Khamis, 8 November 2012

Perjalanan..


Cerita pengalaman seram ini berlaku setahun selepas cerita yang saya ceritakan dahulu. Cerita ini pun ada kaitan dengan aktiviti yang saya ikuti iaitu pentandingan koir. Pemulaan pengalaman saya tak beberapa menarik, jadi di pendekkan cerita.
Disebabkan bus membuat hal dekat 3 kali, kami diminta oleh pengetua kami untuk balik dan sudah terlambat buat kami untuk berbuat apa-apa. Dengan perasaan kecewa, kami hanya akur dan terpaksa balik. Kami berpatah balik dari Telupid dan menhala ke Sandakan semula. Harapan cuma harapan, nama Sandakan malah nama sekolah kami tak dapat menyelah.

Dalam perjalanan pulang, di dalam bus yang usang. Kecewaan masih ada di muka setiap ahli koir dan ada yang tak sebab berlagak macho tetapi di bahagian bus ahli perempuan tidah tahu la pula. Hari mulai memasuki mahgrib iaitu hari mulai senja, di situlah bermula pengalaman saya seorang.

Seingat saya dalam perjalanan pulang, tidak tahu mengapa berlakunya kesesakan lalu lintas padahal jalan itu di dalam hutan. Bagaikan ada sesuatu perkara buruk telah berlaku di hadapan bus kami. Di dalam bus itu  kesemuanya ahli lelaki around 19 orang bersama dengan seorang guru pengiring (perempuan). Saya sendiri boleh lihat mana satu ahli koir yang boleh diharap melalui expresi pada muka mereka dengan yang berdiam kerna hampa (boleh diharap) dan gembira sambil ketawa (tak boleh diharap). Masa itu saya sorang saja yang tingkatan 5 dan yang lain tingakatan 4-3. Saya nie tak suka duduk di bahagian belakang bus bukan hapa saya nie mudah mabuk dalam bus maka saya selalu mengambil di bahagian bus.

Disambungkan cerita, dalam kesesakan itu malam mulai menjelang. Lampu bus mulai dihidupkan. Tidak tau mengapa pada masa itu saya melihat keluar tingkap bus dan lalu terpandang sesuatu di atas pokok. Betul-betul saya ternampak sesuatu lembaga hitam mencangkung di pangkal dahan pokok itu dengan rambutnya yang panjang dengan keadaan menunduk kebawah. Rasa ku mahu menjerit tetapi tak mampu mengeluarkannya. Bila saya nak memberitahu seseorang tetapi dilarang oleh guru pengiring itu untuk merahsiakan, saya faham tak nak sebarang panik berlaku. Klu semua panik keadaan akan menjadi lebih teruk. Walaupun saya nie takut tetapi hati ku meminta saya terus melihat dari ekor mata untuk melihat sama ada ia masih di sana atau tak. Bentukkan bagaikan hantu yang paling terkenal Pontianak.

Rupa-rupanya dihadapan kami ada kemalangan iaitu sebuah lori menjunam ke gaung dan dengar khabarnya pemandunya meninggal dunia di situ juga. Dalam pemikiran ku adakah ia menunjjukkan dirinya disebabkan kemalangan itu, ataupun mungkin ia tercium bau darah. Apakah kemungkinannya hanya saya seorang tahu.

Selepas beberapa hari, saya memberanikan diri saya menceritakan ia kepada ahli lain tentang kejadian hari itu. Kebanyakkan terkejut dan tak mempercayainya berlaku. Ada ahli perempuan mengatakan mereka ada berasa seram sejuk semacam selepas mereka melintasi kemalangan itu. 

Itu saja cerita saya buat kali nie, pengalaman seterusnya akan saya ceritakan bila masanya.
.....................................................................................................................................................................

Mereka (hantu) ini berada dimana-mana sahaja, tak kira di hutan, bandar mahupun di rumah sendiri. Banyakkan berdoa meminta perlindungan dari Yang Maha Esa daripada mereka (hantu) ini terus menggangu anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan