Khamis, 19 Oktober 2023

Digital Camera / Kamera Digital

 


Salam Malam Jumaat semua, 

Pada malam ini saya akan berkongsi sebuah lagi cerita urban legend daripada Jepun mengenai kamera digital. 

Cerita ini menceritakan mengenai seorang budak perempuan yang baru kematian ibunya baru-baru ini. Dia mulai menunjukkan perangai yang pelik dan enggan berseorang diri. Ia berasaskan kepada cerita yang sebenarnya yang berlaku di Jepun beberapa tahun yang lalu.

Penceritaan ini diceritakan oleh seorang wanita mengenai budak perempuan ini. 

Salah seorang daripada keluarga saya telah meninggal dunia dengan keadaan mengejut. Saya tidak pernah bertemu dengan wanita berkenaan. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 4 tahun tang bernama Yuki. Bapanya tidak mampu menjaga Yuki seorang diri, maka dia meminta mak cik saya untuk menjaganya.

Yuki enggan ditinggalkan seorang diri dan tidak mahu berlenggang dari mak cik saya. Sehinggakan ia menjadi masalah apabila mak cik saya tak dapat buat apa-apa mahupun ke mana-mana, apabila Yuki nakkan perhatian. Sehinggakan anak kandung mak cik saya menjadi cemburu. 

Pada satu hari, mak cik saya memberitahu kepada saya bahawa dia kena keluar pekan selama beberapa hari dan meminta saya untuk menjaga Yuki untuk dia. Saya yakkan sahaja permintaan mak cik saya dan kebetulan pada masa itu saya tinggal seorang diri dan saya perlukan teman. 

Salam beberapa hari kemudian, mak cik saya datang menghantar Yuki ke pangsapuri saya. Sebelum dia pergi, mak cik saya membawa Yuki ke tepi dan berkata, 

"Tolong jaga kelakuan dan jadi budak yang baik. Semasa tinggal dengan kakak ya." nasihat mak cik kepada Yuki. 

Apabila mak cik saya pergi, saya cuba bercakap dan bermain dengan Yuki akan tetapi perangainya agak pelik. Dia mempunyai sebuah anak patung beruang yang dipeluk erat dah tidak pernah melepaskannya. Dia tidak pernah senyum mahupun nak berkata apa-apa. Dia sekadar duduk pada 1 sudut dalam diam sambil memandang ke 1 arah di dinding. Perbuatan ini membuat saya kurang selesa. 

Saya cuba mencari barang yang mungkin boleh menghiburkannya. Baru-baru ini saya telah membeli sebuah kamera digital yang baru, oleh kerana saya tidak lagi akan mengunakan yang lama. Saga mengambil keputusan untuk memberikan yang lama kepada Yuki untuk bermain. Matanya bersinar apabila dia melihat kamera berkenaan. Saya mengajarkan cara menggunakan dan dia mulai ke seluruh pangsapuri saya untuk mengambil gambar. Terpancar senyuman pada wajahnya. 

Pada waktu petang, saya mendapati ia agak sukar nak menguruskan Yuki. Apabila saya cuba meninggalkan bilik, dia akan menangis dan menjerit memanggil nama saya. Saya tidak mampu ke mana tanpa meninggalkan dia seorang diri tanpa Yuki melontar tantrum. Dia menegaskan dia akan mengikut saya ke mana-mana termasuk di dalam tandas walaupun ia agak memalukan buat diri saya. 

Pada waktu nak tidur malam, dia enggan nak tidur di dalam bilik ganti dan menegaskan untuk tidur sekatil. Saya membacakannya buku cerita sebelum tidur, dalam beberapa minit akhirnya dia tertidur. Pada masa itulah saya perasan bahawa pada salah 1 kaki pada anak patung beruang itu berwarna hitam seperti kesan terbakar, ia membuat saya tertanya-tanya apa yang berlaku yang sebenarnya terdapat budak malang ini. 

Pada tengah malam, saya terjaga dari tidur dengan bunyi yang ganjil. Apabila saya menoleh ke arah Yuki, ada sesuatu tidak kena dengan Yuki. Tubuhnya bergegar, matanya terbuka luas, giginya dalam keadaan menggigil dan air matanya mengalir di pipinya. Saya bilai memeluknya, lalu menanyakan apa masalahnya. 

"Dia sedang melihat saya lagi" bisik Yuki dalam ketakutan. 

"Siapa?" tanya saya dalam keadaan terkejut. 

"Seorang wanita hitam." balas Yuki. 

Selepas itu Yuki tidak berkata apa-apa lagi selepas itu. Saya hanya mengatakannya mungkin ia sekadar khayalan semata-mata akan tetapi Yuki mengelengkan kepalanya sambil merintih. Ia mengambil masa yang lama untuk saya menidurkan dia semula. 

Pada keesokan harinya, Yuki dalam keadaan baik dan ceria semula apabila dia bermain dengan kamera digital saya. Apabila tiba masanya Yuki kena kembali semula ke rumah mak cik saya, saya memberitahunya untuk ambil kamera tersebut. Yuki memeluk saya, walaupun dia tidak berkata apa-apa, saya tahu dia gembira sangat dengan pemberian saya kepadanya. 

Sebaik sahaja saya turunkan Yuki di rumah mak cik saya dan singgah sebentar apabila dipelawa oleh mak cik minum secangkir teh. Mak cik saya berterima kasih kepada saya kerana sudi menjaga Yuki semasa kami bersembang di meja makan. 

"Kasihan budak malang nie. Yuki sudah lama tak bercakap sejak kematian ibunya." kata mak cik saya dalam nada sedih. 

Saya tidak mampu menanggung perasan ingin tahu saya lalu saya bertanya 

"Macam mana ibu Yuki meninggal dunia?" 

"Dia meninggal dunia di dalam sebuah kebakaran." jawab mak cik saya dengan wajah dia sedang sembunyikan sesuatu. 

"Bagaimana kebakaran itu berlaku?" tanya saya. 

"Sebenarnya.. Ia sebenarnya cerita yang menyayatkan hati. Ibu Yuki memgambil nyawanya sendiri. Ibu Yuki ada masalah mental, satu hari dia menuangkan minyak petrol pada dirinya lalu menghidupkan api menggunakan mancis. Dia mati dalam keadaan terbakar hidup-hidup. "cerita mak cik saya dalam keadaan sayu dan sukar baginya untuk menceritakannya. 

" Omg! Itu agak mengerikan." kata saya dalam nada terkejut. 

" Ya. Keluarganya masih dalam keadaan terkejut, mereka ingin menyembunyikan perkara yang sebenar ini dan menganggap ia sebuah kecelakaan. Kami mengatakan pengebumian kecil-kecilan dengan keluarga terdekat sahaja. Yuki tidak di sana dan dia tidak tahu bahawa ibunya telah meninggal dunia. Yuki sangka ibunya sedang dalam percutian yang agak lama. Kami belum ada hati nak memberitahunya perkara yang sebenarnya. " kata mak cik saya. 

" Kasihan Yuki. "rintihan saya. 

" Ya, kasihan kepada Yuki. " kata mak cik saya sedang menundukkan kepalanya sebelum mengesat air matanya. 

Beberapa hari kemudian, saya menerima khabar bahawa Yuki telah meninggal dunia. 

Mak Cik saya cuba mengubah perangai Yuki. Pada waktu malam, dia memaksa Yuki tidur di biliknya sendiri walaupun Yuki menjerit dan menangis. Mak cik saya meninggalkan Yuki di dalam bilik berkenaan sebelum menguncinya. Pada keesokan harinya, dia menemui Yuki terbaring kaku di atas katil dan budak malang ini telah meninggal dunia. 

Tiada sesiapa dapat memahami apa yang telah berlaku malah pihak bedah siasat, tidak mampu menjumpai punca kematiannya. Tiada sebarang penanda di tubuh badan Yuki. Dia dalam keadaan sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan, dengan tiba-tiba pada malamnya Yuki meninggal dunia secara misteri tanpa sebarang penjelasan. 

Selepas pengebumian Yuki, saya pergi ke rumah mak cik saya. Keadaan orang di dalam rumah tersebut dalam keadaan bersedih. Mak cik saya memulangkan semula kamera yang saya berikan kepada Yuki sebagai barang peringatan saya kepada Yuki. 

Kad memori penuh dengan gambar yang diambil secara rawang oleh Yuki. Saya mulai mengimbas satu per satu, sambil saya mengelap air mata saya. Terdapat gambar di pangsapuri saya, gambar dalam rumah mak cik saya, gambar bunga, anjing, alat mainan, gula-gula... Gambar-gambar yang mengarut dimana kanak-kanak akan ambil. 

Kemudian saya ke gambar terakhir dan ia membuat saya menjadi takut yang teramat sangat. 

Tangan saya mulai bergetar. 

Saya ingin menjerit akan tetapi tiada sebarang suara nak keluar dari kerongkong saya. 

Cap masa pada gambar menunjukkan ia diambil pada masa malam Yuki meninggal dunia. 

Inilah gambar terakhir Yuki ambil menggunakan kamera digital saya. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan