Salam Malam Jumaat,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Corner game.
Ia sejenis permainan yang dimainkan berluasa terutamanya di timur Asia. Permainan ini memerlukan 4 orang untuk memanggil entiti ghaib.
Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan dari mana apabila terdapat versi yang berlainan. Menurut lucia Peter, penulis dari "the ghost in my machine" yang mengatakan permainan ini berasal daripada Korea.
Menurut penulis Jepun Hirouji matsuyama, permainan ini inspirasi daripada cerita berkaitan dengan satu kejadian di Jepun. Ia mengisahkan salah satu daripada 5 pendaki telah terbunuh semasa pendakian di satu pergunungan bersalji ketika sebelum berlakunya ribut salji. Keempat pendaki yang masih hidup membawa mayat pendaki kelima ke sebuah pondok yang tidak mempunyai pemanasan haba, lalu mereka memainkan permainan ini di pondok berkenaan dengan memanggil semangat / roh yang sudah meninggal dunia sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.
Ada media lain di China dan Taiwan yang mengatakan permainan ini berasal daripada Jepun. Korea memanggil ia sebagai square game. Jepun memanggil sebagai Sukuea / four corners game. Manakala Buat orang cina ia adalah dikenali sebagai four corners game.
Permainan ini memerlukan 4 orang dan sebuah bilik kosong. Termasuk versi lain yang termasuk:
- Pastikan bilik itu tidak melebihi daripada 4 orang dan tanpa sebarang jenis haiwan.
- Tutupkan sius lampu atau sebarang yang mengeluarkan cahaya kecuali ia adalah rumah terbiar.
- Kesemua harus memasuki ke bilik berkenaan dan harus menjerit nama masing-masing sebanyak tiga kali sebaik sahaja memasuki bilik tersebut.
- Lantik salah seorang menjadi pengacara dan tiada sesiapa pun kecuali pengacara dibenarkan untuk bersuara tanpa kebenaran selepas langkah ini.
- Tutup pintu dan padamkan lampu.
- Setiap orang harus memilih 1 penjuru bilik dan setiap empat penjuru kena ada seorang sahaja.
- Kemudian semua kena berdiri pada setiap penjuru, pengacara akan mengira sampai tiga kemudian akan meminta seorang demi seorang untuk bergerak ikut arah jam ke posisi orang lain.
- Jikalau ada salah seorang daripada mereka ghaib, pengacara harus mengarahkan yang lain untuk menyebut nama mereka terbalik sebanyak tiga kali (kemudian berhenti bersuara selepas itu), kemudian berbalik ke belakang pada dinding dan orang yang paling dekat dengan suis lampu boleh menghidupkan ia terus. Orang yang ghaib tadi akan munculkan dirinya semula.
- Jikalau ada seorang yang lebih, pengacara haru mengarahkan kesemua harus berkumpul pada siya lampu, kemudian setiap seorang kena menyebut nama mereka secara terbalik sebanyak tiga kali dan akhirnya hidupkan lampu. Selepas itu, buka pintu dan tinggalkan bilik berkenaan. Jangan sesekali nak bercakap dengan si dia (orang yang lebih).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan