Khamis, 7 Disember 2023

Betobeto - San

 Salam Malam Jumaat,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Betobeto-San. Ia adalah Hantu Jepun (Yokai) yang terkenal, dimana ia suka mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekor kamu jikalau kamu berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun pada waktu malam

Pernahkah kamu merasakan perasaan seseorang mengekori? Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan yang teramat rapat di belakang kamu? Jikalau ya, kemungkinan tinggi ia adalah Betobeto-San. Ia adalah Hantu halimunan yang mengeluarkan bunyi tapak kaki mengekori kamu di belakang terutamanya pada jalan yang sunyi pada waktu malam.

Beto... Beto... Beto... Beto... 

Jikalau kamu mendengarinya, dengan lemah lembut mengatakan "Betobeto-San, osakini okoshi", yang bermaksud "Betobeto-San, sila lalu dahulu."

Di Jepun, ia salah satu hantu (Yokai) yang popular atas kerana ia tidak berbahaya dan ada segelintir kaum wanita beranggapan ia sebagai comel. Di Sakaiminato, terdapat patung arca Betobeto-San dan penduduk tempatan sering meletakkan duit siling pada mulutnya untuk menerima nasib baik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan