Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai 6 Murders / 6 Pembunuhan. Ia adalah upacara atau sumpahan dari Jepun. Jikalau upacara ini dilaksanakan maka seseorang akan mati dalam masa 6 hari. Upacara ini tidak digalakkan dibuat walaupun apa juga keadaan.
✴️ Amaran :
Ia sekadar ilmu pengetahuan sahaja, kamu tak digalakkan mencubanya seperti mana dinyatakan di dalam upacara ini.
- Cari tempat yang sunyi, dimana tiada sesiapa di sana dan kamu tidak akan ditemui mahupun dilihat oleh orang lain.
- Lukiskan bulatan di tanah menggunakan jari. Tanggalkan kasut serta sarung kaki (jika kamu memakainya) dan berdiri dalam keadaan kaki ayam di tengah-tengah bulatan.
- Cucukkan hujung jari kamu dengan pisau yang tajam dan titiskan darah jatuh ke tanah dimana kamu berdiri.
- Ucapkan dalam minda: "Seorang tidak cukup, Dua orang tidak cukup, Tiga orang tidak cukup, Empat orang tidak cukup, Lima orang tidak cukup. Saya nakkan Enam."
- Potong jari kamu dari pangkal jari.
- Tanamkan jari kamu di dalam bulatan dan tinggalkan. (Semasa 6 langkah pertama, kamu harus mengadap pada 1 arah selepas itu baru kamu boleh berjalan ke arah mana sahaja kamu suka).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan