Muzik, irama mahupun lagu iaitu suara hati mahupun emosi
bagi pengubah lagu itu sendiri. Muzik mempunyai berbagai jenis irama iaitu
genre mengikut kehendak pengubah lagu itu sendiri. Muzik menpunyai keindahan
dia dengan menyentuh perasaan pendengarnya dari segi emosi sama ada membuatkan
mereka sedih, tenang dan gembira. Lagu juga ada kesan sampingan kepada pengubah
mahupun pendengar selepas mendengar lagu bukan dari segi emosi tetapi kepada psikologi
seseorang itu dengan penerimaan dia kepada lagu tersebut.
Tidak semua muzik yang anda dengar semuanya baik sahaja,
tetapi ada satu lagu yang dikira sebagai berpuaka ataupun angker bagi sesiapa
sahaja yang mendengarnya. Gloomy Sunday
iaitu lagu yang paling berpuaka sebabnya sesiapa saja yang mendengarnya ada
kemungkinan tinggi dia untuk menbunuh diri. Lagu ini dicipta oleh pemain piano
dan composer Hungary yang bernama Rezso Seress pada tahun 1933. Nama asal
lagu ini dalam Hungary adalah vege a vilagnak yang bermaksud End of the world dalam bahasa Ingerris.
Dan liriknya pula oleh Laszlo Javor,
beliau menulis lirik ini mampunyai maksudnya tersendiri iaitu berkabung demi
kekasihnya yang meninggal dunia dan dia bersumpah untuk membunuh dirinya agar
dia dapat bertemu semula dengan kekasih di akhirat kelak. Lirik asal untuk lagu
ini memceritakan kisah peperangan yang melanda di Hungary dan lagu doa kepada Tuhan. Di Hungary lagu ini dikenali sebagai “Hungarian Suicide Song”, dimana sesiapa sahaja yang mendengar
sahaja lagu ini akan mati dengan membunuh diri. Ada yang beranggapkan lagu ini
berbahaya kepada sesiapa saja mendengarnya untuk menggelak daripada
mendengarnya.
Saya sendiri pernah mendengarnya, tetapi saya hanya
menganggapnya hanya sekadar muzik biasa sahaja malah pemikiran untuk membunuh
diri jauh sekali di ingatan (Dosa besar dalam Ajaran Islam). Bagi saya, mereka
yang membunuh diri selepas mendengar lagu ini hanya disebabkan oleh sama ada
mereka ini dalam kemurungan atau stress yang kronik yang menyebabkan mereka
untuk membunuh diri. Dia lebih kepada psikologi seseorang itu.
Baiklah kita mulakan bercerita, dalam cerita ini ada dua
kisah yang ada berkait dengan lagu “Gloomy
Sunday”. Ia lebih baik daripada “Fur
Elise” oleh Beethoven yang biasa yang kita dengar dan tengok di cerita
seram di Jepun (cerita seram 7th wonder
of XX School) dimana lagu ini digunakan tentang hantu. Dalam versi saya “Gloomy Sunday” sebagai lagu pilihan.
Ingat matikan lampu,
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.
Nyalakan lilin,
Dengan suasana yang sepi,
Bacalah kisah saya nie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan