Kisah nie
berlaku kepada saya masa itu saya masih berlajar di Smk Muhibbah, Sandakan,
Sabah. Nie adalah pengalaman pertama
saya menghadapi perkara nie. Dan
pada masa tu timbul rasa minat saya
dalam dunia misteri and angker. Masa nie
juga saya belum sedar akan keunikan yang ada pada saya dan pada masa itu
saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun saya ada keunikan ini. Kebolehan
untuk merasa kehadiran dan nampak mereka (Roh dan Hantu). Masa tu juga saya mulai berjinak-jinak ke arah
meramal nasib (tapi sekarang jarang sekali saya buat kecuali saya ingin
mengenali seseorang yang baru saya kenal) dan masa tu juga saya selalu membuat ramalan cuaca sama ada hujan ke tak.
Masa itu saya cukup active dalam
aktiviti koir sekolah kerna pada
masa itu saya mengambil pendidikan muzik (pada masa itu hanya sekolah nie sahaja mengajar mata pelajaran nie). Saya mengikuti sejak saya
tingkatan 1 sehingga saya di tingkatan 5. Menang atau kalah itu adat
pertandingan hanya satu sahaja penting menaikkan nama sekolah dan menbuktikan
kami boleh melakukannya.
Balik ke cerita saya, masa tu saya tingkatan 4 dan pada masa itu kumpulan koir kami menang
peringkat Sandakan 2 kali berturut-turut atas jasa Guru muzik kami pada masa
itu Cikgu Albert. Dan pertandingan peringkat Sabah akan diadakan di Dewan
Perpustakaan Tawau. Kami memang seronok betul dan lagi seronok bagi saya dan
beberapa kawan kami abis PMR, dah masa untuk enjoy.
Pada 9 September, kami bertolak dari sekolah pada awal
pagi ke Tawau.Berteman sorang guru lelaki dan dua guru wanita, dan seramai 45
pelajar. Harapan kami besar untuk mencuba menaikkan nama sekolah ada bagi
setiap ahli koir kami dan tahun lepas kami mendapat no.4 nie masanya kami cuba
naik lagi. Bila sahaja kami sampai, penganjur menempatkan kumpulan kami di
sebuah sekolah rendah baru (Sk Jambatan Putih, Tawau) dan tempat tidur kami
berada di tingakat 4 sekolah tu.
Hanya kumpulan kami saya ditempatkan di sekolah tu dan kumpulan lain ditempatkan di sebelah sekolah itu. Sekolah
kami duduk tu berada di
tengah-tengah diantara dua lagi sekolah rendah bersebelahan. Dewan makan
ataupun kantin berada di sekolah sebelah dan kami kena berjalan kaki ke sana.
Pada malam pertama, walaupun letih kerna pejalanan kami
ke sana memakan masa 4 jam dan kami mampu membuat latihan suara sebelum kami
rehat. Bilik untuk pelajar lelaki berada
di blok A dan manakala pelajar perempuan di blok B, ada bilik mandi di tingkat
bawah blok C. Pada malam nie tiada
sebarang perkara terjadi.
Pada malam kedua, latihan kami mulai bersungguh-sungguh
kerna esok harinya pertandingan peringkat negeri Sabah. Berdebar-debar kami
menunggu dan akhirnya ia tiba. Walaupun suara koir kami Power sangat tetapi dari dulu disiplin kami teruk. Buat bising
tanpa henti baik pelajar perempuan mahupun lelaki memang sama saja. Kalau saya
kiranya mau marah pada dorang nie kerna bising sangat tapi saya hanya
mampu bersabar sahaja. Malam nie
hanya berlaku kejadian aneh, ingat tak masa tu ada keluar berita bahawa planet
marikh dekat dengan bumi dan pada malam tu
kami nampak sangat lingkaran bulat yang besar pada bulan. Nie menunjukkan ia
adalah planet Marikh.
Pada hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Walaupun letih
tetapi hasilnya, kami mendapat tempat ke-4 lagi kerna kami tak mempunyai wakil pengadil daripada Sandakan. Dan kami
menganggap berat sebelah kerna 4 pengadil itu dari sekolah pihak lawan dan
semestinya pengadil itu akan memenangkan kumpulan dari sekolah mereka sendiri
bukan. 1 hal lagi pengadil yang asal tak dapat datang dan terpaksa mencari last minute punya pengadil iaitu wakil
seorang guru dari pihak kumpulan lain.
Pada hari ketiga dan pada malam terakhir kami disana.
Cikgu kami bagi kami 1 kumpulan green
light untuk berjalan-jalan di Bandar Tawau selepas pertandingan itu. Itu
malas saya nak ceritakan, baik ke part seram. Pada malamnya, entah dari mana
seekor kumbang hitam bersaiz besar datang menyerang kami di bilik penginapan
kami pelajar lelaki kemudian ke pelajar perempuan. Yang hairannya, ia hanya
menyerang pelajar yang membuat bising sahaja (saya nie tak buat bising, pendiam kalau bercakap tu ada limit tak nak
macam orang tak siuman terjerit sini sana). Tepat pada jam 6 petang semasa kami
menuju ke ruang makan, ada seorang pak cik sekurity memberitahu bahawa sekolah
yang kami menginap nie berpenunggu. Pada fikiran aku patutlah, kalau saya
bersendirian saya ada merasakan bagai ada seseorang memerhati kamu dan sama kes
bila di dalam tandas seorang diri. Saya ada sedikit ilmu mengenai perkara
misteri dan aneh, saya memberitahu kepada kesemua ahli kumpulan koir kami agar
bersenyap dan saya juga menceritakan mungkin kerna kita terlalu bising pada malam kedua, penunggunya marah
dengan kita. Saya menasihatkan agar mereka memohon maaf dan mereka juga harus
tidak membuat bising lagi. Dan juga saya menasihatkan agar yang beragama Islam
untuk bersolat manakala yang bukan beragama Islam untuk berdoa berdasarkan
agama yang mereka anuti. Saya dan ahli lain menuju ke bilik solat yang terletak
di tingkat 2 blok C.
Selepas solat, saya ada menasihati ahli lain untuk
berzikir. Pada masa itu bila saya menjenguk ke arah luar bilik solat, saya
ternampak kelibat perempuan memakai tudung berwarna putih berdiri di tingkat 4
blok B dan dia bagaikan tersenyum. Rupa-rupanya bukan saya sorang jee nampak junior saya turut nampak dan saya
memberitahu agar tidak memberitahu kepada lain kerna nie boleh membuat ahli lain ketakutan. (Tapi pecah juga
semasa kami sudah pulang di Sandakan.)
Pada masa tu,
saya dengan kawanku T (samaran) bersependapat untuk menguna petua tu. Maka kami berdua mengambil
keputusan untuk ke dewan makan yang disebelah sekolah untuk meminta bawang
merah dan putih. Kira seram juga kami berdua berjalan ke dewan makan tu malam-malam, tidak tau la kawan saya nie rasa ke tak kerna time
tu saya ada rasa macam ada orang tengok kami berjalan ke dewan makan. Bila
saja kami dapat bawang merah dan putih kami terus agihkan kepada ahli kami
untuk diletakkan didalam bilik.
Oleh kerna sekarang
nie kami senyap sangat, nie membuat guru pengiring kami hairan
dan menanyakan sebabnya. Ada yang menceritakan hal tadi dan salah seorang guru
pengiring iaitu guru perempuan cina turut mengiakan hal tadi. Dia menceritakan
semasa dia sedang mandi di bilik mandi ditingkat bawah blok C, dia ada
terdengar suara seseorang sedang menyanyi dan dia sangkakan mungkin salah satu
ahli perempuan kumpulan kami tetapi masa tu
hanya dia sorang saja masa tu. Dia
mandi dan memakai pakaiannya secepat kilat sebelum menuju ke bilik penginapan
pelajar perempuan. Seram sejuk masa perkara tu diceritakan terjadi.
Apabila kami pulang semula ke Sandakan pada keesokkan
harinya, semua kami dinasihatkan agar bersihkan serta kemas bilik penginapan
kami sebelum kami balik.
Apabila di sekolah, satu persatu kawan member kumpulan
koir kami keluarkan gambar yang diambil semasa kami di Tawau. Salah seorang Junior saya, ada mengatakan dia ada
terambik gambar ganjil semasa pada malam ketiga tue dan semasa dia mengambil gambar tue saya dah tidur
(banyak pakai tenaga punya pasal time
kena kacau tue dan time tu juga saya tolong). Dia kata
lagi dia tertangkap ‘Orb’ iaitu berbola
semangat ataupun roh, tetapi bagi saya pula ia adalah pantulan cahaya. Tetapi
ada yang lebih jelas bahawa dia ada tertangkap susut tubuh seseorang di luar
tingkap dan ya itu benar kerna ia
bagaikan mengadap mereka dari dalam.
Bila saya tanya apa masa diorang baru buat time
tue, rupa-rupanya diorang buat bising balik patutlah! (time tue lelaki jee yang
bising not for the girls).
Satu lagi kes saya jadi antu nombor, OMG! Bila
saja kami pulang, kawan setingkatan dengan saya (pun salah satu ahli kumpulan
koir) ada menceritakan kepada pak cik security sekolah kami accident di Tawau
bahawa saya ada tolong time tu. Pak
cik security nie (ada juga ilmu
dalam bab-bab nie juga dan boleh
mengurut kalau ada sakit badan) tanya kalau-kalau penunggu tu ada bagi nombor. Saya nie
anti nombor ekor so sorry saya tak
mau layan tentang hal nie. (Saya dah
tak layan dia dekat 2 minggu sebelum saya kasih tau dia yang saya nie
anti ekor agar dia faham. Dia faham juga dan sampai sekarang nie dia masih tak berubah-ubah juga.
Haram oi pak cik) Pak cik kawan
rapat keluarga saya kira bomoh la
dan kadang-kadang dia masih tanya kalau-kalau saya ada hubung dengan dia lagi (Dyus) biasanya saya jawab kadang-kadang
dia ada.
Nielah boleh dikira sebagai pengalaman paling aneh dan ganjil
yang saya alami. Nantikan sambungan cerita saya pada bahagian ke-2 cerita
pengalaman saya nie.
Sekian.
Kita sering kali diingatkan oleh orang tua kita, bila
kita pergi ke tempat baru haruskan memberi salam atau meminta izin dahulu. Jika
terlupa sahaja petua nie semestinya
ada perkara aneh mahupun kemalangan ganjil akan berlaku. Moral dari pengalaman
saya nie bila ditempat baru selalu
ingat kita nie bukan seorang je kat sana dan benda lain ada di situ.
Ingat Tuhan dan sentiasa pegang pada prinsip nie “Selagi kita tak buat kacau sama mereka maka mereka tak akan
kacau kita balik”. Jadi ingat bila ditempat baru seperti hotel dan asrama, beri
salam dulu sebelum ketuk pintu tu 3
kali, barulah kita masuk. Dan sama kes dengan di hutan dengan memberi salam dan
meminta izin dulu sebelum mahu hutan dan nie
boleh dipakai semasa naik gunung. Kalau di sungai atau air terjun, memberi
salam dan lap sedikit air dimuka dan selawat. Di laut pula, salam dan izin.
Kemana-mana sekali pun kalau boleh ingat bawa beberapa ulas bawang merah
sebagai dinding daripada benda nie
dekat dengan kamu.Walaupun ia sedikit karut tapi nie turun-temurun dari nenek moyang kita lagi tak kira agama
mahupun bangsa, semua kita ada petuanya. Sama ada mahu percaya ke tak ia
hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerna
“Air yang tenang jangan sangkakan tiada buaya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan