Khamis, 28 Disember 2023

Face Powder Hag

 Salam Malam Jumaat semua,

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Face Powder Hag. 

Dikenali sebagai Oshiroibaba adalah sejenis syaitan dalam cerita mitos Jepun. Dia akan cuba tipu muslihat terutamanya buat para wanita muda cantik untuk mencuba menggunakan bedak putih yang istimewanya untuk wajah, yang dikatakan akan membuat mereka bertambah menawan dan cantik.

Oshiroibaba (Nenek Bedak Muka) adalah seorang wanita tua yang berjalan pada jalan yang bersalji dengan memakai topi jerami yang besar, bertongkat dan membawa sebuah bekas yang terisinya serbuk putih. Wajah yang berkedut dibedakkan tebal dengan solekan berwarna putih.

Oshiroibaba akan munculkan dirinya pada waktu malam yang dingin, lalu menanyakan kepada wanita muda cantik jikalau mereka ingin mencuba menggunakan bedak muka istimewanya pada wajah mereka untuk menambahkan seri wajah dan nampak lebih menawan. 

Walaupun bagaimana pun, sebaik sahaja bedak putih itu menyentuh permukaan wajah mereka, wanita muda itu akan mengalami pedih dan bahang panas seperti terbakar. Kulit wajah mereka akan mengulapas dan isi mereka mulai mereput sebelum isi mereka tertanggal dari wajah mereka,lalu meninggalkan wajah tengkorak yang mengerikan. Oshiroibaba akan mencuri kulit yang tergelupas itu serta isi berkenaan dan bakal digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan