Khamis, 9 November 2023

Bagaimana nak melihat Hantu

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai satu permainan menyeramkan atau upacara dimana membenarkan kamu melihat roh mahupun semangat yang sudah mati.

Kamu boleh memainkan permainan ini seorang diri atau ingin mengetahui sama ada kamu mempunyai kelebihan dan kemampuan melihat benda halus. 

* Jangan salahkan saya jikalau kamu menyedari rumah kamu berpuaka, saya sekadar berkongsi sahaja.

Langkah-langkah :

  1. Kamu harus seorang diri di dalam rumah. Cari tempat yang sunji. Tidak kisah sama ada kamu duduk di kerusi mahupun baring diatas katil. 
  2. Tutup mata dan bayangkan rumah dimana kamu lahir dan dibesarkan. 
  3. Bayangkan kamu berdiri di luar rumah pada muka pintu utama. Buka pintu berkenaan dan berjalan masuk ke rumah. 
  4. Berjalan sekitar rumah mengikut arah jam, buka kesemua tingkap satu per satu. 
  5. Sekarang kembali dan mengikut jejak kamu semula langkah melawan arah jam dan menutup kesemua tingkap, satu per satu. 
  6. Tinggalkan rumah itu melalui pintu depan utama dan kemudian buka mata. 
* Jangan baca bahagian ini kecuali kamu telah menyempurnakan kesemua langkah di atas. 

Sekarang persoalannya:
Semasa kamu bayangkan berjalan pada sekitar dalam rumah, kamu ada perasaan kewujudan atau penampakkan lembaga di dalam bilik? 

Jikalau Ya, lembaga yang kamu lihat adalah Hantu 👻. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan