Bagi orang yang sensitif pada perkara yang manusia tak boleh
rasa mahupun melihat perkara yang ghaib, ia adalah satu kelebihan yang Maha Esa
telah berikan dan ada juga menganggap ia sumpahan. Kebolehan nie boleh didapati melalui keturunan
mahupun mendapat ia dengan sendirinya. Saya juga salah seorang yang boleh
nampak yang manusia lain tak dapat dan saya dapat ia cara tak sengaja dan ia
juga dari keturunan juga. Ada banyak perkara yang kamu harus sembunyikan kerna ada ramai manusia di luar sana
tak percaya kepada hal nie dan
mengganggapnya sebagai tahyul dan karut. Di era abad 21 nie bilangan manusia yang mempercayai kepada hal nie tidak banyak malah lebih kepada
pemikiran rasional dan secara sainstifik. Kepercayaan kepada benda-benda ghaib
hanya ditolak kepada bomoh, dukun, bidan dan pengamal perubatan traditional.
Apa yang mereka percaya hanya teknologi sahaja dan setiap perkara boleh
diterangkan dengan sains bukan dari segi agama dan kepercayaan sudah. Mangkin
lama manusia lebih mempertuhankan sains daripada Yang Maha Esa.
Balik kepada kisah saya, orang macam saya nie boleh menrasakan kehadiran semangat
mahupun roh dan juga mahluk ghaib yang lain. Perasaan tu cukup kuat sekali malah ada yang membuat seseorang itu pening,
sakit kepala dan bagi saya menangis. Perasaan nie adalah penanda kehadiran mereka nie. Ramai yang tidak sedar mereka mampu merasakannya malah sering
kali mengaitkan dengan penyakit. Orang yang sensitif nie tak mengira umur malah ada yang kehilangan kelebihan nie bila meningkat umur. Tak hairan la bahawa kanak-kanak boleh melihat
benda-bande ghaib nie kerna hati
mereka masih tulen dan bersih tidak bagi mereka yang meningkat dewasa dimana
hatinya mulai dipenuhi dengan perasaan cemburu, dengki, takbur dan sebagainya.
Kerna nakkan kekayaan dengan cara mudah tak perlukan banyak
usaha, manusia lebih kepada nombor ekor untuk mendapatkan kekayaan itu.
Kepercayaan agama pula ditolak ketepi atas nama duit. Ada manusia sanggup
menyembah kubur mahupun apa-apa yang dianggap keramat hanya mendapat nombor
bertuah itu. Jangan disangkakan orang itu baik dan beriman akan tetapi hatinya
tiada orang tahu bukan, silap hari bulan boleh kamu terjumpa orang tu di tempat membeli nombor ekor nie bukan. Walaupun ada papan
diletakkan di kedai tu tentang ia
haram bagi orang Islam kerna ia
dikira sebagai judi, akan tetapi amaran itu diingkari masih ada orang Islam
membelinya.
Kenapa saya tahu hal nie,
kerna saya pernah lalui dan memlihat
perkara yang membuat saya membencinya lebih. Ada sanggup merosakkan dirinya
sendiri untuk membeli barang haram nie
dan tak menghirau keluarganya dirumah kelaparan. Hanya kerna nombor, keluarganya sengsara.
Nie pengalaman pertama saya sebab saya anti nombor ekor.
Orang dulu-dulu ada habit menyimpan
barang-barang purba bukan dari tembikar ke senjata lama bukan. Pernah satu kali
nie saya pergi ke rumah mendiang mak
cik saya atas jamuan makan malam akan tetapi jamuan itu ada maksud lain apabila
dia menjemput seorang bomoh (bomoh tu
dah meninggal). Bomoh nie kalau
tentang nombor ekor nie selalu kena
tepat, maka process mendapatkan
nombor ekor nie melalui menggunakkan
barang purba yakni sepasang pedang samurai yang mendiang mak cik saya simpan.
Masa process tu dijalankan, tak tau
apa bomoh tu baca keluar nombor di
pedang tu. Tapi bagi saya pula
merasakan semangat di dalam pedang tu
rasa kesakitan kerna saya merasakan
air mata saya keluar dengan sendirinya. Semangat itu rasa cukup sengsara
sangat. Saya memberitahu mak saya tentang hal dan menasihatkan supaya tak
teruskan akan tetapi ia terus berterusan juga. Nie ada satu perkara yang saya tau
pada masa itu kalau ia dipaksa ia tak akan menjadi nombor itu keluar. Kan betul bila pada hari ahad result dia keluar yang bahawa nombor tu tak keluar malah kira terbalik pada
hari kemudiannya.
Nie pengalaman satu lagi nie pernah saya ceritakan sebelumnya dalam “Kerana Bising” sila
rujuk disana.
Dan nie kira
pengalaman yang menambahkan kebencian saya, pernah sekali mak cik saya nie (mak cik saya yang tinggal d kampung
nie dari last story saya nie dalam
“Bunyi”) bersama-sama dengan suami, kawan-kawannya dan mak saya join upacara menarik nombor ekor di
rumah kecil di depan rumah besar dimana dibawahnya ada busut (apa yang saya
tahu busut tu ada penunggu tapi penunggu
nie baik suka pada kanak-kanak). Mereka bersama-sama satu bomoh nie pi bersila dekat busut tu la di dalam keadaan gelap. Masa itu
saya dirumah besar memang motto saya
yang saya tak minat dengan hal nombor ekor maka saya seorang sahaja di rumah tu. Kazen saya macam tak tau ke
mana sudah itu budak maka saya seorang saja sambil tengok TV (mana ada peluang
tengok tv masa malam-malam kerna
selalu card Astro kena cabut oleh
suami mak cik yang nyayuk nie).
Diluar rumah betul-betul sunyi, dengan tiba-tiba macam ada benda lari dengan
laju dari pintu besar rumah tu pergi
ke pintu dapur. Macam benda tu lari tu betul-betul macam kecemasan mau masuk nie, apa yang saya tau
semua anjing-anjing mak cik saya sudah kena rantai dan ayam-ayamnya semuanya di
reban sudah. Kucing pula bersama-sama dengan saya nie, jadi apa benda yang lari di luar sana tu? Bila sahaja upacara tarik nombor ekor tu habis, ada juga saya tanya pada mak saya apa benda tu akan tetapi sampai hari nie saya masih tak tau jawapannya. Mestilah lepas tu
habis memang share-share nombor yang
telah dapat tu kan macam mana mau pau dia dan kasi terbalik dia dan last sekali berapa mau beli. Nie betul-betul buat saya bertambah
benci pada barang nie, demi kekayaan
apa pun sanggup buat. Last sekali
nombor tu tak keluar, puas? Buang
masa bersila di bawah kolong rumah tu dan
derma darah dengan nyamuk satu sen pun tak dapat.
Saya hanya nampak macam minat pada nombor ekor nie tapi sebaliknya saya sentiasa
menyumpah nombor tu tak kena. Kalau
kena maka sumpahan saya tak menjadi dah kira nasib orang tu bernasib baik la. Akan tetapi saya tetap benci kepada
benda nie.
Sekian dulu cerita saya buat malam nie, harap kamu menerima sebab saya anti sangat pada nombor ekor. Ia haram dalam agama akan tetapi
manusia mudah leka bila pada duit. Duit adalah punca perkara nie berlaku kerna bila kamu berkuasa dan kaya, kamu dilayan macam Tuhan dan
Raja. Apabila kamu hilang kuasa dan miskin, kamu akan dilayan macam anjing
kurap malah tidak dipandang langsung. Nie
la manusia kebaikan itu bukannya diterima hanya kejahatan sahaja yang
dianggapkan baik.
Nantikan cerita pengalaman saya yakni “Kisah di Kunak” di
masa yang lain.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan