Khamis, 23 November 2023

Little Finger

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan dari Jepun mengenai mimpi pelik. Ia adalah urban legend dimana sering dialami oleh Kanak-kanak dan remaja sahaja akan mengalami mimpi ini. 

Ia adalah permainan yang tergolong dalam kategori berbahaya. Kamu kena fikir. Masak-masak dahulu sebelum memainkan permainan ini (kecuali kamu adalah seorang dewasa). Tiada sebarang upacara, tiada lilin dan tiada sebarang bacaan mantera. Kamu sekadar kena dengar atau membaca cerita di bawah ini.

Amaran utama :

Jikalau kamu tidak ingin bermain permainan ini, jangan serta berhenti membaca sekarang ini juga.

Ia adalah sebuah certs mengenai satu mimpi 

Di dalam mimpi ini kamu berdiri pada tepi sungai. Tiba-tiba kabus tebal meliputi kesemuanya. Kamu melihat seorang wanita tua sedang membongkok bersebelahan dengan sebuah pintu gerbang. Wanita tua ini seperti tergesa-gesa dan terdesak mencari sesuatu dengan membelek - belek pada sekitar rumput panjang.

"Apa yang kamu cari?" tanya kamu

"Saya tengah mencari jari kecil" jawab wanita tua itu sebaik sahaja dia berpaling ke arah kamu.

Wanita tua itu menunjukkan tangan kirinya dan jari kecilnya telah hilang.

"Boleh kamu tolong carikan?" tanya wanita tua itu.

Kamu harus katakan "Ya" dan kamu harus mulai mencari jari kecil itu juga serta-merta.

Kamu kena cari jari kecil wanita tua itu, jikalau tidak. Kamu takkan mampu bangun dan sedar dari tidur kamu lagi. 

Sekarang kamu telah membaca cerita ini, kamu akan mengalami mimpi ini dalam masa 7 hari. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan