Khamis, 12 Oktober 2023

Bald Man

 


Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai hantu Jepun dikenali sebagai Kanbari-Nyudo dimana ia obsess untuk mengintai orang lain terutamanya kaum wanita apabila mereka menggunakan tandas mahupun mandi.

* Dalam penceritaan ini saya akan menggunakan istilah Si Botak daripada menggunakan istilah Bald Man bagi memudahkan penceritaan dan pembaca membacanya.

Pada waktu malam, Si Botak akan pergi dari rumah ke rumah lalu mengintai pada tingkap bilik mandi sama ada menggunakan tandas, mandi mahupun sekadar bertukar pakaian. Dia mempunyai rupa seorang lelaki tua yang menyeramkan. Dia akan memasuki kepalanya melalui tingkap tak kisah berapa ruang yang ada dan air liurnya akan mengalir keluar dari mulutnya semasa dia mengintai kamu, dengan harapan kamu tanpa seurat benang pada tubuh badan kamu sendiri.  Boleh dikatakan  ia adalah hantu mata keranjang.

Beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang lelaki tua yang obses dengan melihat wanita muda tanpa seurat benang pada tubuh badan mereka. Orang ini agak menyeramkan dan agak kurang siuman mulai. mengintai pada jalan di perkampungan 0ada waktu malam. Mengintai pada celah-celah tingkap, dengan harapan melihat mereka tidak berpakaian

Ahli keluarganya mendapat tahu mengenai perbuatannya yang menjijikkan, mereka berasa malu dan mengambil tindakan untuk memulaukannya. Untuk memberikan pengajaran kepadanya, mereka mengambil keputusan untuk mencukur rambutnya sampai botak sebelum menghalau dia keluar daripada kampung. 

Si Botak telah membina sebuah teratak pondok di pergunungan dan memilih untuk hidup dalam kehidupan sebagai pertapa. Dia cuba melupakan mengenai kehidupan sebelumnya mengenai Wanita dan nafsu, akan tetapi ia tidak berguna. Apabila nafsu mulai menguasai dirinya dan ia mustahil nak dibendung. Akhirnya dia mengikut nafsunya dan pada waktu malam, dia menyelinap masuk ke kampungnya lalu dia menculik seorang wanita muda. Lalu dia membawanya ke pondoknya dimana wanita itu diikat dan menjadi tempat Si Botak melempiaskan nafsunya. 

Pada satu hari, ketika dia keluar daripada pondoknya. Seorang pencuri datang ke pondoknya yang kelihatan tidak dijaga dan mengambil keputusan untuk merompak. Apabila dia memasuki pondok berkenaan, dia menemui wanita malang itu. Dengan perasaan kasihan terhadap nasib wanita tersebut, pencuri itu mengambil keputusan untuk menyelamatkannya. Dalam cubaan untuk melarikan diri, Si Botak itu kembali. Terjadinya satu pengelutan dan berakhir apabila pencuri itu telah membunuh Si Botak, lalu membawa wanita muda itu kepada ibubapanya yang menerimanya penuh dengan kesyukuran. 

Selepas itu, Si Botak kembali menjadi hantu dan mulai muncul diluar rumah wanita. Dia mengenakan kimono putih lusuh dan akan menjenguk melalui tingkap pada waktu malam, dimana ia akan menakutkan penghuninya. Ibubapa wanita muda itu menjadi risau jikalau hantu berkenaan akan mencuba menculik anak mereka lagi, lalu mereka mengambil keputusan untuk menyembunyikannya. Dari masa itu, kelibat hantu Si Botak mulai merayau-rayau dari rumah ke rumah lain lalu mengintai di tingkat tandas dan bilik mandi serta bilik tidur, sedang mencari wanita tersebut. 

Jikalau kamu membaca mantera namanya "Kanbari Nyudoa" di dalam Tandas, kepala Si Botak akan keluar daripada mangkuk tandas. Jikalau kamu membaca mantera "Ganbari Nyudo, lesser cuckoo" di dalam tandas pada malam tahun baru, hantu Si Botak tidak akan menganggu kamu lagi. 

Terdapat satu cerita apabila seorang budak perempuan menggunakan tandas pada lewat malam. Sebaik sahaja dia habis melepaskan hajatnya, dia berdiri dan mulai mencapai kertas tisu tandas. Dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi ketawa dari belakangnya iaitu di tingkap tandas. Apabila dia menoleh ke belakang kelihatan satu wajah yang ditekankan pada tingkap berkabus seakan-akan seorang lelaki tua botak dan dia sedang mengintai budak perempuan itu sambil ketawa perlahan. Manakala pada bawah tingkap basah dengan air liur. 

Budak perempuan itu menjadi takut dan berlari keluar dari tandas sebelum sempat menyarungkan kembali seluarnya sambil menjerit meminta pertolongan kepada ibubapanya. Ayahnya menjadi marah dengan kejadian yang berlaku tadi, tanpa membuang masa berlari keluar untuk bersemuka dengan orang tua mata keranjang itu. Akan tetapi apabila dia keluar, dia mendapati keadaan agak sunyi tanpa kehadiran sesiapapun. 

Kemudian Sang Ayah melihat pada tingkap tandas. Terdapatnya palang besi memagari tingkap tersebut dan terdapatnya 10cm ruang di antara palang besi dengan tingkap. Ia mustahil untuk sesiapa pun untuk menekan wajah mereka pada permukaan tingkap. Bulu roma mulai meremang apabila dia mulai sedar bahawa yang mengintai anak gadisnya melalui tingkap tandas semestinya bukan manusia. 

Terdapatnya sebuah lagi cerita yang mengisahkan seorang remaja perempuan yang agak segan dengan bentuk badannya sendiri. Pada satu petang, dia bermain bola tampar dengan pelajar perempuan yang lain. Selepas latihan, oleh kerana dia agak segan orang lain melihat bentuk badannya tanpa surat benang ketika mandi. Dia mengambil keputusan untuk menunggu kesemuanya selesai mandi sebelum dia akan mandi. 

Bersendirian di dalam bilik mandi yang agak suram l, dia mulai menanggalkan tualanya dan membuka pili pancuran air mandi. Tekanan air agak rendah apabila air yang keluar sekadar beberapa titis sahaja. Dia cuba yang terbaik untuk membersihkan dirinya, dengan tiba-tiba dia terdengar bunyi ketawa. 

"Hee Hee Hee" 

Kedengaran seperti seorang lelaki tua sedang ketawa dan ketawa itu ditujukan kepada dirinya. Dia melihat persekitarannya dan tidak menemui sesiapa pun. Dia cuba mendengarnya dengan betul-betul dimana suara itu berada, keadaan kembali menjadi sunyi. 

Dia kembali mandi, apabila dia terdengar bunyi ketawa itu lagi. 

"Hee Hee Hee!" 

Kali ini lebih kuat. 

"Hoi! Fikir Saya tak dengar kamu?!" jeritnya. 

Dia mulai merasakan dirinya terdedah dalam keadaan berdiri tanpa surat benang di dalam bilik mandi tanpa apa-apa menutupi ya, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan kesemuanya. Apabila dia ingin meninggalkan bilik mandi, kedengaran bunyi ketawa itu lagi. 

"HEE HEE HEE!" 

Kali ini lebih kuat daripada sebelumnya. Bunyinitu datang dari atas. Dengan perlahan-lahan dia menungak pada kepala pancuran air, dengan wajah yang pucat dengan ketakutan yang teramat sangat sehinggakan dia lari keluat sambil menjerit ketakutan daripada bilik mandi. 

Sebalik kepala pancuran air, ia adalah kepala seorang lelaki tua berkepala botak. Terkeluar dari dinding di bahagian atas. Ia memandang ke bawah ke arah remaja tersebut sambil tersenyum menyeramkan dan air liur meleleh padanya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan