Cerita ini mengenai sebuah bilik yang terkunci dahulunya
ia adalah semua bilik muzik, di sebuah sekolah yang terletak dekat dengan hutan
simpan. Sekolah St. Raphael dah berusia dekat 100 tahun dan di bina apa era
zaman jajahan British. Dan sekolah ini masih digunakan sehingga kini. Dan kisah
bilik terkunci akan terbuka dengan cerita yang seram.
Pada awal-awal pagi, bila pelajar mulai memasuki
perkarangan sekolah. Tidak tahu dari mana bunyi jeritan guru wanita mengegarkan
sekolah. Pelajar serta guru berpusu-pusu ke arah jeritan, di mana terkujur satu
mayat pelajar perempuan di bawah tangga sekolah. Ada yang terkejut, ada juga cuba mententeram
pelajar lain daripada melihat mayat itu. Si mati bernama Juana Ismail dari
kelas 3 Perak dan merupakan pelajar yang mendapat kepujian terbaik di sekolah
tersebut. Sebuah kereta ambulans dan sebuah kereta polis masuk ke perkarangan
sekolah. Polis membuat siasatan bahawa si mati membunuh diri dengan melompat
dari bahagian atas sekolah. Suzana merupakan kawan karib kepada si mati turut
disoal siasat bagi membuat siasatan mengapa si mati membunuh diri. Selepas
disoal siasat, muka Suzana mulai pucat dan meminta gurunya untuk ke bilik
rehat. Ada juga rakan sekelasnya menanyakan perihal si mati, sehinggakan Suzana
menolak setiap satu soalan yang diajukan dengan alasan tak sihat. Keesokan
harinya, pihak sekolah memberikan hari cuti 2 hari kepada pelajarnya bagi
membolehkan pihak polis membuat siasatan.
Suzana berasakan kehilangan kawan karibnya sesuatu yang
tidak sepatutnya berlaku. Dia kenal sangat Juana sejak mereka di bangku sekolah
rendah lagi dan dia tak sangka bahawa Juana samggup membunuh diri. Dia ada juga
merasakan kelainan pada sikap Juana semenjak dua hari. Juana mulai bersendirian
dan mudah terkejut, malah dia juga pernah ternampak Juana tersenyum dan
menangis sendiri sebelum dia membunuh diri. Dengan tiba-tiba telephone bimbitnya
berdering, Suzana melihat bahawa Jamil teman lelaki menelefon. Juana merupakan
kembar kepada Jamil, mengatakan mahu berjumpa dengan Suzana di taman di mana
dia dengan Suzana berjumpa dengan khabarnya ada perkara penting harus
dibincangkan.
Di taman, Jamil duduk di pondok sementara menunggu
Suzana. Suzana mengucapkan takziah dan memohon maaf kerana tidak dapat ke
pengebumian Juana disebabkan dia mudah dapat asma di awal pagi, sebelum duduk
bersebelahan Jamil. Jamil ada mengatakan kelakuan Juana amat berbeza sekali
sebelum kematiannya, dengan dia lebih suka bersendirian di biliknya dan kesemua
repilka piano akan dihancurkan oleh Juana. Suzana ada juga perasan dan dia
menceritakan kelainan yang dia nampak sebelum kematian Juana. Jamil meletakkan dairi Juana di atas meja dan
melihatnya dengan sayu. Suzana menanyakan mengapa membawanya buku dairi Juana
kepada dia. Jamil mengatakan kematian Juana ada kena mengena apa yang tertulis
apa diarinya dan Jamil mengetahui selepas terjumpa diari Juana di bawa katil.
Dan dia membacanya dan berasa terkejut kerana ia tertulis dengan darah. Jamil
berikan kepada Suzana untuk menbacanya.
Pada malam kematiannya, Juana ada menulis diari
mengatakan dia sudah tak tahan dengan bunyi lagu tu berterus-terusan tanpa
henti. Ini disebabkan secara tak sengaja dia terjumpa bilik berkunci di
bahagian blok lama sekolah semasa menghantar buku lama ke stor. Dia cuba
menbukanya dengan memecahkan kuncinya, dan melihat dalam bilik itu. Bilik itu
sebuah bilik muzik yang lengkap dengan kesemua alatan muzik dan Juana
terpandang kepada piano usang. Dia cuba menekan piano tetapi ia tak
mengeluarkan sebarang bunyi. Juana berasakan sayang sekali bilik ini dah tak
digunakan lagi dan dia tertanya-tanya kenapa dia berkunci. Apabila dia mahu
keluar dari bilik itu, dengan tiba-tiba piano itu berbunyi dan memainkan lagu
yang ganjil baginya sebelum apa-apa terjadi dia terus lari meninggalkan. Juana
merasakan seram selepas kejadian dan dia terdengar lagu yang dia terdengar di
bilik terkunci lagi, ia membuatkan dia menjerit ketakutan. Dia ada membuat siasatan
bahawa Nama lagu itu “Gloomy Sunday”,
lagu yang boleh membuat seseorang itu membunuh diri. Lagu itu terus-menerus dia
mendengarnya dan membuat Juana tekanan. Pada malam itu juga dia mahu menbakar
piano itu juga agar lagu tu berhenti.
Jamil dan Suzana berpakat untuk ke sekolah malam ini
juga, untuk membuat siasatan bilik berkunci itu juga agar membongkarkan puca
kematian Juana. Tepat tengah malam, mereka memecah masuk ke sekolah dari pintu
belakang kerana mereka merasakan blok lama sekolah berada berdekatan dengan
pintu belakang. Berbekalkan lampu suluh, mereka melangkah berhati-hati ke arah
bilik berkunci. Di hadapan pintu bilik berkunci, Suzana mulai berasa seram
kerana ruang itu gelap. Suzana tertangkap macam bunyi muzik, ia bagaikan datang
dari bilik berkunci.
“ Hey Jamil kamu ada terdengarkan bunyi tu? Macam bunyi tu datang dari bilik nie
sahaja.” Bulu tenkuk Suzana mulai naik ketika dia menarik lengan baju Jamil.
“ Ada juga nie,
tapi bukankah hanya kita berdua saja ke di sekolah nie.’’ Jamil mulai terdengar bila dia mendekati pintu bilik itu.
Dom! Dengan tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dengan
sendiri. Suzana dan Jamil menjerit dengan serentak selepas mereka ternampak
kelibat Juana di dalam bilik itu, yang sedang bermain piano itu. Jamil mencuba
menarik Suzana yang mulai kaku selepas melihat roh Juana yang mulai berjalan ke
arahnya. Mereka mencuba lari keluar tetapi malangnya pintu itu tertutup dengan
sendiri dan ia membuat mereka terkunci di bilik itu. Lagu itu terus
berkumandang dan terus-menerus bermain. Muncul satu kelibat tetapi ia lain
daripada sekarang di mana roh Juana mulai menangis darah. Kelibat itu ada
seorang lelaki bertocang berwarna putih dan mempunyai berbelah muka biasa dan
sebelah mukanya rangka.
“ Tak sangka ada
juga manusia mahu mendengar lagu ku,
jadilah salah seorang peminat saya seperti mana gadis nie menjadi peminat ku. Mari saya mempersembahkan lagu ku “Gloomy Sunday” kepada kalian berdua.” Kata lelaki itu sambil
ketawa.
Pihak polis mulai kebingungan selepas mereka menemui
sepasang mayat lelaki dan perempuan di bawah tangga di awal pagi, dan cara
kematian hampir sama dengan kes bunuh diri Juana. Keadaan mayat mengiring bagai
mereka memandang satu sama lain dengan keadaan mata menangis darah.
Tamat.
...........................................................................................................................................................................
Nampaknya kita tahukan apa terjadi kepada mereka berdua
bukan? Bilik berkunci tetap berkunci dan sentiasa menantikan mangsanya yang
baru. Kisahnya begini sekolah itu bekas sebuah rumah seorang pemuzik dan yang
cukup terkenal dengan bermain piano. Tetapi malangnya dia dibunuh dengan kejam
di atas piano kesayangan oleh kekasihnya kerana kekayaannya. Kekasihnya lari
dan pulang ke negara asalnya England dengan kesemua kekayaan pemuzik itu tetapi
mati secara misteri bersama-sama dengan kekasih barunya. Dan pihak British
mengambil keputusan untuk mengubah rumah agam itu kepada sebuah sekolah. Dan roh
pemuzik itu kekal di sekolah dan memilih bilik muzik itu tempatnya ia kerana
disitulah dia dibunuh. Ramai pelajar kerasukkan dan membunuh diri di bilik itu,
walaupun bilik itu disucikan tetapi ia tak membawakan sebarang kesan. Pihak
Sekolah mengambil keputusan untuk menguncinya dan cuba melupakannya. Tetapi
sayang ada juga pelajar memasuki bilik itu dan menjadi mangsanya. “Gloomy Sunday” masih berkumandang
mencari mangsa baru buat tuannya untuk menjadi temannya buat selamanya.
Adakah anda mahu menjadi teman pemuzik itu?..
..........................................................................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan