Sekarang nie,
giliran saya sendiri bercerita. Dyus
kena rehat dulu sebabnya nie semua
cerita dari pengalaman yang saya sendiri alami. Cerita pengalaman ini
betul-betul belaku apa diri saya sendiri. Mari saya ceritakan kepada kamu semua
dan cerita nie saya tak pernah
cerita kepada sesiapa pun malah ingatan saya kuat dan saya boleh ingat lagi
kejadian yang berlaku pada saya.
Biar saya kongsi 4 cerita pengalaman seram yang pernah
berlaku kepada saya. Kisah nie dah
belalu 6 tahun dahulu ketika saya masih bersekolah di sekolah menengah lagi.
Masa saya di sekolah menengah lagi, saya boleh dikira sibuk dengan aktiviti
sekolah saya iaitu koir sekolah. Kiranya active
sekali berbanding dengan persatuan lain selain daripada Teakwando dan kelab
catur. Kebanyakan kisah seram dan perkara ganjil berlaku semasa saya mengikuti
kelab muzik iaitu koir sekolah. Dalam koir sekolah saya dibahagian bass iaitu suara lelaki tulen (suara
rendah) itu masa tingkatan 3. Masa tingkatan 1-2 itu campur (tak pernah menang
dapat nombor 2 saja berlainan pula masa saya tingkatan 3 baru dapat Johan
daerah Sandakan). Pengalaman pertama saya berlaku masa tingkatan 4, dimana
kumpulan koir kami memasuki pertandingan peringkat negeri di Tawau, Sabah.
Nanti saya ceritakan. Kisah kedua masa tingkatan 5, juga kumpulan koir dalam
perjalanan ke sesuatu tempat. Kisah ketiga masa tingkatan 5, malam 30 Ogos. Dan
kisah terakhir pula terjadi semasa saya berlajar di kolej swasta, iaitu hostel.
Ingat ya saya
takkan tapis-tapis nama tempat tu ya,
tetapi tarikh (kalau saya ingat) dan nama orang tu ada hanya nama timangan sahaja dan lain nama tu maaf tak beberapa ingat. Saya masih
ingat tetapi saya ada masalah ingat nama orang jadi mohon maaf kalau ada yang terasa
ya.
Ingat matikan
lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan