Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Satoru - Kun. Ia adalah urban legend mengenai satu permainan yang dimainkan untuk mengetahui jawapan kepada apa jua soalan.
Jikalau ada soalan, Satoru - Kun akan membantu. Menurut Urban Legend ini, Satoru - Kun adalah semangat, hantu mahupun semangat jahat Jepun yang akan muncul dalam bentuk seorang budak lelaki. Dia tahu mengenai perihal masa silam, kini dan depan dan akan menjawab apa jua soalan yang diberikan. Kamu harus melaksanakan upacara menyerunya.
Akan tetapi, kamu bermain dengan api jikalau kamu cuba menghubungi Satoru - Kun.
Untuk memanggil Satoru - Kun kamu memerlukan telefon bimbit, duit siling dan pondok telefon yang menggunakan duit siling.
Langkahnya:
- Memasuki duit siling di telefon awam. Dial nombor telefon bimbit sendiri.
- Ulang mantera ini : " Satoru - Kun, Satoru - Kun, Sila datang ke sini. Satoru, Satoru, sila tunjukkan dirimu. Satoru, Satoru, sila jawab jikalau kamu disini."
- Kemudian letakkan gengan telefon awam dan matikan telefon bimbit kamu.
- Jangan memandang atau menoleh ke arahnya.
- Jangan cuba menyentuhnya.
- Jangan panggil dia jikalau kamu tiada mempunyai sebarang soalan nak ditanya.
- Semasa dia di belakang kamu, jangan sesekali melengahkan masa atau membuang masa. Terus tanyakan soalan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan