Nie pula sambungan cerita saya yang saya mengalaminya
sendiri di hostel Inti kolej. Hanya
nama saya sahaja yang saya akan cover
manakala tempat pula saya akan beritahu tempatnya kerna ia hanya pengajaran sahaja nie pun kalau mau percaya la.
Dan cerita nie saya akan cerita
dalam bahagian selama yang saya hadapi selama 6 bulan belajar di INTI kolej.
Saya berhenti kerna ganguaan
daripada manusia dan tak nampak juga. Pada masa itu saya belum lagi jumpa my true
calling dan selepas itu saya memilih ATI kolej dan mengambil subjek yang
saya minat malah ia kira my true calling
la. Dah buang masa tulis yang bukan-bukan sudah, mari kita start cerita kita.
Bahagian 1
Bagi saya cerita yang saya bakal ceritakan nie maybe tak seram sangat mahupun
menakutkan kerna nie pengalaman yang
saya takkan lupakan. Bila saya ceritakan kepada orang lain banyak cakap saya
tembirang padahal ia benar malah pernah dipandang serong dari orang lain malah
sesaudara saya sendiri tak percaya kununnya saya nak menarik perhatian sahaja.
Kalau nak percaya mahupun tak ia terpulang kepada kamu. Cerita yang saya bakal
ceritakan adalah masa di Inti kolej saya pernah ada kakak angkat tapi bukan
manusia ia kira macam orang bunian yang tinggal di asrama tu sendiri. Mesti ramai tak percaya bukan? Memang benar saya ada
tapi sekarang dah tiada, nak tau
sebabnya nanti saya akan ceritakan.
Bila barang kepunyaan kamu telah dicuri semestinya kamu
mahu barang itu didapati semula bukan? Nie
juga berlaku pada saya, laptop dan handphones saya kena curi. Bila laporkan
kepada polis, fikirkan barang tu
dapat balik tetapi mana boleh kamu harapkan polis mencari ia semula malah tak
boleh diharap pun. Saya terpaksa
guna cara saya sendiri mencari barang yang kena curi tu. Memang sebelum saya kena memang ada kes laptop kena curi tapi ia terjadi kepada pelajar lain dan kira
asrama itu tak selamat sama sekali malah security pun tiada guna. Bila saya
kena pula, macam saya kena pukau langsung saya tak sedar masa ia berlaku bila
dapat tau barang saya dah kena curi. Hanya Tuhan tau perasaan saya pada masa itu.
Selepas 2 hari masih tiada berita mahu tak mahu saya guna cara saya.
Malam tu saya
bagi tau roommates saya kalau dengar
suara menjerit atau mengilai jangan masuk. Malam tu malam Jumaat, saya gunakkan cara saya dengan mematikkan lampu
dan dalam keadaan gelap saya hidupkan lilin. Hanya cahaya dari nyalaan lilin
keadaan bilik saya agak menyeramkan malah saya menggunakkan setanggi sebagai
jamuan. Saya menggunakkan medium
saya sebagai penghubung saya ia adalah pendulum
kristal. Ada sesuatu saya akan baca (maaf ia trade secret). Tunggu beberapa saat kemudian pendulum tu bergerak
dengan sendiri dan mangkin lama mangkin kuat ia berpusing. Bila saya mensoalnya
sekejab saja saya dapat jawapannya dan bila dapat tau sahaja ia sudah terlambat bagi saya untuk dapatkan barang saya
semula. Kalau saya cerita kepada polis mana diorang mau percaya bukan lebih baik simpan untuk diri sendiri bukan.
Walaupun saya tak dapat balik barang saya sekurang-kurangnya saya tahu siapa
yang mencuri tu akan terima
balasannya satu hari nanti.
Saya teruskan juga berhubung dan dari situlah saya
berkenal dengan penunggu di sana dan dia menjadi kakak angkat saya. Saya turut
mendapat tahu keadaan asrama tu sebelum
dibina di sana. Yang saya tahu bahawa tempat asalnya hutan dan betul-betul di
tapak asrama tu ada sebuah pokok ara
disana malah apa yang saya tahu ada 2 keluarga bunian tinggal di sana. Satu
keluarga nie kakak angkat saya nie bersama suaminya dan dua orang anak
perempuannya manakala sekeluarga lagi adalah pasangan tua yang tinggal di sana
juga. Nama kakak angkat saya nie
Nurcahaya itu masa saya sems 1 saya
tahu manakala pada sems 2 saya minta
kakak angkat saya tunjukkan mukanya dan ya memang saya tengoknya sendiri. Pada
jam menunjukkan jam 3 pagi dengan keadaan mamai saya nampak mukanya yang cantik
macam sumandak cukup cantik sangat, dia memperlihatkan dirinya di tepi tingkat
dan saya nampak dia dari pantulan cermin di almari. Sampai ke hari nie saya masih ingat lagi rupanya
walaupun sudah bertahun saya tak pernah berhubung dengan dia lagi. Peribadinya
malah saya boleh berkawan dengan anak-anaknya bila saya bersendirian dalam
bilik saya akan nampak kelibat anak-anak kecil berdiri disisi saya bagaikan ia
mahu bermain dengan saya. Kalau ada masa saya akan bermain bersama mereka nie.
Selepas sahaja saya mengambil keputusan untuk berhenti
belajar di kolej tu, keluarga saya dapat tahu yang saya ada kakak angkat disana
(bukan manusia). Mereka ambik keputusan untuk memutuskan hubungan tu dengan pertolongan orang yang pandai
dalam hal nie. Walaupun sayang
sekali tetapi ia harus dilakukan juga kerna
ia syirik dalam pandangan agama walaupun beragama Islam tetap dianggap syirik.
Kakak angkat saya nie ada kepandaian
yang mahu saya menerima tetapi saya tolak iaitu menolong orang lain dengan
mengubati mereka nie. Sebabnya saya
masih muda lagi dan saya masih belajar lagi. Bila sahaja orang yang pandai nie cuba memutuskan hubungan saya
dengan kakak angkat saya nie, dia
bercakap hubungan tu dah putus malah
dia nampak kakak angkat saya nie
menangis. Ia harus dilakukan walaupun sayu di hati saya nie meninggalkan kakak angkat saya nie yang menemani saya selama 6 bulan di Inti kolej.
Bahagian 2
Walaupun cerita nie
tiada kaitan langsung dengan kisah asrama, tetapi ia terjadi masa saya masih
tinggal di asrama tu. Cerita nie kira sambungan daripada kisah Asrama
I yang say pernah ceritakan dulu. Selepas seminggu daripada kejadian tu saya
jatuh sakit kira demam la sebabnya stress belajar di sana. Keluarga
meminta saya pergi berehat di rumah mak cik saya di kampung (di Dongongon) agar
demam saya cepat baik sebab udara sana baik untuk saya. Maka saya setuju dan
saya tak tau ada pengalaman paling
seram yang bakal saya alami nanti.
Mendiang mak cik saya mengambil saya dari asrama dan
menbawa saya terus ke kampung mak cik (satu lagi) yang tinggal di Kampung
Tanaki, Dongongon. Bila saya disana hanya sepupu saya saja tinggal di sana
manakala mak cik dan suaminya pula tiada rumah kira out-station menjual Gano
Coffee di pendalaman (time tu
barang tu masih sambutan ramai lagi
sekarang nie dah kurang sebab banyak
sudah product macam tu). Nampaknya
hanya dan kazen saya sahaja dirumah tu. Walaupun saya nie demam, sensor saya
masih lagi active. Rupa-rupanya mak
cik saya nie sedikit ketam batu
dalam hal menjimat karan dirumah kerna pada malamnya bukan main seram
rumah tu dan lampu yang hidup boleh
dikira. Pada masa tu la saya nampak
ada kelibat lembaga hitam betul-betul di atas tangga rumah tu. Lembaga tu hanya
berdiri disana dan ia tak menganggu penhuninya. Nasib baik tandas tu berada di dalam rumah kalau luar tak
ingin saya keluar kerna di sana
kalau malam memang seram dan sunyi sekali. Tetapi nie satu lagi ada saya nampak lembaga kecik macam duduk di penjuru
pintu dekat dengan tandas tu dan
saya buat tak tau la.
Lepas sahaja makan malam dengan kazen saya dan lepas makan ubat memang kamu akan rasa mengantuk
bukan? Maka pada hari tu saya tidur
awal la. Saya tidur di bilik utama
dia di tingkat atas dan berteman dengan kazen
saya nie. Walaupun kazen saya nie lelaki tapi kira penakut
dalam bab hantu nie malah bukan dia
berani pun kalau tinggal sorang-sorang
dirumah. Rupa-rupanya mak cik saya nie
ok saja kalau saya tinggal semalam disana kerna nak temankan kazen
saya nie dan keesokkan harinya baru
mereka akan balik. Masa tu macam kazen saya nie baru 15 tahun dan bagi saya nie dia nie macam Mat Romeo sangat (huh, apa nak jadi budak-budak sekarang nie). Balik pegi cerita saya nie,
walaupun gantuk bukan main tapi malam tu
saya macam tidur-tidur ayam. Sadap
saya kazen saya nie tidur tada rasa
langsung padahal saya pula susah mau tidur nie.
Entah pada malam tu, saya
betul-betul tak selesa langsung dan bila sahaja saya membuka mata saya.
Betul-betul ada lembaga hitam berdiri dekat tandas tu betul-betul tenung kearah saya (mak cik saya nie ketam batu sangat pintu tandas pun
sudah tercabut bukan mau repair
sebaliknya hanya gantung kain sahaja sebagai cover dia saja). Memang la seram
bukan main walaupun saya boleh tengok benda-benda nie tapi saya tetap rasa seram sangat. Lepas tu saya terus memejam mata saya dan harap ia hilang la, yang paling teruk bakal berlaku kepada saya nie. Walaupun saya tertidur sekejab saja dan sekali lagi saya
terbuka mata saya nie la paling
seram buat saya selain daripada pengalaman seram saya di Kondominium Wakiki,
Tanjung Aru. Betul di depan katil yang saya tidur nie, ada lembaga putih macam kelibat seorang lelaki lalu terus
tembusi dinding dan lebih teruk nie
pandai dia patah balik nie tue saya
nampak muka dia. Terus saya cover kepala saya dengan selimut dan terus baca
ayat-ayat suci yang saya tau
walaupun tungang terbalik bacaan sampai saya tertidur.
Esokkan harinya, demam saya belum baik lagi maybe gara-gara malam semalam.
Betul-betul saya tak harapkan perkara nie
berlaku akan tetapi ia tetap kena juga walaupun kamu cuba mengelak daripada
berlaku, what’s happen it’s will happen.
Pengalaman semalam yang saya hadapi tu,
saya tak ceritakan kepada kazen saya
nie kerna saya tak nak kasi dia
lebih takut (walaupun syiok nie
tengok dia takut). Tapi saya nie
kira baik juga la kecuali datang
gila saya la berabis saya kasi takut dia nie. Hari tu nasib baik
la kazen saya kasi teman saya pegi
bus station mau balik ke kolej saya
manakala dia pigi chruch.
Sampai sahaja cerita pengalaman saya nie, nantikan cerita pengalaman saya tinggal di rumah mak cik saya
di kampung tu dalam “Bunyi” dan
“Benci nombor ekor”.
Rasanya kemungkinan malam tu yang saya nampak tu adalah
tempat mereka berlimpas. Mesti ada
tempat macam tu tak kira dimana-mana
memang sandis bila ternampak nie. Kalau saya memang mau kena mini heart-attack juga. Saya nie
manusia juga perasaan takut memang ada malah semua kehidupan dalam dunia
pun tau takut juga. Bila ia terjadi
kepada kamu adakah anda berani mahupun takut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan