Sabtu, 3 November 2012

Intro



(Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun mahupun yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Cerita ini diceritakan semula oleh sesorang iaitu kawan rapat penulis dan cerita ini fiksyen semata-mata dari ideas sendiri.)

Disini buat pertama kalinya saya akan berkongsi dengan kamu sekalian kisah-kisah seram dan misteri. Atas penerimaan cerita-cerita yang saya pernah kongsikan di Facebook mendapat sambutan yang memuaskan. Dengan ini saya akan akan kongsikan koleksi-koleksi cerita seram kepada anda semua. Dalam setiap cerita ada terkandung cerita-cerita dari penulisan saya sendiri serta kisah-kisah pengalaman seram saya sendiri.

Yang uniknya saya akan post satu cerita baru pada setiap malam Jumaat. Sebab saya memilih malam tu adalah kerna pada malam itu dikira malam paling menyeramkan oleh dikatakan pada malam tu roh, hantu, jins dan syaitan keluar. Dianggap pada malam tu adalah paling misteri dan paling angker.


Dengan ini saya bahasa yang saya akan gunakan dalam penceritaan saya nie adalah Bahasa Melayu dan juga sedikit Bahasa Inggeris. Bukan apa saya mengambungkan dua bahasa nie atas kerana Bahasa Melayu yang saya gunakkan sekarang nie adalah tidak semoden yang digunakkan sekarang. Diharapkan anda sebagai penbaca dapat memahami penyampai cerita saya nie. 


Kisah yang disampaikan dari bentuk bab ataupun chapter, untuk memudahkan pembaca memahami jalan cerita yang saya bakal ceritakan nanti. Dalam setiap bab akan mengandungi 2 lebih cerita terutamannya di bahagian bab pengalaman seram.

Minggu hadapan saya akan mempertengahkan kisah seram dari penulisan saya sendiri dan bantuan jalan cerita dari kawan saya yang bernama "Dyus" (nama samaran). Setiap kisah yang saya sampaikan ada maksud dan kisah moralnya sendiri. Dan saya berharap dari budi bicara pembaca dalam memcari maksudnya dan kisah pengajaran itu sendiri.


Dengan ini sahaja penerangan apa yang saya bakal sampaikan di dalam blog ini. Sekian dulu. Sila nantikan kisah pertama yang saya bakal ceritakan pada Malam Jumaat nanti.

Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan