah. Lalu Yama Uba dengan tergesa-gesa akan turun ke bawah tebing dan dengan rakus melahap mayat pengembara yang malang itu.




Khamis, 14 Disember 2023

Snake Woman

Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Snake Woman (Wanita Ular).

Snake women (wanita ular) atau "Nure Onna" merupakan urban legend Jepun mengenai sejenis mahluk yang ganas yang menyerupai seekor naga yang bertubuh atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya adalah ekor ular. Ia mempunyai mata seperti ular, lengan yang bersisik ular serta mempunyai kuku yang tajam, gigi yang serba tajam dan mempunyai rambut panjang yang cantik.

Ia sukar mencari mangsanya di kawasan perairan atau kawasan pantai dan mangsanya selalunya perenang dan nelayan. Apabila ia menemui mangsanya, ia akan keluarkan daripada air lalu melumpuhkan mangsanya dengan pandangan matanya. Ia akan menggunakan lidah ularnya yang panjang, menyedut keseluruhan dari dari tubuh mangsanya. 

Walaupun ia mempunyai tubuh yang panjang, Nure Onna mampu menyembunyikan dirinya di dalam kolam yang cetak. Ia akan menggunakan kecantikannya untuk mengumpan mangsanya untuk terjerat pada perangkapnya. Dia akan timbulkan kepalanya di atas permukaan air, berlakon sebagai seorang wanita meminta pertolongan daripada lemas. Apabila seseorang datang menyelamatkan dengan menyelam, ia akan bangkit dan menangkap mangsanya menggunakan kuku tajamnya lalu menarik mereka ke dasar laut. 

Apabila kamu terpilih menjadi mangsanya, ia menjadi mustahil untuk kamu melepaskan diri daripada genggaman Nure Onna. Ia akan kemunculankan dirinya dari jauh untuk menangkap kamu, cara terbaik untuk menjaga diri kamu dengan mengelakkan dari berjalan seorang diri di atas pantai pada waktu malam. 




Khamis, 7 Disember 2023

Betobeto - San

 Salam Malam Jumaat,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Betobeto-San. Ia adalah Hantu Jepun (Yokai) yang terkenal, dimana ia suka mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekor kamu jikalau kamu berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun pada waktu malam

Pernahkah kamu merasakan perasaan seseorang mengekori? Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan yang teramat rapat di belakang kamu? Jikalau ya, kemungkinan tinggi ia adalah Betobeto-San. Ia adalah Hantu halimunan yang mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekori kamu di belakang terutamanya pada jalan yang sunyi pada waktu malam.

Beto... Beto... Beto... Beto... 

Jikalau kamu mendengarinya, dengan lemah lembut mengatakan "Betobeto-San, osakini okoshi", yang bermaksud "Betobeto-San, sila lalu dahulu."

Di Jepun, ia salah satu hantu (Yokai) yang popular atas kerana ia tidak berbahaya dan ada segelintir kaum wanita beranggapan ia sebagai comel. Di Sakaiminato, terdapat patung arca Betobeto-San dan penduduk tempatan sering meletakkan duit siling pada mulutnya untuk menerima nasib baik.



Khamis, 23 November 2023

Little Finger

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan dari Jepun mengenai mimpi pelik. Ia adalah urban legend dimana sering dialami oleh Kanak-kanak dan remaja sahaja akan mengalami mimpi ini. 

Ia adalah permainan yang tergolong dalam kategori berbahaya. Kamu kena fikir. Masak-masak dahulu sebelum memainkan permainan ini (kecuali kamu adalah seorang dewasa). Tiada sebarang upacara, tiada lilin dan tiada sebarang bacaan mantera. Kamu sekadar kena dengar atau membaca cerita di bawah ini.

Amaran utama :

Jikalau kamu tidak ingin bermain permainan ini, jangan serta berhenti membaca sekarang ini juga.

Ia adalah sebuah certs mengenai satu mimpi 

Di dalam mimpi ini kamu berdiri pada tepi sungai. Tiba-tiba kabus tebal meliputi kesemuanya. Kamu melihat seorang wanita tua sedang membongkok bersebelahan dengan sebuah pintu gerbang. Wanita tua ini seperti tergesa-gesa dan terdesak mencari sesuatu dengan membelek - belek pada sekitar rumput panjang.

"Apa yang kamu cari?" tanya kamu

"Saya tengah mencari jari kecil" jawab wanita tua itu sebaik sahaja dia berpaling ke arah kamu.

Wanita tua itu menunjukkan tangan kirinya dan jari kecilnya telah hilang.

"Boleh kamu tolong carikan?" tanya wanita tua itu.

Kamu harus katakan "Ya" dan kamu harus mulai mencari jari kecil itu juga serta-merta.

Kamu kena cari jari kecil wanita tua itu, jikalau tidak. Kamu takkan mampu bangun dan sedar dari tidur kamu lagi. 

Sekarang kamu telah membaca cerita ini, kamu akan mengalami mimpi ini dalam masa 7 hari. 



Khamis, 16 November 2023

Telefon Hitam

 

Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai upacara menyeramkan atau permainan paranormal daripada Jepun. Ia mengenai "How to call the distortion room" atau dikenali "Bagaimana membuat panggilan ke ruang yang asing" yang menggunakan telefon hitam bukan menggunakan lif.

Untuk bermain permainan ini, kamu memerlukan pen, sekeping kertas, sebuah telefon lama berwarna hitam yang menggunakan dail berputar (Rotary) dan 2 utas tali hitam (melebihi 40cm).

Sebelum bermain:
  1. Hanya mereka di dalam rumah, adalah orang yang dibenarkan bermain permainan ini. 
  2. Rumah berkenaan sekurangnya mempunyai 4 bilik kesemuanya. 
  3. Tutup kesemua pintu dan tutup kesemua langsir di dalam rumah. 
  4. Tutup kesemua lampu di dalam rumah kecuali pada dalam bilik (atau lorong rumah) dimana telefon itu berada.
  5. Upacara ini akan gagal jikalau kamu mempunyai garam atau barang yang boleh menghalang atau me halau mahluk ghaib atau semangat jahat. 

Langkah-langkah :
  1. Ikat 1 tali dengan erat pada genggam telefon dimana menghalangnya daripada dikeluarkan. 
  2. Letakkan genggam telefon pada telinga dan mendail nombor ini 2-0-4-0-6-0-8-0. Letakkan genggam telefon, angkat dan dail nombor berkenaan 2-5-5-1-8-2-3,kemudian biarkan genggam telefon itu bergayut. Walaupun ada seseorang menjawabnya, jangan sesekali berbicara dengan mereka.
  3. Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik berdekatan dan tutup pintu. Tunggu selama 1 minit. 
  4. Kembali pada telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi. 
  5. Secara senyap, pergi ke bilik kedua berdekatan dan tutup pintu. Tunggu seminit. 
  6. Kembali ke telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi. 
  7. Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik ketiga berdekatan dah tutup pintu. Tunggu seminit. 
  8. Kembali ke telefon hitam dan dail nombor berkenaan 2-2-8-2-2.
  9. Dengan mata tertutup, pergi ke bilik keempat berdekatan dan tutup pintu. 
  10. Sebaik sahaja kamu masuk, gunakan tali hitam kedua dengan menyimpul angka 8 berganda pada tombol pintu. 
  11. Buka mata kamu dan jangan mengeluarkan sepatah perkataan pun,walau bagaimanapun keadaan sekalipun.
  12. Buka langsir. Jikalau kaca pada tingkap bertukar kepada warna hitam, bererti kamu telah berjaya memasuki ke dunia lain. (Seperti mana dikatakan oleh orang Jepun kamu berjaya memanggil ke dunia putar - belit / asing).

Macam mana nak menamatkan permainan?

Jikalau kamu nak kembali ke dunia nyata. 

  1. Cari nota yang mempunyai 8 digit nombor yang tersembunyi di dalam bilik.
  2. Apabila kamu menemui nombor berkenaan, tutup mata kamu, ulang balik digit nombor tersebut di dalam minda beberapa kali sambil memegang erat pada tali hitam yang diikat pada tombol pintu.
  3. Jangan menjawab jikalau ada yang berbicara dengan kamu jangan lepaskan tombol pintu, walaupun orang atau sesuatu cuba menarik tubuh badan kamu. 
  4. Ulang 8 digit nombor pada minda berulang kali, tidak kisah berapa banyak kali sekalipun. Sehinggakan kamu rasa seperti kembali ke alam nyata kemudian buka pintu. 
  5. Jikalau tingkap pada bilik lain masih hitam, bererti kamu belum kembali ke alam nyata. 

Kamu harus membakar nota yang mengandungi nombor berkenaan dalam masa 7 hari. Letakkan abu pada beg hitam atas bungkuskan ia pada kertas dan bawa bersama kamu sentiasa. 

Selepas ini, dikatakan, kamu akan mengalami kejadian pelik dan apabila kamu mengalami pengalaman pelik ini, dikatakan "Kebahagiaan kamu akan berkurangan."



Khamis, 9 November 2023

Bagaimana nak melihat Hantu

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan atau upacara dimana membenarkan kamu melihat roh mahupun semangat yang sudah mati.

Kamu boleh memainkan permainan ini seorang diri atau ingin mengetahui sama ada kamu mempunyai kelebihan dan kemampuan melihat benda halus. 

* Jangan salahkan saya jikalau kamu menyedari rumah kamu berpuaka, saya sekadar berkongsi sahaja.

Langkah-langkah :

  1. Kamu harus seorang diri di dalam rumah. Cari tempat yang sunji. Tidak kisah sama ada kamu duduk di kerusi mahupun baring diatas katil. 
  2. Tutup mata dan bayangkan rumah dimana kamu lahir dan dibesarkan. 
  3. Bayangkan kamu berdiri di luar rumah pada muka pintu utama. Buka pintu berkenaan dan berjalan masuk ke rumah. 
  4. Berjalan sekitar rumah mengikut arah jam, buka kesemua tingkap satu per satu. 
  5. Sekarang kembali dan mengikut jejak kamu semula langkah melawan arah jam dan menutup kesemua tingkap, satu per satu. 
  6. Tinggalkan rumah itu melalui pintu depan utama dan kemudian buka mata. 
* Jangan baca bahagian ini kecuali kamu telah menyempurnakan kesemua langkah di atas. 

Sekarang persoalannya:
Semasa kamu bayangkan berjalan pada sekitar dalam rumah, kamu ada perasaan kewujudan atau penampakkan lembaga di dalam bilik? 

Jikalau Ya, lembaga yang kamu lihat adalah Hantu 👻. 





Khamis, 2 November 2023

Howling Inunaki Tunnel / Terowong Melolong Inunaki

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban terkenal daripada Jepun mengenai Terowong Melolong Inunaki. 

Ia merupakan satu misteri samaada perkampungan Inunaki itu wujud mahupun rekaan semata-mata. Khabar angin itu bermula sejak secara online dari 1990an sampai ke hari ini. Dikatakan perkampungan ini terletak di kawasan pedalaman Inunaki di wilayah Kyushu's Fujuoka, ia adalah perkampungan yang terbiar dan terowong Inunaki merupakan satu - satunya jalan penghubung ke perkampungan ini.

Ada cerita yang mengatakan sesiapa sahaja yang memasuki perkampungan ini akan menerima nasib yang baru iaitu lebih kepada kematian. Mitos dan cerita turut mengatakan terdapat satu papan tanda rasmi mengatakan "System perundangan dan undang-undang Jepun tidak mempunyai kuasa selepas melintas kawasan ini." bererti sesiapa sahaja yang masuk, tanggungjawab ditanggung oleh diri sendiri dengan kejadian yang sebenarnya dan keseraman yang menakutkan yang bakal berlaku.

Kedengaran bunyi anjing menyalak dan bunyi sayup-sayup jeritan datang daripada dalam terowong.

Menurut cerita bahawa ia berpunca daripada Pembunuhan kejam yang pernah berlaku di dalam terowong Inunaki. Terowong itu agak terpencil dan jarang sekali digunakan, ia menjadi tempat popular buat geng untuk lepak. Pada satu petang pada Disember 1988, sekumpulan remaja telah menculik dan merompak serta menyeksa Umeyama Kouichi yang berusia 20 tahun sebelum membakar pemuda itu hidup-hidup di dalam terowong tersebut.

Sekarang terowong Inunaki atau "Terowong Lolongan Anjing" di dalam Jepun, dianggap salah satu lokasi yang paling keras dan menyeramkan di Jepun. Dinding bata dibina untuk menutup pintu masuk terowong ini (akan tetapi ada mereka tetap berdegil nak masuk juga). Penduduk tempatan mengatakan barang elektronik / peranti elektronik dan kenderaan sentiasa akan tidak berfungsi pada sekitar kawasan terowong dan kedengaran bunyi anjing menyalak dah suara bunyi jeritan datang dari dalam terowong.

Lagenda mengenai Terowong dan perkampungan ini menjadi Inspirasi kepada sebuah filem pada tahun 2020 "Howling Village" oleh Takashi Shimizu iaitu pengarah Filem Seram The Grudge.




Khamis, 26 Oktober 2023

Corner game

 


Salam Malam Jumaat, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Corner game. 

Ia sejenis permainan yang dimainkan berluasa terutamanya di timur Asia. Permainan ini memerlukan 4 orang untuk memanggil entiti ghaib.

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan dari mana apabila terdapat versi yang berlainan. Menurut lucia Peter, penulis dari "the ghost in my machine" yang mengatakan permainan ini berasal daripada Korea.

Menurut penulis Jepun Hirouji matsuyama, permainan ini inspirasi daripada cerita berkaitan dengan satu kejadian di Jepun. Ia mengisahkan salah satu daripada 5 pendaki telah terbunuh semasa pendakian di satu pergunungan bersalji ketika sebelum berlakunya ribut salji. Keempat pendaki yang masih hidup membawa mayat pendaki kelima ke sebuah pondok yang tidak mempunyai pemanasan haba, lalu mereka memainkan permainan ini di pondok berkenaan dengan memanggil semangat / roh yang sudah meninggal dunia sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Ada media lain di China dan Taiwan yang mengatakan permainan ini berasal daripada Jepun. Korea memanggil ia sebagai square game. Jepun memanggil sebagai Sukuea / four corners game. Manakala Buat orang cina ia adalah dikenali sebagai four corners game.

Permainan ini memerlukan 4 orang dan sebuah bilik kosong. Termasuk versi lain yang termasuk:

  1. Pastikan bilik itu tidak melebihi daripada 4 orang dan tanpa sebarang jenis haiwan. 
  2. Tutupkan sius lampu atau sebarang yang mengeluarkan cahaya kecuali ia adalah rumah terbiar. 
  3. Kesemua harus memasuki ke bilik berkenaan dan harus menjerit nama masing-masing sebanyak tiga kali sebaik sahaja memasuki bilik tersebut. 
  4. Lantik salah seorang menjadi pengacara dan tiada sesiapa pun kecuali pengacara dibenarkan untuk bersuara tanpa kebenaran selepas langkah ini. 
  5. Tutup pintu dan padamkan lampu. 
  6. Setiap orang harus memilih 1 penjuru bilik dan setiap empat penjuru kena ada seorang sahaja. 
  7. Kemudian semua kena berdiri pada setiap penjuru, pengacara akan mengira sampai tiga kemudian akan meminta seorang demi seorang untuk bergerak ikut arah jam ke posisi orang lain. 
Satu kejadian ghaib akan berlaku dimana ada lebih seorang atau kurang seorang di dalam upacara ini. 

Menurut lucia Peter :
  • Jikalau ada salah seorang daripada mereka ghaib, pengacara harus mengarahkan yang lain untuk menyebut nama mereka terbalik sebanyak tiga kali (kemudian berhenti bersuara selepas itu), kemudian berbalik ke belakang pada dinding dan orang yang paling dekat dengan suis lampu boleh menghidupkan ia terus. Orang yang ghaib tadi akan munculkan dirinya semula. 
  • Jikalau ada seorang yang lebih, pengacara haru mengarahkan kesemua harus berkumpul pada siya lampu, kemudian setiap seorang kena menyebut nama mereka secara terbalik sebanyak tiga kali dan akhirnya hidupkan lampu. Selepas itu, buka pintu dan tinggalkan bilik berkenaan. Jangan sesekali nak bercakap dengan si dia (orang yang lebih).

Khamis, 19 Oktober 2023

Digital Camera / Kamera Digital

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai kamera digital. 

Cerita ini menceritakan mengenai seorang budak perempuan yang baru kematian ibunya baru-baru ini. Dia mulai menunjukkan perangai yang pelik dan enggan berseorang diri. Ia berasaskan kepada cerita yang sebenarnya yang berlaku di Jepun beberapa tahun yang lalu.

Penceritaan ini diceritakan oleh seorang wanita mengenai budak perempuan ini. 

Salah seorang daripada keluarga saya telah meninggal dunia dengan keadaan mengejut. Saya tidak pernah bertemu dengan wanita berkenaan. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 4 tahun tang bernama Yuki. Bapanya tidak mampu menjaga Yuki seorang diri, maka dia meminta mak cik saya untuk menjaganya.

Yuki enggan ditinggalkan seorang diri dan tidak mahu berlenggang dari mak cik saya. Sehinggakan ia menjadi masalah apabila mak cik saya tak dapat buat apa-apa mahupun ke mana-mana, apabila Yuki nakkan perhatian. Sehinggakan anak kandung mak cik saya menjadi cemburu. 

Pada satu hari, mak cik saya memberitahu kepada saya bahawa dia kena keluar pekan selama beberapa hari dan meminta saya untuk menjaga Yuki untuk dia. Saya yakkan sahaja permintaan mak cik saya dan kebetulan pada masa itu saya tinggal seorang diri dan saya perlukan teman. 

Salam beberapa hari kemudian, mak cik saya datang menghantar Yuki ke pangsapuri saya. Sebelum dia pergi, mak cik saya membawa Yuki ke tepi dan berkata, 

"Tolong jaga kelakuan dan jadi budak yang baik. Semasa tinggal dengan kakak ya." nasihat mak cik kepada Yuki. 

Apabila mak cik saya pergi, saya cuba bercakap dan bermain dengan Yuki akan tetapi perangainya agak pelik. Dia mempunyai sebuah anak patung beruang yang dipeluk erat dah tidak pernah melepaskannya. Dia tidak pernah senyum mahupun nak berkata apa-apa. Dia sekadar duduk pada 1 sudut dalam diam sambil memandang ke 1 arah di dinding. Perbuatan ini membuat saya kurang selesa. 

Saya cuba mencari barang yang mungkin boleh menghiburkannya. Baru-baru ini saya telah membeli sebuah kamera digital yang baru, oleh kerana saya tidak lagi akan mengunakan yang lama. Saga mengambil keputusan untuk memberikan yang lama kepada Yuki untuk bermain. Matanya bersinar apabila dia melihat kamera berkenaan. Saya mengajarkan cara menggunakan dan dia mulai ke seluruh pangsapuri saya untuk mengambil gambar. Terpancar senyuman pada wajahnya. 

Pada waktu petang, saya mendapati ia agak sukar nak menguruskan Yuki. Apabila saya cuba meninggalkan bilik, dia akan menangis dan menjerit memanggil nama saya. Saya tidak mampu ke mana tanpa meninggalkan dia seorang diri tanpa Yuki melontar tantrum. Dia menegaskan dia akan mengikut saya ke mana-mana termasuk di dalam tandas walaupun ia agak memalukan buat diri saya. 

Pada waktu nak tidur malam, dia enggan nak tidur di dalam bilik ganti dan menegaskan untuk tidur sekatil. Saya membacakannya buku cerita sebelum tidur, dalam beberapa minit akhirnya dia tertidur. Pada masa itulah saya perasan bahawa pada salah 1 kaki pada anak patung beruang itu berwarna hitam seperti kesan terbakar, ia membuat saya tertanya-tanya apa yang berlaku yang sebenarnya terdapat budak malang ini. 

Pada tengah malam, saya terjaga dari tidur dengan bunyi yang ganjil. Apabila saya menoleh ke arah Yuki, ada sesuatu tidak kena dengan Yuki. Tubuhnya bergegar, matanya terbuka luas, giginya dalam keadaan menggigil dan air matanya mengalir di pipinya. Saya bilai memeluknya, lalu menanyakan apa masalahnya. 

"Dia sedang melihat saya lagi" bisik Yuki dalam ketakutan. 

"Siapa?" tanya saya dalam keadaan terkejut. 

"Seorang wanita hitam." balas Yuki. 

Selepas itu Yuki tidak berkata apa-apa lagi selepas itu. Saya hanya mengatakannya mungkin ia sekadar khayalan semata-mata akan tetapi Yuki mengelengkan kepalanya sambil merintih. Ia mengambil masa yang lama untuk saya menidurkan dia semula. 

Pada keesokan harinya, Yuki dalam keadaan baik dan ceria semula apabila dia bermain dengan kamera digital saya. Apabila tiba masanya Yuki kena kembali semula ke rumah mak cik saya, saya memberitahunya untuk ambil kamera tersebut. Yuki memeluk saya, walaupun dia tidak berkata apa-apa, saya tahu dia gembira sangat dengan pemberian saya kepadanya. 

Sebaik sahaja saya turunkan Yuki di rumah mak cik saya dan singgah sebentar apabila dipelawa oleh mak cik minum secangkir teh. Mak cik saya berterima kasih kepada saya kerana sudi menjaga Yuki semasa kami bersembang di meja makan. 

"Kasihan budak malang nie. Yuki sudah lama tak bercakap sejak kematian ibunya." kata mak cik saya dalam nada sedih. 

Saya tidak mampu menanggung perasan ingin tahu saya lalu saya bertanya 

"Macam mana ibu Yuki meninggal dunia?" 

"Dia meninggal dunia di dalam sebuah kebakaran." jawab mak cik saya dengan wajah dia sedang sembunyikan sesuatu. 

"Bagaimana kebakaran itu berlaku?" tanya saya. 

"Sebenarnya.. Ia sebenarnya cerita yang menyayatkan hati. Ibu Yuki memgambil nyawanya sendiri. Ibu Yuki ada masalah mental, satu hari dia menuangkan minyak petrol pada dirinya lalu menghidupkan api menggunakan mancis. Dia mati dalam keadaan terbakar hidup-hidup. "cerita mak cik saya dalam keadaan sayu dan sukar baginya untuk menceritakannya. 

" Omg! Itu agak mengerikan." kata saya dalam nada terkejut. 

" Ya. Keluarganya masih dalam keadaan terkejut, mereka ingin menyembunyikan perkara yang sebenar ini dan menganggap ia sebuah kecelakaan. Kami mengatakan pengebumian kecil-kecilan dengan keluarga terdekat sahaja. Yuki tidak di sana dan dia tidak tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia. Yuki sangka ibunya sedang dalam percutian yang agak lama. Kami belum ada hati nak memberitahunya perkara yang sebenarnya. " kata mak cik saya. 

" Kasihan Yuki. "rintihan saya. 

" Ya, kasihan kepada Yuki. " kata mak cik saya sedang menundukkan kepalanya sebelum mengesat air matanya. 

Beberapa hari kemudian, saya menerima khabar bahawa Yuki telah meninggal dunia. 

Mak Cik saya cuba mengubah perangai Yuki. Pada waktu malam, dia memaksa Yuki tidur di biliknya sendiri walaupun Yuki menjerit dan menangis. Mak cik saya meninggalkan Yuki di dalam bilik berkenaan sebelum menguncinya. Pada keesokan harinya, dia menemui Yuki terbaring kaku di atas katil dan budak malang ini telah meninggal dunia. 

Tiada sesiapa dapat memahami apa yang telah berlaku malah pihak bedah siasat, tidak mampu menjumpai punca kematiannya. Tiada sebarang penanda di tubuh badan Yuki. Dia dalam keadaan sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan, dengan tiba-tiba pada malamnya Yuki meninggal dunia secara misteri tanpa sebarang penjelasan. 

Selepas pengebumian Yuki, saya pergi ke rumah mak cik saya. Keadaan orang di dalam rumah tersebut dalam keadaan bersedih. Mak cik saya memulangkan semula kamera yang saya berikan kepada Yuki sebagai barang peringatan saya kepada Yuki. 

Kad memori penuh dengan gambar yang diambil secara rawang oleh Yuki. Saya mulai mengimbas satu per satu, sambil saya mengelap air mata saya. Terdapat gambar di pangsapuri saya, gambar dalam rumah mak cik saya, gambar bunga, anjing, alat mainan, gula-gula... Gambar-gambar yang mengarut dimana kanak-kanak akan ambil. 

Kemudian saya ke gambar terakhir dan ia membuat saya menjadi takut yang teramat sangat. 

Tangan saya mulai bergetar. 

Saya ingin menjerit akan tetapi tiada sebarang suara nak keluar dari kerongkong saya. 

Cap masa pada gambar menunjukkan ia diambil pada masa malam Yuki meninggal dunia. 

Inilah gambar terakhir Yuki ambil menggunakan kamera digital saya. 





Khamis, 12 Oktober 2023

Bald Man

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai hantu Jepun dikenali sebagai Kanbari-Nyudo dimana ia obsess untuk mengintai orang lain terutamanya kaum wanita apabila mereka menggunakan tandas mahupun mandi.

* Dalam penceritaan ini saya akan menggunakan istilah Si Botak daripada menggunakan istilah Bald Man bagi memudahkan penceritaan dan pembaca membacanya.

Pada waktu malam, Si Botak akan pergi dari rumah ke rumah lalu mengintai pada tingkap bilik mandi sama ada menggunakan tandas, mandi mahupun sekadar bertukar pakaian. Dia mempunyai rupa seorang lelaki tua yang menyeramkan. Dia akan memasuki kepalanya melalui tingkap tak kisah berapa ruang yang ada dan air liurnya akan mengalir keluar dari mulutnya semasa dia mengintai kamu, dengan harapan kamu tanpa seurat benang pada tubuh badan kamu sendiri.  Boleh dikatakan  ia adalah hantu mata keranjang.

Beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang lelaki tua yang obses dengan melihat wanita muda tanpa seurat benang pada tubuh badan mereka. Orang ini agak menyeramkan dan agak kurang siuman mulai. mengintai pada jalan di perkampungan 0ada waktu malam. Mengintai pada celah-celah tingkap, dengan harapan melihat mereka tidak berpakaian

Ahli keluarganya mendapat tahu mengenai perbuatannya yang menjijikkan, mereka berasa malu dan mengambil tindakan untuk memulaukannya. Untuk memberikan pengajaran kepadanya, mereka mengambil keputusan untuk mencukur rambutnya sampai botak sebelum menghalau dia keluar daripada kampung. 

Si Botak telah membina sebuah teratak pondok di pergunungan dan memilih untuk hidup dalam kehidupan sebagai pertapa. Dia cuba melupakan mengenai kehidupan sebelumnya mengenai Wanita dan nafsu, akan tetapi ia tidak berguna. Apabila nafsu mulai menguasai dirinya dan ia mustahil nak dibendung. Akhirnya dia mengikut nafsunya dan pada waktu malam, dia menyelinap masuk ke kampungnya lalu dia menculik seorang wanita muda. Lalu dia membawanya ke pondoknya dimana wanita itu diikat dan menjadi tempat Si Botak melempiaskan nafsunya. 

Pada satu hari, ketika dia keluar daripada pondoknya. Seorang pencuri datang ke pondoknya yang kelihatan tidak dijaga dan mengambil keputusan untuk merompak. Apabila dia memasuki pondok berkenaan, dia menemui wanita malang itu. Dengan perasaan kasihan terhadap nasib wanita tersebut, pencuri itu mengambil keputusan untuk menyelamatkannya. Dalam cubaan untuk melarikan diri, Si Botak itu kembali. Terjadinya satu pengelutan dan berakhir apabila pencuri itu telah membunuh Si Botak, lalu membawa wanita muda itu kepada ibubapanya yang menerimanya penuh dengan kesyukuran. 

Selepas itu, Si Botak kembali menjadi hantu dan mulai muncul diluar rumah wanita. Dia mengenakan kimono putih lusuh dan akan menjenguk melalui tingkap pada waktu malam, dimana ia akan menakutkan penghuninya. Ibubapa wanita muda itu menjadi risau jikalau hantu berkenaan akan mencuba menculik anak mereka lagi, lalu mereka mengambil keputusan untuk menyembunyikannya. Dari masa itu, kelibat hantu Si Botak mulai merayau-rayau dari rumah ke rumah lain lalu mengintai di tingkat tandas dan bilik mandi serta bilik tidur, sedang mencari wanita tersebut. 

Jikalau kamu membaca mantera namanya "Kanbari Nyudoa" di dalam Tandas, kepala Si Botak akan keluar daripada mangkuk tandas. Jikalau kamu membaca mantera "Ganbari Nyudo, lesser cuckoo" di dalam tandas pada malam tahun baru, hantu Si Botak tidak akan menganggu kamu lagi. 

Terdapat satu cerita apabila seorang budak perempuan menggunakan tandas pada lewat malam. Sebaik sahaja dia habis melepaskan hajatnya, dia berdiri dan mulai mencapai kertas tisu tandas. Dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi ketawa dari belakangnya iaitu di tingkap tandas. Apabila dia menoleh ke belakang kelihatan satu wajah yang ditekankan pada tingkap berkabus seakan-akan seorang lelaki tua botak dan dia sedang mengintai budak perempuan itu sambil ketawa perlahan. Manakala pada bawah tingkap basah dengan air liur. 

Budak perempuan itu menjadi takut dan berlari keluar dari tandas sebelum sempat menyarungkan kembali seluarnya sambil menjerit meminta pertolongan kepada ibubapanya. Ayahnya menjadi marah dengan kejadian yang berlaku tadi, tanpa membuang masa berlari keluar untuk bersemuka dengan orang tua mata keranjang itu. Akan tetapi apabila dia keluar, dia mendapati keadaan agak sunyi tanpa kehadiran sesiapapun. 

Kemudian Sang Ayah melihat pada tingkap tandas. Terdapatnya palang besi memagari tingkap tersebut dan terdapatnya 10cm ruang di antara palang besi dengan tingkap. Ia mustahil untuk sesiapa pun untuk menekan wajah mereka pada permukaan tingkap. Bulu roma mulai meremang apabila dia mulai sedar bahawa yang mengintai anak gadisnya melalui tingkap tandas semestinya bukan manusia. 

Terdapatnya sebuah lagi cerita yang mengisahkan seorang remaja perempuan yang agak segan dengan bentuk badannya sendiri. Pada satu petang, dia bermain bola tampar dengan pelajar perempuan yang lain. Selepas latihan, oleh kerana dia agak segan orang lain melihat bentuk badannya tanpa surat benang ketika mandi. Dia mengambil keputusan untuk menunggu kesemuanya selesai mandi sebelum dia akan mandi. 

Bersendirian di dalam bilik mandi yang agak suram l, dia mulai menanggalkan tualanya dan membuka pili pancuran air mandi. Tekanan air agak rendah apabila air yang keluar sekadar beberapa titis sahaja. Dia cuba yang terbaik untuk membersihkan dirinya, dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi ketawa. 

"Hee Hee Hee" 

Kedengaran seperti seorang lelaki tua sedang ketawa dan ketawa itu ditujukan kepada dirinya. Dia melihat persekitarannya dan tidak menemui sesiapa pun. Dia cuba mendengarnya dengan betul-betul dimana suara itu berada, keadaan kembali menjadi sunyi. 

Dia kembali mandi, apabila dia terdengar bunyi ketawa itu lagi. 

"Hee Hee Hee!" 

Kali ini lebih kuat. 

"Hoi! Fikir Saya tak dengar kamu?!" jeritnya. 

Dia mulai merasakan dirinya terdedah dalam keadaan berdiri tanpa surat benang di dalam bilik mandi tanpa apa-apa menutupi ya, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan kesemuanya. Apabila dia ingin meninggalkan bilik mandi, kedengaran bunyi ketawa itu lagi. 

"HEE HEE HEE!" 

Kali ini lebih kuat daripada sebelumnya. Bunyinitu datang dari atas. Dengan perlahan-lahan dia menungak pada kepala pancuran air, dengan wajah yang pucat dengan ketakutan yang teramat sangat sehinggakan dia lari keluat sambil menjerit ketakutan daripada bilik mandi. 

Sebalik kepala pancuran air, ia adalah kepala seorang lelaki tua berkepala botak. Terkeluar dari dinding di bahagian atas. Ia memandang ke bawah ke arah remaja tersebut sambil tersenyum menyeramkan dan air liur meleleh padanya. 


Khamis, 5 Oktober 2023

Kisaragi Station / Stesen Kisaragi

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Kisaragi Station atau Stesen Kisaragi. Stesen Kisaragi atau dikenali sebagai Kisaragi Eki merupakan urban legend mengenai sebuah stesen kereta api fiksyen. Cerita mengenai stesen ini keluar pada tahun 2004 sebagai cerita seram yang dikongsikan di internet iaitu forum 2 Channel  (2Chan).

Pertama kali ia menceritakan mengenai stesen Kisaragi pada lewat malam pada 8 Januari 2004 pada papan buletin (Noticeboard) 2 Channel oleh seseorang bernama "Hasumi" dimana dia menceritakan pengalaman aned yang sedang berlaku kepadanya.

Asalnya dari mesej pada 2004, yang dikaitkan dengan jalan kereta api persendirian di Shzuoka. Dikongsikan di bawah tread "Past about Strange Occurances Around You : Thread 26", Ia menceritakan pengalaman mereka yang tidak dikenali - dimana dia memperkenalkan dirinya sebagai "Hasumi" - yang terjaga dari lelapnya di dalam gerabak kereta api yang dipenuhi penumpang. Apabila dia bergelutan dengan misteri yang terjadi kepada dia, dia sentiasa membalas mesej yang ada di message board, yang sentiasa menjadi penemuan, menasihati dan bersama-sama merungkai misteri yang dialaminya. Ia menjadi rutin perjalanannya ke kerja, akan tetapi kereta api yang dia naiki telah menggunakan laluan diluar kebiasaannya dan tidak berhenti dalam. Sebarang persinggahan. Pemandu dan konduktor sukar untuk dihubungi dengan pelbagai cubaan, yang membuat dia terasing untuk mendapatkan jawapan untuk menjelaskan mengapa kereta api itu menggunakan laluan yang berbeza dari dijadualkan seperti biasa.

Akhirnya selepas 1jam, kereta api itu berhenti pada "Stesen Kisaragi" pada lewat malam. Keadaan stesen itu teramat sunyi dan tidak kelihatan sesiapapun di sana. Menurut mereka yang menasihati Hasumi bahawa tiada langsung stesen yang bernama berkenaan, ia menyebabkan Hasumi menjadi tidak selesa dengan keadaan dia sekarang. Akan tetapi Hasumi tetap turun pada stesen berkenaan walaupun pengguna papan buletin menegaskan agar tidak berbuat demikian. Hasumi terus merayau-rayau di kawasan stesen dan mengambil nasihat yang diberikan di papan buletin, dia menjadi terdesak apabila tidak kelihatan sebarang taxi ditemui. Akhirnya Dia telah menemui pondok telefon, lalu mendail ibubapanya dan mengharapkan mereka boleh menjemputnya pulang akan tetapi mereka sendiri tidak dapat menemui keberadaan Hasumi apabila stesen Kisaragi tidak wujud dimana-mana peta. Ibubapanya menyarankan Hasumi untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan sebagai sesat, akan tetapi ia adalah perbuatan yang sia-sia apabila pihak polis mengabaikannya dan beranggapan Hasumi sekadar membuat lawak.

Pengalaman Hasumi bertambah buruk, dengan kedengaran bunyi loceng dari stesen, serta bunyi gendang dan keadaan persekitaran mulai berubah. Oleh kerana Hasumi menjadi takut untuk kembali ke stesen seperti ada satu perayaan sedang diadakan, dia mulai memanjat naik ke landasan kereta api. 

Lalu kedengaran bunyi jeritan, 

"Hei, Jangan berjalan di landasan, ia berbahaya!" jerit seorang lelaki tua yang berkaki 1 sebelum ghaib dari pandangan.

Hasumi bertambah takut lalu melajukan langkahnya di atas landasan kereta api secara tergesa-gesa malah sampai beberapa tersadung jatuh dan mencederakan dirinya.

Hasumi mengambil keputusan memasuki terowong gelap dan pada penghujungnya dia dimalukan oleh seorang lelaki yang peramah yang memberikan jalan ke tempat yang selamat. Ia adalah perkara diluar jangkaannya terutamanya pada lokasi berkenaan. Oleh kerana tiada pilihan, Hasumi menerima dan ditemani oleh lelaki berkenaan menuju ke sebuah bukit berdekatan. "Lelaki peramah" terus menjadi pendiam fsn Hasumi mulai menjadi tidak selesa dengan perubahan mendadak dimana keadaan cukup asing buat dirinya.

Selepas itu Hasumi ghaib fsn mesej terakhir di papan buletin adalah,

"Bateri saya mulai habis, keadaan dah semangkin ganja, jadi saya akan mengambil keputusan untuk lari nanti. Dia sedang bercakap seorang diri mengenai kejadian dan perkara aneh sejak tadi lagi. Saya telah membuat persediaan untuk masa yang sesuai, maka ini adalah mesej terakhir daripada saya. "

Cerita urban legend telah di adaptasi kepada permainan Video Game baru - baru ini. Perubahan di tempat yang asing daripada tempat yang sudah menjadi kebiasaan buat kita boleh membuat kita paranoid. Akhir sekali iktibar dia, jangan main masuk sahaja tanpa mengetahui jalan kita yang sebenarnya. Sebaiknya jangan tertidur, kita sendiri tak tahu dimana mungkin kita boleh sampai seperti mana dialami oleh Hasumi. 

Khamis, 28 September 2023

Salam Malam Jumaat semua,

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Saya ingin mengucapkan  Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan, Pesta Tanglung dan Pesta Pertengahan Musim Luruh.

Banyak perayaan dalam 1 hari. Jikalau berminat nak baca semula mengenai kepercayaan dan kebudayaan masyarakat  Cina.

Saya sertakan link ke post berkenaan di bawah ini. 

https://salammalamjumaat.blogspot.com/2016/09/mid-autumn-festival.html?m=1


Salam Malam Jumaat semua,



Salam Malam Jumaat semua, 

Saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat pembaca yang beragama Islam..



Satoru - Kun

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Satoru - Kun. Ia adalah urban legend mengenai satu permainan yang dimainkan untuk mengetahui jawapan kepada apa jua soalan.

Jikalau ada soalan, Satoru - Kun akan membantu. Menurut Urban Legend ini, Satoru - Kun adalah semangat, hantu mahupun semangat jahat Jepun yang akan muncul dalam bentuk seorang budak lelaki. Dia tahu mengenai perihal masa silam, kini dan depan dan akan menjawab apa jua soalan yang diberikan. Kamu harus melaksanakan upacara menyerunya.

Akan tetapi, kamu bermain dengan api jikalau kamu cuba menghubungi Satoru - Kun.

Untuk memanggil Satoru - Kun kamu memerlukan telefon bimbit, duit siling dan pondok telefon yang menggunakan duit siling.

Langkahnya:

  1. Memasuki duit siling di telefon awam. Dial nombor telefon bimbit sendiri. 
  2. Ulang mantera ini : " Satoru - Kun, Satoru - Kun, Sila datang ke sini. Satoru, Satoru, sila tunjukkan dirimu. Satoru, Satoru, sila jawab jikalau kamu disini."
  3. Kemudian letakkan gengan telefon awam dan matikan telefon bimbit kamu. 
Jikalau kamu melaksanakan dengan betul, kamu bakal menerima panggilan telefon daripada Satoru - Kun dalam tempoh 24jam.

Jikalau dia membuatkan memberitahu dia  panggilan buat pertama kali, Satoru - Kun akan memberitahu dia di mana sekarang. Kemudian dia akan memastikan beberapa panggilan kemudiannya. Dia akan memanggil kamu beberapa kali dan setiap panggilan dia semangkin dekat dimana kamu berada. 

Kali terakhir dia akan menghubungi kamu apabila dia akan berkata "Saya di belakang kamu sekarang." 

Masa ini dengan segera menanyakan kesemua soalan dan kemusykilan kepada Satoru - Kun. 

Peraturan:
  1. Jangan memandang atau menoleh ke arahnya. 
  2. Jangan cuba menyentuhnya. 
  3. Jangan panggil dia jikalau kamu tiada mempunyai sebarang soalan nak ditanya. 
  4. Semasa dia di belakang kamu, jangan sesekali melengahkan masa atau membuang masa. Terus tanyakan soalan kepadanya. 

Jikalau kamu melanggar sebarang peraturan yang diberikan, kamu akan menemui ajal dan Satoru - Kun akan menarik kamu turun ke Neraka. Sebaiknya membuat perancangan awal dan fikirkan soalan apa yang harus ditanya kepada Satoru - Kun. 

Rasanya ia agak mustahil nak dilakukan sekarang ini apabila perkhidmatan telefon awam dah mulai tidak relevan lagi apabila ramai mulai mempunyai telefon bimbit dan jarang kamu temui yang tidak dirosakkan oleh golongan tidak bertanggungjawab. Ia semestinya tidak mungkin di Malaysia akan tetapi di Jepun perkhidmatan telefon awam masih beroperasi dan masih lagi digunakan, jadi urban legend ini masih hidup di sana. 



Khamis, 21 September 2023

Sekolah Dikala Malam

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun yang agak menakutkan sekali yang mengisahkan tapak bangunan sekolah dibina diatas kubur lama. Ia dikenali sebagai "Gakkou no Kaidan" atau "Cerita Seram di Sekolah". Cerita urban legend juga dikenali sebagai "7 Wonder of the School" atau "7 keajaiban di sekolah".

Pada satu seketika dahulu di Jepun, terdapat permintaan dalam keperluan untuk mendirikan sekolah baru. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa pihak kerajaan memerlukan tanah yang agak murah dimana mereka boleh membina sekolah. Jadi mereka membinanya di atas tanah perkuburan lama. Ini menyebabkan penyebaran khabar angin dan gosip di kalangan kanak-kanak bahawa sekolah mereka berhantu.

Ada mereka mengatakan jikalau kamu mengunjungi sekolah berkenaan pada waktu tengah malam, kamu bakal mengalami banyak pengalaman seram dan pelik yang berlaku. Bunyi menyeramkan dan penampakan yang menyeramkan, seperti kelihatan lilin terapung di kawasan sekolah, kedengaran bunyi tapak kaki di kawasan sekolah dan mata patung arca sentiasa memandang kamu sepanjang semasa kamu melalui kawasan tersebut. Di makmal sains, kerangka anatomi akan bergerak dengan sendirinya, kedengaran bunyi bola ghaib melantun di dalam gym dan kelihatan beberapa lembaga tangan bergentayangan di dalam bilik darjah.

Jikalau kamu berjalan di perkarangan sekolah, jelmaan tangan akan keluar dari bawah dan cuba mencapai kamu untuk ditarik ke bawah. Jikalau kamu mengorek tanah di kawasan  perkarangan sekolah, kamu akan menemui batu nisan. Jikalau kamu je kawasan kolam renang, jelmaan tangan akan cuba menarik kaki dan tangan ke dasar kolam renang bertujuan untuk melemaskan kamu. Bangunan lama akan muncul di perkarangan sekolah dan terdapatnya anak tangga yang menuju entah ke mana. Jikalau kamu cuba berjalan atau menaikinya, kamu akan lesap selamanya. Ada yang mengatakan terdapat 1 kubikal tandas yang berhantu dan jikalau kamu memasukinya, seutas tali akan jatuh dari siling dalam bentuk seperti tali gantung.

Terdapat satu cerita yang berlaku di sebuah pekan kecil di Jepun. Sekumpulan budak remaja lelaki telah mendengar khabar angin mengenai sekolah mereka menurut lagenda, jikalau kamu pergi ke sekolah pada waktu malam pada 15 hari bulan pada bulan berkenaan kejadian pelik bakal berlaku.

Terdapat satu patung arca yang berdiri pada laluan menuju ke sekolah, dikatakan mata patung itu akan mengekori kamu semasa kamu berlalu di sana. Jikalau kamu berjalan menuju ke tangga utama, angka anak tangga akn berubah apabila kamu menuruninya. Jikalau kamu membuka paip air di makmal sains, darah akan mengalir keluar bulan air biasa. Jikalau sesiapa sahaja masuk ke kubikal tandas terakhir di aras bawah, orang itu tidak akan keluar bernafas lagi. 

Sekumpulan budak remaja itu mengambil keputusan untuk ke sekolah pada malam hari untuk menguji kebenaran lagenda berkenaan atau ia sekadar cerita rekaan sahaja. Pada 15 hari bulan pada bulan tersebut, mereka telah mengambil keputusan untuk curi keluar dari rumah mereka dan bertemu 0ada tepat tengah malam. Terdapat 4 orang kesemuanya : Shinichi, Miko, Takashi dan Hiro.

Ketika Mereka berjalan menuju ke pagar sekolah dan di hadapan laluan, mereka memandang ke arah patung arca dan menunggu jikalau ada benda bakal berlaku. Mata patung arca memandang ke arah kiri, walaupun mereka berlalu pergi, kedudukan mata itu tidak berubah. 

"Ia sekadar lagenda bosoh sahaja." gelak ketawa salah seorang daripada mereka.

Sebaik sahaja mereka memasuki sekolah, dengan langkah berhati-hati mereka menaiki anak tangga. Satu, dua, tiga... Terdapat 13 anak tangga kesemuanya. Apabila mereka menuruninya pun tetap 13 anak tangga.

" Satu lagi cerita dongeng." kata salah satu remaja berkenaan.

Apabila berjalan menuju ke makmal sains lalu mereka membuka kesemua paip air. Bukan darah yang mengalir keluar sebaliknya keluar dengan deras adalah air biasa. 

" Dah agak pun, kita datang ke sini hanyalah sia-sia sahaja." kata salah seorang daripada mereka dalam nada hampa.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menguji lagenda terakhir sebelum mereka balik ke rumah, ia mengenai tandas di aras bawah. Setianya mereka di sana, tiada yang berani nak masuk walaupun pada awalnya mereka kelihatan bersemangat bercakap mengenainya tadi. Tiada yang tergesa-gesa untuk memasuki kubikal tandas puaka itu.

Akhirnya salah seorang daripada mereka yang bernama Shinichi menyahut cabaran dan mengatakan dia tidak takut kepada apa-apa. Dia melangkah masuk, sementara rakannya menunggunya di luar. Mereka memandang ke arah jam, ia adalah 1 pagi tepat.

Seminit berlalu, Shinichi keluar daripada tandas dengan senyuman sinis pada wajahnya. 

" Tiada apa-apa pun. Kesemua sekadar cerita kanak-kanak dan cerita rakyat sahaja." kata Shinichi. 

Kesemuanya mereka ketawa dan berlalu pergi. Sebaik sahaja mereka keluar ke perkarangan sekolah. Mereka sempat memandang pada patung arca, pandangannya masih memandang ke arah bahagian kiri. 

" Agak menghampakan." kata salah seorang daripada mereka dan kesemuanya berjalan ke rumah masing-masing. 

Pada keesokan harinya, setiap daripada mereka menerima panggilan telefon daripada Mak Shinichi yang dalam keadaan cemas. 

" Adakah Shinichi bersama kamu semalam? Dia tiada di dalam biliknya semasa saya pergi memeriksanya tadi pagi. Dia curi-curi keluar dan dia masih belum balik rumah. Mana dia?" desakan Mak Shinichi. 

Mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk memberitahu ibubapa mereka mengenai exporasi mereka semalam. Ibubapa mereka terus menghubungi guru besar sekolah. Akhirnya guru besar, ibubapa serta kumpulan remaja itu berkumpul diluar sekolah. 

" Apa yang kamu katakan? Kamu mengatakan mengenai patung arca diluar sekolah? Matanya sentiasa memandang ke arah kanan." tanya guru besar. 

"Tapi semalam kami nampak sendiri ia memandang ke arah kiri!" kata salah seorang daripada mereka. 

Sebaik sahaja mereka memasuki pintu pagar sekolah, mereka agak terkejut apabila patung arca memang memandang ke arah kanan. 

"Apa cerita dengan anak tangga di tangga utama?" soal salah seorang daripada Mereka. 

Dengan tergesa-gesa mereka berlari ke tangga lalu mengira anak tangganya. 

" Satu, dua, tiga... Dua belas?!" 

" Ya. Tangga itu mempunyai 12 anak tangga dan sentiasa 12. Semasa pembinaan, arkitek pernah membuat kesilapan pada seni bina. Ia sepatutnya mempunyai 13 anak tangga." jelas guru besar. 

" Mustahil!" jerit salah seorang daripada mereka." Macam mana pula paip air yang ada di makmal?"

Sebaik sahaja mereka kesemuanya memasuki makmal sains, lalu melihat pada sinki. Kesemuanya mempunyai bekas merah pekat seperti darah. Kumpulan remaja berkenaan terus menjadi pucat dengan ketakutan. 

" Tapi... Tapi... Apa terjadi kepada Shinichi? Sebab dia masuk ke dalam tandas." kata mereka dalam keadaan gelisah. 

" Mari pergi dan lihat." kata guru besar dengan nada risau. 

Apabila kesemuanya berkumpul diluar tandas. Dengan saling memandang satu sama lain, baik remaja dan ibubapa mereka. Dengan hati yang berat, guru besar mencapai tombol pintu tandas lalu menolak pintu itu terbuka. 

Mak Shinichi menjerit sekuat hatinya dalam keadaan histeria sebelum rebah tak sedarkan diri. Manakala yang lain tersentak dan berundur ke belakang, malah ada mereka termuntah di lantai. 

Kelihatan mayat kawan mereka Shinichi sedang tergantung di atas siling dengan tali terlilit pada lehernya. Mukanya pucat dan matanya terbeliak lebar, kaku dengan ketakutan yang teramat sekali. Lehernya telah di kelar dari hujung ke hujung telinga dan keseluruhan darahnya kering dari tubuhnya, dimana darah itu menbanjiri keseluruhan lantai tandas. Segala organ dan ususnya dikeluarkan dan ia kelihatan tertusuk kemas di tengah-tengah tandas. 

Salah seorang daripada mereka tergamak dan tersentak. Dia memandang tanpa berkedip mata pada jam tangan pada lengan Shinichi. Ia terhenti pada tepat jam 1 pagi. 

Cerita ini banyak di adaptasi dalam bentuk pelbagai media seperti drama, filem, manga dan anime. 

Cerita urban legend yang terkenal mengenai Hanako-San pun turut dikaitkan mahupun tersenarai dalam cerita urban legend ini. 

Setiap sekolah mempunyai cerita dan versi mereka masing-masing, baik ia adalah sekolah baru mahupun sekolah lama. Sama seperti cerita seram di sekolah di tanah air kita sendiri. 




Khamis, 14 September 2023

6 Pembunuhan

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai 6 Murders / 6 Pembunuhan. Ia adalah upacara atau sumpahan dari Jepun. Jikalau upacara ini dilaksanakan maka seseorang akan mati dalam masa 6 hari. Upacara ini tidak digalakkan dibuat walaupun apa juga keadaan.

✴️ Amaran :

Ia sekadar ilmu pengetahuan sahaja, kamu tak digalakkan mencubanya seperti mana dinyatakan di dalam upacara ini. 

  1. Cari tempat yang sunyi, dimana tiada sesiapa di sana dan kamu tidak akan ditemui mahupun dilihat oleh orang lain. 
  2. Lukiskan bulatan di tanah menggunakan jari. Tanggalkan kasut serta sarung kaki (jika kamu memakainya) dan berdiri dalam keadaan kaki ayam di tengah-tengah bulatan.
  3. Cucukkan hujung jari kamu dengan pisau yang tajam dan titiskan darah jatuh ke tanah dimana kamu berdiri. 
  4. Ucapkan dalam minda: "Seorang tidak cukup, Dua orang tidak cukup, Tiga orang tidak cukup, Empat orang tidak cukup, Lima orang tidak cukup. Saya nakkan Enam."
  5. Potong jari kamu dari pangkal jari. 
  6. Tanamkan jari kamu di dalam bulatan dan tinggalkan. (Semasa 6 langkah pertama, kamu harus mengadap pada 1 arah selepas itu baru kamu boleh berjalan ke arah mana sahaja kamu suka).
Selepas ini, orang yang ke 6 yang kamu temui (baik bersemuka mahupun dalam talian) akan meninggal dunia dalam masa 6 hari. Orang lain tidak akan terjejas dengan sumpahan ini.

Semasa upacara ini, kamu harus dalam keadaan diam atau senyap dari kamu mencucukkan jari kamu sehinggakan bertemu dengan orang yang ke 6. Jikalau kamu bersuara mahupun berbicara walaupun seketika, kamu akan menjadi orang yang akan mati.

(Manusia mana takkan menjerit kesakitan terutamanya 1 jari tangan kamu dipotong, boleh pengsan dibuatnya. Selain daripada mustahil tiada yang perasan kamu kehilangan jari melainkan kamu tu dari kumpulan Yakuza).

Kamu tidak harus dilihat atau ditemui oleh orang lain ketika kamu melaksanakan upacara terutamanya semasa kamu menjejakkan kaki ke dalam bulatan. Tidak dapat dipastikan apa akan terjadi kepada kamu jikalau kamu dilihat...