Sekarang saya ceritakan pengalaman saya yang saya tak
akan lupakan sampai bila-bila. Pengalaman seram nie masih segar diingatan saya dan setiap kali saya melihat tempat tu mesti saya ingat balik kejadian yang
saya alami di tempat angker nie. Ia
membuat saya trauma setiap kali saya melihat tempat tu.
Kejadian nie
berlaku pada tahun 2007, yakni hari saya keluar daripada daerah Sandakan buat
pertama sekali untuk menyambungkan pelajaran saya. Disebabkan saya menerima
surat penerimaan yang saya terima selepas SPM tetapi saya tolak disebabkan
surat tu lambat sedikit dan pada
masa saya telah memasuki sekolah lain untuk mengambil sijil dalam akaun. Itu
kisah lama dan hanya satu sahaja dengan maju ke hadapan. Kolej yang menarik
perhatian saya adalah INTI kolej yang terletak di Putatan.
Semasa di Kota Kinabalu, saya bersama mak saya bermalam
di rumah mendiang mak cik saya. Kerna
pada masa itu mendiang cukup gembira dan menerima kami untuk bermalam di
rumahnya lepas dia mengambil kami di lapangan terbang KK. Tak menyangka bagi
saya ia adalah pengalaman paling
seram bagi saya semasa bermalam di rumah mendiang mak cik saya nie. Tempat itu tak lain tak bukan
adalah Kondominium Wakiki, Tanjung Aru. Tempat itu semasa penbinaan ada kes
telah berlaku dengan kemalangan jiwa serta pernah ditinggalkan selama beberapa
tahun sebelum diambik alih oleh syarikat lain kerna sudah tiada berita daripada syarikat lama yang mengendali
kondominium maka ia ditinggalkan.
Walaupun kondominium adalah berciri mewah tetapi tak ramai yang tinggal di
sana.
Balik ke kisah yang saya bakal ceritakan nie, pada masa itu saya masih belum
tahu lagi yang saya ada kebolehan untuk melihat, mengesan dan merasai kehadiran
benda-benda halus yang manusia tak boleh nampak. Ia adalah perkara yang paling seram bagi saya sepanjang malam saya
bermalam di rumah mendiang mak cik saya. Bagi saya hanya biasa sahaja semasa
saya kali pertama menjejakkan kaki saya di kondominium angker nie, kira seronok juga kerna sudah lama
saya tak pergi KK. Lepas sahaja bermakan malam dengan mendiang mak cik saya di
luar dan lepas meronda-ronda di bandar KK, kami terus balik ke kondominium.
Pada masa selepas mendiang mak cik saya meletak kereta sahaja di tempat letak
kereta, saya terasa seram sejuk sahaja bagaikan ada orang memandang tajam ke
arah saya malah semasa di dalam lif juga perasaan seram itu tak dapat dibuang.
Lepas sahaja keluar daripada lif perasaan itu tetap tidak lari bagaikan ia mengikut setiap pengerakkan kamu tak
kira dimana-mana kamu pergi. Semasa di rumah mendiang mak cik saya barulah
perasaan itu hilang.
Sangkaan saya memang menjadi nyata kerna perasaan yang
saya alami tadi tak akan berulang lagi tetapi ia salah, pengalaman seram saya
lebih teruk akan berlaku pada malamnya. Malam tu saya dan mak saya tidur lewat
sedikit dekat tengah malam agak-agak 11malam begitu. Kish seram saya berlaku
semasa tepat tengah malam sehingga jam 3pagi.
Nie saya cerita seperti saya ingat, selepas sahaja mak saya
matikan lampu untuk tidur disitulah ia bermula. Saya tidur berdekatan dengan
meja cermin make-up manakala mak
saya dekat dengan pintu jamban. Bila sahaja saya nak terlelap saya terdengar
bunyi dekat meja tu macam b mengacau barang di situ, saat saya terbuka mata
saya. Betul-betul saya ternampak ada lembaga kecil sedang mengacau barang di
meja tu, apa lagi saya kejutkan mak saya supaya buka lampu. Dan bila sahaja
lampu dihidupkan lembaga itu telah hilang. Saya terus memberitahu mak saya apa
yang saya telah lihat dan mak saya hanya meletakkan gula-gula di meja tu, malah
saya juga turut meminta mak saya tukar tempat tidur kerna pada masa itu jantung
saya berdenyut kencang yang melampau sangat.
Kisah itu tak berakhir di sini sahaja, selepas sahaja
terlelap sekejab entah mengapakah dengan sendiri nie saya terbuka mata dan melihat di depan saja. Betul dihadapan
saya lembaga hitam berdiri di depan katil keadaan nie cukup menakutkan saya malah saya ada membaca ayat-ayat suci
Al-Quran barang itu tidak mahu hilang malah medekati saya, terus saya
menyelimutkan seluruh diri saya dan terlelap. Bila saya buka selimut saya
sekali lagi nak di atas katil mak saya ada lembaga hitam macam bentuk kepala
sahaja. Dengan keadaan takut saya terus baca apa yang patut dan tutup mata saya
semula dengan harapan ia lari. Tetapi
ia tak benar dan nie adalah paling teruk sekali dalam
hidup saya apabila saya melihat sesuatu yang dahsyat sekali dan tak akan saya
lupakan. Ia berlaku pada masa dekat
jam 3pagi, bila sahaja saya membuka mata saya selepas kejadian tadi tu.
Betul-betul dihadapan saya benda tu duduk di tepi katil mak saya, nak menjerit
tetapi suara tak nak keluar. Lembaga berwarna hijau malah bentuk keseluruhnya
saya nampak bagaikan ia seorang
lelaki tua dengan berpakaian baju berpetak-petak plate macam style orang
dulu-dulu. Ia memandang ke arah saya sebelum menghilangkan dirinya, terus saya
kejutkan mak saya supaya hidupkan lampu bilik. Mak saya menanyakan mengapa
mengejutkan dia dan saya memberitahu kesemuanya kepada dia; terus dia pergi
dapur mengambil bawang merah dan putih. Dia meletakkan di tepi katil saya dan
menjaga saya sehingga saya tertidur. Kemudian its history sebab saya dah tertidur dan tak tau apa yang berlaku
selepas itu.
Pagi itu, kejadian malam itu betul-betul angker bagi saya
malah ia memberikan saya trauma
kepada tempat itu. Mak saya memberitahu saya agar tak memberitahu kepada
mendiang mak cik saya dengan pengalaman malam tu kerna tak mahu melukakan hati
mendiang malah menolak kebaikkan yang dia telah berikan kepada kami. Dan mak
saya memberitahu kepada saya juga yang dia sendiri pengalami sendiri dan
membuatnya terbangun daripada tidurnya. Dia betul-betul merasakan ada benda
macam tangan sejuk menyentuh dia di lengan dan membuat dia terbangun dari
tidurnya itu pun selepas saya tidur.
Kejadian itu bagaikan memberikan saya jawapan mengapa
tempat tu berhantu malah semasa pembinaannya pernah berlaku kematian. Selapas
malam tu, keadaan malam yang lain
sudah tiada gangguan kerna mak saya saya membeli Ingu dan limau sebagai
perlindung; selama 6 hari di sana bagai tiada apa-apa.
Pernah sekali tu,
saya secara sukarela menolong mendiang mak cik saya membuang sampah. Perasaan
itu datang balik dan macam ada benda melihat kamu sepanjang jalan dari lif ke
tempat perbuangan sampah. Dengan keadaan seram sejuk saya mempercepatkan
perjalanan saya terus ke rumah mendiang mak cik saya nie. Dan pernah sekali saya melihat dari tingkap ke arah kolam
renangnya pada waktu malam, ternampak bagaikan ada lembaga berenang-renang di
kolam renang sebelum ia menyelam dan
ghaib.
Tak kira malam mahupun siang keadaan di sana cukup
menyeramkan bagi saya, biar saya cerita keadaan kondominium tu. Ia mempunyai 2
taman permainan dan satu boleh nampak dari jalan raya manakala satu lagi di
bahagian belakang kondominium malah tiada kanak-kanak pergi bermain di sana.
Kolam renangnya adalah kemudahan yang diberikan kepada penhuni kondominium
dengan kata nama lain ia free dan
tak kira siang atau malam penhuni boleh mengunakan ia malah ia ada
kemudahan bilik mandi selepas berenang di kolam renang itu. Tak semua di
kondominium nie sama hanya tingkat1-5 sahaja yang 100% dihuni manakala tingkat
diatas tak banyak yang menhuninya. Tingkat 1-5 ada kira 1 unit manakala tingkat
6-12 adalah unit yg unik yang mempunyai 2 tingkat kira macam rumah la. Nombor
pada lif juag berbeza dengan 1,2,3,4,5,6,8,10,12 dan 14. Hanya 2 tower sahaja
sampai ke tingkat 12 manakala hanya satu sahaja yang sampai ke tingkat 14. Bagi
unit macam rumah nie tak banyak yang
tinggal disana malah jiran kira berjauhan juga. Tempat letak kereta malah
berjauhan bergantung kepada nombor rumah dan tempat letak kereta bagi tetamu
pula berjauhan lagi dan berdekatan dengan pondok pengawal. Kondominium nie kebanyakkan warga Korea dan sedikit
orang putih turut tinggal di sana, bilang yang local tak banyak. Sewa bagi kondominium pula boleh menyewa mengikut
minggu, bulan mahupun tahun (sudah tak ingat bayaran untuk menyewa kondominium nie) dan hanya masa cuti sahaja ramai
warga Brunei menyewa di sana bukan di unit yang besar tetapi di unit yang kecil
sahaja.
Syukurlah mendiang mak cik saya sudah tak tinggal di sana
sudah selepas beberapa tahun dan berpindah ke rumah asalnya selepas renovation. Setiap kali saya terpandang
kondominium tak kira siang mahupun malam ingatan saya pada malam itu tak akan hilang
dari ingatan saya buat bila-bila.
Mungkin orang Sabah sendiri tidak mengetahui bahawa ada folklore tentang tempat tu malah pernah diceritakan bahawa
tempat tu ada penunggu yang suka
makan ikan nelayan di sana. Dengan kebijaksaan seorang nelayan di sana
memperdayakan hantu tu dengan kerja
yang sia-sia dengan menyuruh ia
mencari bahagian sebelah ikan sebelah. Selepas itu hantu tu tak mengacau lagi sebab masih mencari bahagian tu.
Sekian.
PS: saya pernah menceritakan kejadian nie pada Uncle Seekers
dengan harapan boleh membantu tetapi ia membuang
masa sahaja, Saya mengharapkan pandangan bukan butiran yang mengarut tentang
tempat tu. Lepas tu tada balas dari dia lagi dan email
tu saya masih simpan.
Sampai di sini sahaja cerita saya nie, nantikan cerita pengalaman saya yang lain yang bertajuk “Asrama I”.
Ingat tempat yang ditinggalkan tiada benda lain tinggal
di sana, dunia nie bukan kita
manusia sahaja yang tinggal di dunia nie
malah ada mahluk Allah lain turut berkongsi tinggal di dunia nie. Bila kita di tempat baru mesti
kita ingat memberi salam dahulu sebab ia
tempat yang aneh bagi kita. Ia hanya
langkah berhati-hati sahaja jika tak ia
akan datang mengacau.
Wahhh seram juge ye
BalasPadamBoleh minta maklumat tntg rumah makcik kamu ini ..camna Sy mau hubungi kamu ya
BalasPadam