Nie saya akan ceritakan pengalaman yang saya telah lalui
selama 1 tahun setengah. Pengalaman nie
saya tempur selama saya di sana. Pengalaman terjadi semasa saya menumpang di
rumah mak cik saya di sebuah perkampungan di kawasan Penampang lama iaitu di
bahagian Donggongon. Kampung tu kira
terpencil kerna tiada pengangkutan
awam yang keluar masuk hanya pengangkutan van pirate kampung sahaja yang boleh diharap tetapi bukan setiap masa
ada van nie. Kampung nie saya akan rahsiakan dimana hanya
satu benda saja saya akan
memberitahu lokasinya dengan ia berdekatan dengan tempat yang bernama Junction of the Cross.
Saya menumpang di rumah mak cik saya hanya kerna saya berlajar di kolej ATIC mengambil diploma dalam seni
pastri. Selama saya disana ada kisah seram dan benda-benda yang saya lihat yang
manusia tidak dapat melihatnya. Nasib baik la
hanya 1 tahun setengah saja saya
disana disebabkan ia terlalu jauh dari segi pengangkutan iaitu perlukan 3 kali
bus, sering kali banjir dan ia terlampau sunyi. Pernah saya kena tidur 1 malam
di hotel kerna jamuan ATIC night kira senior years la, lewat baru abis
dan tiada sudah pengangkutan balik jangan harapkan orang ketam batu macam mak
cik saya untuk mengambil saya. Syukurlah yang saya berpindah ke Bevelly Hills
dimana ia dekat dengan bandar dan saya hanya 2 kali bus sahaja dan ia boleh
menjimatkan duit pengangkutan saya juga. Malah saya tak perlu risau lagi dalam
hal balik kerna semasa saya akhir sems saya memang balik lewat dan banyak
perkara perlu disiapkan.
Balik pergi kisah saya nie, rumah mak cik saya nie
1 tingkat dimana ditingkat bawah adalah simen manakala tingkat atas adalah
papan. Bilik saya saya menumpang nie
ditingkat atas. Walaupun agama kami berbeza tapi ia tak menjadi masalah kepada
saya. Malah saya pernah tolong mak cik saya catering buat penganut Kristian. Mak Cik saya nie Roman Katolik
kira kuat sembahyang la akan tetapi
dia nie kuat main nombor ekor (nanti
saya akan ceritakan didalam tajuk “Benci nombor ekor”).
Nie saya nak ceritakan pengalaman seram saya semasa saya
menumpang di rumah mak cik saya nie,
bagi yang telah membaca pengalaman seram nie
mesti ada yang sudah tahu yang saya nie
boleh tengok dan rasa yang manusia tak boleh. Kira ganjil bukan akan tetapi
saya nie bukan nak menarik perhatian
orang lain hanya saya seorang saja yang tahu kerna tak nak orang lain salah anggap apa yang mereka tak nampak
maka mereka menggangap ia karut dan tahyul. Bukan ka nie kita selalu nampak bukan dan ia adalah punca orang yang
bercakap takbur dan besar selalu kena teruk; lepas tu la baru menyesal tak sudah.
Dirumah mak cik saya nie
ada beberapa tempat yang saya rasakan ada benda di sana, diantaranya ada sebuah
bilik di tingkat bawah ia ada perasaan gelap sangat walaupun ia dekat alter
gambar Holy Mary akan tetapi bilik
itu betul-betul lain sekali. Kemudian dekat penjuru pintu dekat tandasnya,
dimana macam ada lembaga kecil di sana duduk (saya selalu perasan apabila
mengunakan tandas pada waktu malam) tapi ia tak menganggu. Seterusnya belakang
rumah dimana dekat dengan tiang pagarnya kadang-kadang ada rasa macam ada benda
berdiri di sana nie pun tak
mengacau. Kemudian tangga untuk ke tingkat atas, nie yang paling menakutkan ada lembaga berambut panjang macam
lembaga perempuan berdiri ditengah dan diatas tangga tu (malah kakak saudara yang pernah tinggal disana turut nampak
juga dan ia membetulkan apa yang saya nampak tu benar). Yang lebih menakutkan pada waktu malam, tangga tu
sentiasa bergelap malah mak cik saya nie ketam batu tak nak kasi terang disana malah kena
berhati-hati turun mahupun naik jika mahu menggunakkan tandasnya. Lembaga tu selalu disana pernah saya tersasul
tercakap “boleh kamu ketepi tak nampak ka
saya angkat nie berat sangat” boleh
dia pergi tepi. Lembaga nie tak
menggangu juga.
Ada dua bilik di tingkat atas rumah tu, bilik satu tu saya menumpang
manakala satu lagi kira master rooms la.
Yang master room tu saya jarang
masuk kerna saya pernah ceritakan
kisah seram yang telah saya alami di bilik tu
dalam kisah “Asrama II” yakni “Demam”. Saya tak tau la sama ada ia masih tempat “mereka” nie lalu ke tak, saya tak nak ambil tahu. Ada satu benda yang
setiap malam pada tepat jam 11 malam, ada bunyi “bang” di atas bumbung rumah nie
dan si ketam batu nie tak nak repair tu
lubang di siling kalau kau tengok dari lubang tu nampak terus pergi atap zink dia nie. Setiap malam kamu akan mendengarnya kecuali hujan dan ribut.
Saya tak pernah mahu ambik tahu kerna
pernah terjadi kepada adik saya nie
yang pernah tinggal di rumah mak cik saya nie,
pernah satu malam dia terbangun kerna bunyi tu dan dia pigi check di luar. Dia ternampak benda tu yakni hantu paling terkenal di Sabah (kerna taboo namanya dipanggil maka saya taruk kapala tarabang) itu landing
di atas zink reban ayam. Kerna takut
dia terus pegi tidur dan esok dia kasi
tau my mom dan saya; kami tak nak beritahu mak cik saya untuk menjaga
hatinya. Bunyi saya akan dengar pada tepat 11 malam dan ada benda unik yang
saya turut dengar pada jam 1 pagi ayam-ayam mak cik saya akan berkokok sebabnya
itu saya tak pasti. Ada yang mengatakan bila ayam berkokok apa malam, ia
ternampak malaikat itu Allahualam la..
Nak tambah sedikit la,
saya ada habit jemur kain pada waktu
malam tapi bukan diluar tetapi di beranda di tingkat atas. Dulu ada rumah
banglo kosong di depan beranda tu tapi
rasanya sekarang sudah ada orang tinggal sudah. Balik pergi cerita saya nie, setiap kali saya menjemur kain.
Saya nampak macam ada lembaga hitam di dalam rumah tu kerna rumah tu tidak
berlampu dan tiada langsir maka kamu boleh tengok terus ke dalam rumah tu. Bila pertama kali saya nampak memang
terkejut juga la tetapi bila sudah
terbiasa maka kamu sendiri pun akan biasa bukan.
Sekian dulu cerita saya nie nantikan cerita saya yang seterusnya iaitu “Benci Nombor Ekor”.
Sekian dulu cerita saya nie nantikan cerita saya yang seterusnya iaitu “Benci Nombor Ekor”.
Nie bukan semua tahu bahawa setiap rumah yang kita tinggal nie tak kira yang baru mahupun yang
lama mesti ada penunggu rumah. Kita tau bukan
yang dunia yang kita tinggal nie bukan
saja adanya kita nie malah ada
mahluk lain selain kita. Maka tak hairan la jika ada benda lain turut menumpang
di rumah kita bukan. Jin dan syaitan ada dimana-mana. Tempat kesukaan mereka
tempat yang kotor, tempat maksiat dan tempat-tempat yang haram. Apa yang buruk,
kotor dan keji adalah kesukaan mereka nie.
Ada kemungkinan bahawa tandas anda pun mungkin ada benda tinggal di sana. Tak
kira betapa besar mahupun kecil pun mesti ada benda yang tinggal disitu. Malah
orang tua-tua pernah berpesan jangan membuang air besar dan kecil ditempat
bertakung mahupun lubang takut ia adalah tempat tinggal mereka nie. Dengan akhir sekali setiap kali
sebelum masuk ke rumah selepas berjalan sangat dinasihatkan untuk memberi salam
tak kira ada orang dirumah mahupun tak. Dan ia boleh mengelak daripada tetamu
tak diundang masuk ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan