Salam Malam Jumaat semua,
Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai Yama Uba.
Yama Uba merupakan ahli sihir gunung serta juga syaitan dalam kepercayaan atau cerita rakyat Jepun yang tinggal di sebuah pondok di pergunungan dan akan memakan sesiapa sahaja yang bernasib malang dengan bertembung dengannya.
Ia mempunyai wajah wanita tua yang hodoh, bentuk wajah yang muncung, rambut yang serba kekuningan, pandangan yang tajam, berpakaian yang compang-camping serta mempunyai mulut yang ternganga luas dari hujung telinga kiri ke telinga kanan.
Pada asalnya dia hanyalah seorang wanita tua biasa yang tinggal di sebuah perkampungan di pendalaman Jepun. Tempatnya ditimpa musibah dimana kebuluran yang dahsyat berlaku dan menjadikan makanan menjadi sukar ditemui. Anak-anaknya tidak ingin memberikan dia makanan lalu mereka menghalau dia keluar daripada kampung dan meninggalkannya di kawasan hutan dengan harapan dia mati kebuluran.
Sebaliknya Yama Uba tidak meninggal dunia malah dia berjaya naik ke puncak gunung dan menemui perlindungan di dalam sebuah gua. Oleh kerana dia hidup bersendirian agak lama, dia menjadi kurang siuman dan pemakan daging manusia dengan membunuh sesiapa lalui kawasannya lalu memakan daging mereka.
Dia membina sebuah pondok di dalam hutan dan hidup dengan menjadikan mereka yang tersesat di pergunungan sebagai mangsanya. Dia akan berpura-pura menjadi seorang wanita muda yang cantik dan memberikan perlindungan kepada mereka untuk bermalam mahupun berteduh di dalam pondok untuk malam tersebut. Sebaik sahaja mereka melelapkan mata mereka, Yama Uba akan membunuh da memakan daging mereka. Adakalanya dia akan menggunakan rambut yang mengerbang itu untuk mengikat mangsanya lalu menarik ke dalam mulut besarnya.
Terdapat cerita dimana diceritakan Yama Uba akan menawarkan dirinya untuk memimpin pengembara ke jalan yang betul. Sebaliknya, dia akan memimpin pengembara itu pada hujung tebing lalu menolak pengembara itu jatuh ke kematiannya pada dasar berbatu di bawah. Lalu Yama Uba dengan tergesa-gesa akan turun ke bawah tebing dan dengan rakus melahap mayat pengembara yang malang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan