Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai upacara menyeramkan atau permainan paranormal daripada Jepun. Ia mengenai "How to call the distortion room" atau dikenali "Bagaimana membuat panggilan ke ruang yang asing" yang menggunakan telefon hitam bukan menggunakan lif.
Untuk bermain permainan ini, kamu memerlukan pen, sekeping kertas, sebuah telefon lama berwarna hitam yang menggunakan dail berputar (Rotary) dan 2 utas tali hitam (melebihi 40cm).
Sebelum bermain:
- Hanya mereka di dalam rumah, adalah orang yang dibenarkan bermain permainan ini.
- Rumah berkenaan sekurangnya mempunyai 4 bilik kesemuanya.
- Tutup kesemua pintu dan tutup kesemua langsir di dalam rumah.
- Tutup kesemua lampu di dalam rumah kecuali pada dalam bilik (atau lorong rumah) dimana telefon itu berada.
- Upacara ini akan gagal jikalau kamu mempunyai garam atau barang yang boleh menghalang atau me halau mahluk ghaib atau semangat jahat.
Langkah-langkah :
- Ikat 1 tali dengan erat pada genggam telefon dimana menghalangnya daripada dikeluarkan.
- Letakkan genggam telefon pada telinga dan mendail nombor ini 2-0-4-0-6-0-8-0. Letakkan genggam telefon, angkat dan dail nombor berkenaan 2-5-5-1-8-2-3,kemudian biarkan genggam telefon itu bergayut. Walaupun ada seseorang menjawabnya, jangan sesekali berbicara dengan mereka.
- Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik berdekatan dan tutup pintu. Tunggu selama 1 minit.
- Kembali pada telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi.
- Secara senyap, pergi ke bilik kedua berdekatan dan tutup pintu. Tunggu seminit.
- Kembali ke telefon hitam dan ulang langkah 2 lagi.
- Dengan perlahan dan senyap, pergi ke bilik ketiga berdekatan dah tutup pintu. Tunggu seminit.
- Kembali ke telefon hitam dan dail nombor berkenaan 2-2-8-2-2.
- Dengan mata tertutup, pergi ke bilik keempat berdekatan dan tutup pintu.
- Sebaik sahaja kamu masuk, gunakan tali hitam kedua dengan menyimpul angka 8 berganda pada tombol pintu.
- Buka mata kamu dan jangan mengeluarkan sepatah perkataan pun,walau bagaimanapun keadaan sekalipun.
- Buka langsir. Jikalau kaca pada tingkap bertukar kepada warna hitam, bererti kamu telah berjaya memasuki ke dunia lain. (Seperti mana dikatakan oleh orang Jepun kamu berjaya memanggil ke dunia putar - belit / asing).
Macam mana nak menamatkan permainan?
Jikalau kamu nak kembali ke dunia nyata.
- Cari nota yang mempunyai 8 digit nombor yang tersembunyi di dalam bilik.
- Apabila kamu menemui nombor berkenaan, tutup mata kamu, ulang balik digit nombor tersebut di dalam minda beberapa kali sambil memegang erat pada tali hitam yang diikat pada tombol pintu.
- Jangan menjawab jikalau ada yang berbicara dengan kamu jangan lepaskan tombol pintu, walaupun orang atau sesuatu cuba menarik tubuh badan kamu.
- Ulang 8 digit nombor pada minda berulang kali, tidak kisah berapa banyak kali sekalipun. Sehinggakan kamu rasa seperti kembali ke alam nyata kemudian buka pintu.
- Jikalau tingkap pada bilik lain masih hitam, bererti kamu belum kembali ke alam nyata.
Kamu harus membakar nota yang mengandungi nombor berkenaan dalam masa 7 hari. Letakkan abu pada beg hitam atas bungkuskan ia pada kertas dan bawa bersama kamu sentiasa.
Selepas ini, dikatakan, kamu akan mengalami kejadian pelik dan apabila kamu mengalami pengalaman pelik ini, dikatakan "Kebahagiaan kamu akan berkurangan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan