Khamis, 22 November 2012

Asrama I


Nie cerita saya pula semasa saya buat pertama sekali tinggal jauh daripada keluarga saya. Buat pertama sekali saya tinggal di asrama. Selepas saya mendaftar di INTI kolej mengambil diploma dalam business, kira hal tempat tinggal menjadi isu bagi saya kerna keluarga saya yang berada di KK jauh dari Putatan. Hanya satu saja jalan dengan mendaftar masuk ke asramanya yang terletak betul-betul berdekatan dengan kolej tu sendiri. Masa tu tahun 2007 kira asrama tu hanya ada student launge, gym (yang selalu rosak dan tempat orang buat projek dulu), dapur latihan (untuk pelajar yang mengambil culinari) dan asrama tu sendiri dimana bagi pelajar lelaki di tingkat 1 dan 2 manakala bagi pelajar perempuan pula tingkat 3 dan 4. Kalau tak silap saya kolej tu ada lagi asrama lain di kawasan lain, satu di atas kedai manakala satu lagi diatas restaurant (nanti saya cerita lagi tentang asrama nie).

Bila saya pergi kembali ke sana banyak sudah perubahan malah ada penambahan lagi. Yang diatas kedai tu saya tak pasti masih digunakan atau tak yang satu benda saya tau yang diatas restaurant tu dah tak guna lagi sebab kisah yang saya bakal ceritakan nanti.

Balik pergi cerita saya dan kira skip banyak barang la malas mau cerita. Direct pegi ke kisah seram. Selepas sebulan saya tinggal di sana dan mulai sesuai diri dengan persekitaran dia, timbul pula kisah satu per satu pelajar perempuan kena histeri malah bukan tu sahaja malah ia berlaku di dua tempat iaitu asrama yang diatas restaurant dan di Main Asrama. Yang lebih teruk nie pandai berjangkit ke pelajar lain dan ia terjadi setiap malam. Pada masa tu daya sensitif saya mulai pada kemuncaknya malah saya mulai merasakan kehadiran sesuatu yang kita manusia tak nampak.

Nie kisah daripada kawan saya perempuan saya (ambik lain diploma tapi ambik subjek sama) yang dia tinggal di asrama diatas restaurant tu yang sering kali dihimpit malah sering kali nampak lembaga hitam berlegar-legar di depan katil (double-decker bed) mereka. Malah pernah nie mereka juga dengar ada benda mengetuk dinding mereka juga masalahnya dinding tu simen bukannya papan tapi boleh dengar dengan kuat lagi. Pernah sekali mereka terdengar ada benda mengilai tu la buat pelajar perempuan yang tinggal di sana kena histeria. Lupa nak kasi tau yang asrama tu adalah 100% asrama pelajar perempuan. Tambah lagi selepas kawan saya pindah pegi ke Main asrama pengalaman kena ketuk tu tetap ikut mereka dan sambung pula pergi ke Main asrama pun kena histeria. Time tu saya belum tau sangat hal nie

Kes yang paling teruk sekali sering kali berlaku di asrama diatas restaurant tu sampai pihak penjaga asrama mulai buntu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Secara rasional kira mustahil untuk dilaksanakan apabila apa yang kamu harungi diluar batas pemikiran kamu akhirnya kamu kena juga mengambil kira secara spiritual. Saya ada sedikit pengetahuan dengan hal nie, saya mencadangkan kepada penjaga asrama dengan memanggil seseorang yang tahu dengan hal nie seperti Ustaz mahupun Iman tetapi saya katakan jangan cari yang ayam mati kerna apa yang mereka hadapi nie cukup kuat.

Saya skip pegi masanya mereka sudah prepare semuanya termasuk selepas mendapat pertolongan Iman dari masjid di Putatan. Ada pelajar lelaki diminta pergi sana untuk membaca yasin dan menolong dalam mengubati pelajar di asrama diatas restaurant tu. Saya tak tahu apa yang berlaku di sana sebab pada masa tu saya di Main asrama doing my own business dengan membaca buku klasik. Nie kisah yang berlaku tak beberapa seram, semasa mereka dalam proses perubatan tu terjadi hal aneh kepada saya sendiri. Di dalam bilik seorang diri (tak tau mana hilangnya roommates saya) dengan keadaan di luar bilik agak sunyi sekali tanpa sebarang bunyi langsung (kerna masa tu semua pelajar diberitahu agar tidak keluar kemana-mana dan sentiasa di asrama atas arahan penjaga asrama). Entah dari mana saya terdengar ketukan “tok tok” bukan dari pintu bilik tapi dari dinding simen nie (double-decker bed saya di tepi dinding dan saya tidur di tingkat bawa) mangkin lama mangkin laju dan kuat. Saya buat tak kisah sangat (kerna saya tau apa benda tu). Dalam beberapa minit selepas tu saya terdengar macam ada suara meminta tolong dengan saya dan suara tu macam perempuan dan macam tergesa-gesa. Suara tu kata “tolong aku, tolong aku” dan saya balas dengan marah “kau juga yang mulakan kalau kau tidak mulakan saya tak akan buat macam tu”. Lepas tu suara tu hilang dan apa yang saya dengar yang proses perubatan tu berjaya.

Lepas tu tada lagi kes histeria berlaku, dan hal ia terbongkar apabila saya sendiri pergi ke asrama tu. Nie kerna kawan perempuan saya nie minta tolong saya kawankan mereka pergi mengambil barang mereka di sana. Tak silap masa tu masih siang sekitar dekat tengahari. Kawan perempuan saya nie kena kasi tau yang mereka semua kena pindah pegi Main Asrama dan asrama tu kena tutup untuk mengelak kes tu berlaku lagi. Semasa saya didalamnya, patutlah mengapa benda tu suka tempat tu kerna ia 100% gelap malah tingkap bilik asrama tak cukup menerangkan asrama tu kira lantai, dinding, siling malah tingkap semuanya digelapkan dan apa yang saya di kasi tau bahawa asrama tu bekas kedai snoker. 

Walaupun seram bukan main tetapi saya nie gentlemen bila ada perempuan yang kesusahan kita kena tolong walau bagaimana pun, lambang jantan (sebab ada kata jantan bila hal nie boleh jadi pondan). Malah kawan perempuan saya nie masih muda plus saya paling tua kena juga tolong mereka nie bukan. Saya boleh tau betapa takutnya mereka nie semasa mengambil barang mereka di asrama nie malah ada seorang nie pegang baju saya erat dan tak mau lepaskan kerna takut sangat.


Sekian dulu cerita saya nie ok, nanti saya akan sambung kisah asrama nie di “Asrama II”.


Kita sering kali mendengar kisah seram mahupun pengalaman seram setiap kali kita terdengar asrama. Dari asrama sekolah sehingga ke kolej mahupun U. Setiap kali ada asrama mesti ada kisah seramnya. Asrama baru mahupun lama ceritanya tetap sama. Kisah dari Senior kepada Junior agar cerita itu berterusan. Asrama satu perkara yang tak terlepas daripada didengari. Mahupun yang tinggal di asrama mahupun tak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan