Setiap kali saya terpandang pada kalender pada bulan
Ogos, sering kali saya teringat peristiwa aneh dan seram yang pernah saya alami
pada 30 Ogos. 30 Ogos cukup bermakna pada saya dan kisah pengalaman nie saya tak akan lupakan sampai
bila-bila.
Kisah nie berlaku 2 bulan selepas cerita yang saya pernah
ceritakan dulu, nie merupakan
persembahan koir terakhir sebelum saya menduduki SPM yang just around the corner. Kami mendapat jemputan untuk membuat
persembahan koir di Jalan Pantai Sandakan kerna Hari Kemerdekaan peringkat
Sabah akan di diadakan di sana. Latihan selama seminggu dan cukup berhasil bagi
kami dengan suara yang penuh dengan semangat.
30 Ogos, kami disuruh tinggal di sekolah kerna keesokkan harinya kami kena
datang awal ke sana sekitar jam 5 pagi. Nie
kerna kebanyakkan ahli kami tinggal jauh dari sekolah dan ia memudahkan
masa untuk mengenali pelajar mana yang ada atau tak. Dan masa itu jika tidak
silap saya bahawa hari itu jatuh pada hari Jumaat dan hari 31 Ogos jatuh pada
hari Sabtu. Petang hari 30 Ogos hanya ahli koir yang kelihatan di kawasan
sekolah. Dan diputuskan bahawa ahli perempuan akan bermalam di bilik muzik di
tingkat 2 manakala ahli lelaki pula diputuskan di surau sekolah. Boleh dikira
agak jauh dari ahli perempuan. Bersertakan 3 guru pengiring iaitu 2 guru
perempuan dan seorang guru lelaki.
Di short cut
cerita nie, bila malamnya sudah
menjelang. Semua cerita seram saya akan ceritakan. Pada jam 7 malam tepat
selepas kami makan malam, kami disuruh membuat raptai terakhir sebelum
persembahan kami esok. Raptai dan latihan itu diadakan di tapak perhimpuan,
perangai ahli koir kami tak pernah berubah ada saja joker sana sini dan juga ahli perempuannya gossip tanpa henti tetapi suara kami power itu saja. Semasa latihan juga tak terlepas yang mengambil
gambar untuk kenangan dekat 3 orang mengambilnya termasuk saya sendiri.
Lagi di short cut
itu cerita, lepas saja kami habis latihan pada jam 9 malam. Ada yang terus
melepak-lepak untuk berehat kerna
banyak air liur dibuang dan nasib baik pihak sekolah sudi menghidupkan water cooler untuk kegunaan kami. Saya
pula duduk berlepak dengan ahli junior
saya yang pada masa itu tingkatan 1-4 dan termasuk dengan beberapa senior saya juga. Kami yang bercerita
pengalaman yang aneh dan seram, malah termasuk pula cerita perihal mimpi. Pada
masa itu saya masih aktif lagi dan meramal dan mentafsir mimpi, hanya meramal
saya dah jarang buat manakala meramal cuaca itu selalu saya buat; dan mentafsir
mimpi pun kira jarang saya sudah buat sebab tiada masa dan ia memakan tenaga
yang banyak.
Semasa saya berbual-bual dengan junior saya nie, tak tau
kenapa saya rasakan bagaikan mahu berpaling ke belakang dan terasa bagaikan ada
yang memanggil saya. Bila sahaja junior
saya dipanggil sekejab, saya tergerak untuk berpaling ke belakang. Kau tau tak apa saya nampak? Dari blok
papan, saya ternampak ada tangan melambai ke arah saya bagaikan memanggil saya
ke sana. Terasa bagaikan mahu ke sana tetapi hajat itu tak kesampaian kerna junior saya dan memanggil saya
untuk ke surau kerna cikgu muzik kami meminta kami pergi tidur disebabkan nak
bangun awal apa keesokkan harinya. Bila saya berpaling balik ia sudah tiada di
situ, ia sudah ghaib.
Di pendekkan lagi cerita, pada jam 3 pagi kami sudah
dikejutkan bangun untuk bersiap. Kamu tau
la, bila lelaki bersiap cepat bagaikan kilat dan manakala perempuan pula punya
main lama kerna kena bermekap lagi untuk persembahan. Kesemua ahli lelaki siap
pada jam 3.30 pagi dan kena menunggu bus yang akan menbawa kami ke tempat menyambut
hari kemerdekanan di Jalan Pantai, Sandakan. Untuk membuang masa sekejab
sementara menunggu bus dan ahli perempuan, kesemua ahli lelaki mengambil
keputusan untuk berjalan ke blok papan untuk menguji keberanian mereka. Dan
mereka mengharapkan saya untuk mengetuai mereka ke sana, nie kerna saya ada sedikit ilmu dalam hal nie. Cerita itu pernah saya kisahkan dalam cerita sebelumnya yang
bertajuk “Kerana Bising”, dan bagi
tidak tau sila baca ia dulu sebelum
membaca cerita nie. Tapi ia sudah terlambat maka baca saja
cerita nie sampai habis baru baca
cerita sebelumnya. Walaupun perasaan takut itu ada pada diri saya dan saya
terpaksa memberanikan diri melangkah kehadapan. Semasa saya berjalan di kawasan
blok papan, hati saya bercampur baur dengan perasaan seram sejuk dan teringat
dengan cerita seram mengenai blok papan itu sendiri dengan menampakkan kelibat
perempuan berbaju putih dan berambut panjang dengan nama lain “Pontianak” yang
berkeliaran di blok itu. Setiap langkah ku
bagaikan ada yang memerhatikan dan apabila saya memaling kebelakang, punya sial. Cakap berani tetapi ahli lelaki
yang lain difikirkan di belakang saya rupa-rupanya 5 meter jauh daripada saya.
Bila di tempat lain berani mengalahkan singa bila takut bagaikan mereka nie kehilangan kebanggaan mereka iaitu
biji kejantanan mereka nie. Selepas
saya dapat tahu, saya terus berpatah balik sambil memarahi mereka tetapi di
dalam hati saya cukup bersyukur kerna perasan takut yang melampau.
Bila saja kami sampai ke tapak perhimpunan, ahli
perempuan mulai memunculkan diri malah bus kami sudah sampai. Kemudian off on our way to the events.
Cerita nie
belum habis lagi, bila sahaja gambar itu dicuci. Ada keganjilan pada gambar
iaitu di satu bahagian gambar itu ada bentuk bola atau dalam nama Inggeris dia Orbs. Iaitu bebola roh yang tertangkap
secara tak sengaja oleh kamera. Ya saya sendiri pun pernah tertangkap ia sekali semasa bergambar pada malam
30 Ogos tu, malah bukan saya seorang
saja tertangkap gambar orbs nie
rupa-rupanya 2 lagi yang mengambil gambar pada masa itu juga tertangkap benda
yang sama. Tapi sayangnya gambar itu sudah hilang dalam simpanan saya dan saya
sudah lupa dimanakan saya telah menyimpannya.
Sampai sini dulu cerita nie, nantikan cerita pengalaman saya yang seterusnya yang bertajuk
“Malam yang menyeramkan”.
Tak kira dimana sahaja, selalu kita dengar kisah seram
sekolah. Sama ada yang seram mahupun angker, ada satu persamaan ia selalu terjadi kepada seorang yang
bernama pelajar. Setiap sekolah memang ada tempatnya yang keras ataupun
berhantu, tak kira di tandas, stor mahupun bilik darjah. Ingat mereka (jin,
hantu dan bunian) nie ada
dimana-mana sahaja dan sama ada mereka nie
mengacau atau tak, semua datang dari diri sendiri. Jangan takbur mahupun cakap
besar, memang kamu akan kena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan