Keadaan koridor sekolah agak menyeramkan bagi Joey
apabila bersendiri berjalan pada tengah malam. Kalau bukan kerana cabaran
daripada Danny dan Jun, dia tak akan pergi ke sekolah malam-malam buta macam
nie. Bukan dia tak tahu sekolah ini pernah ada kes 3 tahun dulu dengan kematian
pelajar membunuh diri dan dia sentiasa berfikir adakah roh mereka masih lagi
berada di sekolah ini. Cabarannya kena berjalan ke arah blok lama Sekolah St.
Raphael di mana terletaknya bilik berkunci kemudian mambuat tanda “X” pada muka
pintu. Joey merasakan tak sedap hati sejak dia menjejakkan kakinya di kawasan
sekolah dan berasakan bagaikan ada sesuatu sedang memerhatinya oleh sesuatu.
Hati Joey mendenyut kencang bila dia memasuki koridor
blok lama, kalau diikutkan hatinya dia dah lama cabut meninggalkan sekolah nie
tetapi dia tak mahu digelarkan pengecut oleh Danny. Tiba-tiba, ada sepasang
tangan mencuit belakang Joey, dia hampir menendang sesiapa sahaja yang mencuit
dia tetapi dia sempat menbehentikan tindakannya. Rupa-rupanya Jun yang
mencuitnya dari belakang.
“Hey Jun! Kau
dah gilakah mau cuit saya dari
belakang, sikit lagi saya nak tendang kau tau.”
Joey naik berang dengan tindakan Jun sebelum menanyakan mengapa dia di sini.
“Sorry lah
Joey. Saya tak sengaja mahu cuit kau dari belakang mana mungkin saya mahu
panggil kau bukan saja kau tendang saya mungkin terajang aku juga. Saya tau lah kau ada ilmu seni pertahankan
diri. Saya nampak kau masuk, jadi saya ikutlah janji ada kawan. Mana saya
berani masuk sini tak berteman, gilakah. Nie
pun cabaran gila Danny juga.’’ jelas Jun si gadis berbangsa cina kepada Joey
kawan lelakinya sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi sama juga dengan Danny.
Jun mulai terpegun bila dia melihat lembaga hitam di
belakang Joey. Hendak menjerit tetapi suara tekaknya bagaikan tak menbenarnya
untuk menjerit untuk memberi amaran kepada Joey, di mana dia belum sedar ada
lembaga hitam di berlakangnya. Dia mulai menanya kepada Jun mengapa dia
menbisu. Jun menunjukkan macam ada sesuatu di belakang. Bila saja dia menoleh
ke belakang, dia nampak jelas lembaga hitam yang kelihatan seperti pontianak.
Dia terus menarik Jun dan terus lari ke pintu keluar. Dan pontianak itu mengillai dan terus mengejar mereka berdua.
Joey merasakan dia hampir terkencing begitu juga dengan Jun, bila mereka sampai
ke pintu belakang dan mendapati ia berkunci. Mereka mulai panik dan Jun mulai
menjerit dan menangis bila mereka melihat pontianak itu mulai dekat dengan
mereka.
“ha ha ha,
lawak juga saya tengok kamu berdua menangis dan menjerit macam budak-budak nie. Fikir berani sangat rupanya tak.
Lawak klasik! Nasib baik saya tak rakam kalau saya rakam terus masuk dalam Youtube.” Dari Dannny yang menyamar menjadi pontianak.
“Sial kau Danny, itu tidak lawak sama sekali.” tenking
Joey kepada Danny yang masih belum behenti ketawa.
“Danny that not
funny! Kau nie jahat sangat.”
marah Jun yang masih menangis teresak-esak.
“Korang tak
boleh terima lawak ke? Bukan korang
berdua juga benar-benar mahu membuat cabaran saya juga kan.” Gelagat Danny masih menunjukkan dia masih geli hati melihat
gelagat mereka berdua.
“Lagipun hantu mana wujud! Apa mau takutkan. Itu hanya
ilusi dari otak korang saja.” Kata Danny
dengan angkuh.
Dengan tiba-tiba bunyi kilat berdentum bagaikan
menandakan sesuatu buruk akan berlaku. Mereka bertiga mengambil keputusan untuk
balik dan merasakan malam ini mahu hujan. Dari jauh lembaga lelaki bertocang
menengok dari tingkap bilik berkunci, dengan matanya mulai menyala merah dengan
kemarahan selepas dia melihat gelagat budak itu dengan angkuh memalukan
dirinya. “
Budak nie tak
takut pada ku, nanti kau. Kau akan
kena juga selepas memalukan aku dengan menyamar menjadi pontianak. Nanti kau
budak, saya sendiri akan kenakan kamu ini.” Sebelum ketawa dengan menyeramkan.
Keesokkan harinya.
“Selamat pagi kawanku yang hensem dan cantik Joey dengan Jun. Macam mana sihat? Dapat good night sleep ke semalam?” usik
Danny kepada dua kawannya Joey dengan Jun yang masih bermasam muka sejak dia
memasuki kelas.
“Janganlah korang berdua monyuk saja dari tadi. Apa kata nanti rehat saya belajar korang
berdua ok? Alah itu hanya lawak saja. Lagipun semalam kan April’s Fool, so cheer
up no more the grim face so smile.” Danny masih mencuba memujuk Joey dan
Jun.
“Baiklah hanya nie
saja saya maafkan kamu dan kalau kau buat lagi kena juga kau My Sweet Sidekick.” Gertak Joey.
Danny cuba peluk Jun dan Jun sempat menampar pipi Danny
sekali dan berkata “Sedapkan nak lagi? Kalau nak lagi jangan kau buat macam
semalam lagi bukan tampar saja, sepak terajang kau juga sekali macam Joey.”
Sambil mengosok pipi Danny yang kemerah-merahan.
Ketua kelas mulai meminta semua pelajar bangun, apabila Cikgu
Nora mulai memasuki kelas 1 Matahari. Selepas semua pelajar mengucap selamat
pagi, Cikgu Nora memanggil Danny. Joey dan Jun mulai resah sama ada kegiatan
semalam terbongkar selepas mereka mendengar Danny dipanggil.
“Danny, kau ada buat salah sama sapa-sapa ka?” tanya Cikgu Nora kepada Danny.
“Rasanya tiada cikgu. Kenapa?” Danny nampak kebingungan
dengan pentanyaan Cikgu Nora dan sempat curi-curi pandang ke arah Joey dan Jun
yang nampak tak puas hati dengan jawapan yang dia berikan tadi.
“Begini, nama kamu tertulis dengan darah di muka pintu
bilik berkunci. Dengan menberi amaran bahawa “Saya akan kerjakan kamu
cukup-cukup selepas kau memalukkan aku.” Kau pastikah tidak membuat sapa-sapa marah?” soalan yang diberikan
oleh Danny bagai wujudnya kerisau di muka Cikgu Nora.
“Rasanya tak Cikgu.” Jawab Danny yang mulai muskil dengan
kejadian tadi.
“Baiklah sila balik ke tempat duduk kamu, nanti pihak
polis akan datang soal siasat dengan kamu takutkan ia adalah ugutan dari
seseorang. Soal siasat pada waktu rehat nanti.” Jawab Cikgu Nora memberitahukan
Danny.
Pada waktu rehat, Danny disoal siasat oleh 2 orang
Detetif Osman dan Detetif Dana. Satu persatu soalan dituju kepada Danny dan
nampak pada wajahnya sedikit risau sama ada ia ugutan mahupun lawak seseorang
kepadanya. Selepas 30 minit disoal siasat, Danny dibawah ke tempat kejadian
iaitu dimuka pintu bilik berkunci. Joey dan Jun sudah berada di sana bersamaan
pelajar lain, yang ingin melihat dengan mata mereka sendiri sama ada cerita itu
betul. Ternyata ia benar, terpapar tulisan berdarah di muka pintu yang bertulis
“ Danny, Saya akan kerjakan kamu cukup-cukup selepas kau memalukkan aku” dimana
pihak polis membuat penyelidikan forensik di muka pintu itu.
“Detetif Dana boleh kau temu bual dengan Pak Samad” arah
Detetif Osman kepada Detetif Dana.
“Pak Samad bagaimanakah kamu terjumpa dengan tulisan
ini?” soal Detetif Dana sambil membuat catitan apa akan Pak Samad bakal jawab.
“Begini setiap pagi saya akan pastikan semua suis lampu
dimati dan semua bilik serta kelas tak berkunci. Bila saya hendak ke blok lama
sekolah nie, saya ternampak titik
merah di lantai berdekatan dengan bilik berkunci. Pertama kali saya sangkakan
dakwat merah ke hapa, rupa-rupanya
darah kerna kepekatannya dan baunya.
Dan bila saya mendongak ke atas, ternyata tulisan itu ada di muka pintu dengan
amaran itu. Bagi saya tak mungkin sapa-sapa
boleh buat kerna hanya saya sorang
saja di sekolah nie sebelum pengetua
sekolah nie sampai ke sekolah. Bila
pengetua sampai, saya terus melaporkan kepada dia sebelum dia melaporkan
perkara nie kepada pihak polis.”
jelas Pak Samad penyimpan kunci sekolah yang berusia 50an.
“Bagaimana siasatan yang kamu dapat?” soal Detetif Osman
kepada pihak forensik.
“Tuan, ternyata ia darah manusia tapi asalnya masih belum
diketahui lagi. Dan Tuan, kami tak dapat menjumpai sebarang cap jari berdekatan
dengan pintu nie selain daripada Pak
Samad.” Salah satu sorang pihak forensik membuat penjelasan kepada Detetif
Osman.
“Teruskan siasatan sebelum membawanya balik the makmal.
Tengok-tengok kawasan sekitar sama ada sebarang penunjjuk yang boleh kita
kaitankan dengan kes nie.” Jelas
Detetid Osman kepada pihak forensik.
Semasa pihak membuat siasatan, Joey dan Jun menarik Danny
keluar ke ruang perpustakaan.
“Danny, kau pasti ke nie?
Macam lain saja nie. Seram sejuk juga saya tengok.” Tanya Jun kepada Danny.
“Siapalah yang kau kasih malu nie? Lagipun kita selalu bersama-sama dan saya sendiri tak pernah
kenakan sesiapa selain kami berdua.” Tanya Joey kepada Danny.
Danny tak dapat menjelaskan siapakah yang dia telah
memalukkan dan dia pasti ia sama ada someone
jokes going bad. Dia sendiri tak pernah menghadapinya sebelum ini dan dia
kena berhati-hati apa tindakan di masa hadapan.
Selepas 1 minggu kejadian itu berlaku.
Keadaan sekolah kembali kepada seperti biasa, kesemua
khabar angin dan ketakutan hilang dalam seminggu. Pihak polis masih membuat
siasatan tetapi ia menuju ke jalan buntuh dan kes ini terpaksa ditutup
sementara bagi mencari pentunjuk baru.
“Selamat pagi Danny!” terjah Joey dan Jun dari belakang
Danny yang berjalan ke perkarangan sekolah.
“Selamat pagi Joey dan Jun” cara Danny menyampai sedikit
lemah malah mukanya pucat bagaikan dia tak cukup tidur.
“Kenapa kau Danny tak cukup tidur ka atau kau ada buat projek malam-malam ke?” usik Joey dengan
Danny, manakala Jun ada sedikit malu bagaikan dia faham apa Joey maksudkan.
“By the way, kau
jadikan ikut program persatuan kita untuk bermalam di sekolah Jumaat nie? Kalau saya dengan Jun green light saja nie. Rugilah kalau kau tak turut serta. Join kita sama-sama boleh juga kita kenakan group kita yang lain kan.” Joey menanyakan Danny sama ada dia
hendak mengikuti program itu.
“Baiklah kerna
korang berdua saya join tapi bab
kena-mengena tu saya tak nak ikut. Boleh?” jawap Danny tetapi Joey dan Jun
berasakan kelainan dengan jawapan yang dia berikan kerana mereka berdua kenal
Danny sebagai Joker sekolah tetapi
mengapa dia berperangai sedemikian.
Pada hari yang ditunggu –tunggu telah tiba buat 3
sekawan, Joey dan Jun kelihatan ceria tapi berbeza buat Danny keadaan dirinya
mulai tak terurus malah lebih pucat dari sebelumnya iaitu 3 hari selepas
perberitahuan program tersebut. Bagi mereka yang mengikuti program ini hanya beranggapan
bahawa tiada sebarang aktiviti pada waktu malam tetapi mereka silap, dalam 1
kumpulan 3 orang kena berjaga pada waktu malam untuk menguji keberanian setiap
orang dan akan dihakimi dengan beberapa pelajar senior.
Joey, Jun dan Danny merupakan kumpulan ke 4 dan akan
berjaga pada pukul 12 tengah malam sehingga pada jam 1.30pagi.
“Ingat korang
hanya perlu berjaga dari padang sekolah sehinggakan ke blok lama. Tetapi
apabila korang dah sampai ke makmal sekolah, korang
kena berpecah. Sorang kena pergi
ke perpustakaan, sorang kena ke
kantin dan sorang lagi kena pegi ke Kelas ERT di blok lama.
Sebabnya korang kena laporkan kepada
senior korang yang menunggu kamu di
sana. Selesai semuanya korang boleh
berkumpul semula di grand stand.
Faham?” arahan Akmal iaitu senior
mengenai aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Joey, Jun dan Danny.
“Faham, kami akan cuba segala upaya melaksanakannya”
jawap Joey bagi pihak ketua kumpulan nombor 4.
Dengan berbekalkan lampu picit dan mereka bertiga berjalan pelahan-lahan menuju
ke destinasi pertama mereka iaitu makmal sebelum mereka kena berpecah nanti.
“Kita dah sampai ke makmal, so saya akan ke kantin dan manakala Jun ke perpustakaan. Kau ok ka ke kelas ERT tu?” soal Joey
kepada Danny yang nampak sedikit gelisah bila setiap kali dia memandang ke arah
blok lama.
“Baik la saya
akan pergi ke sana. Er.. saya nak tanya nie
selepas ari tu korang tak ada
apa-apa ganjil berlaku kat korang berdua?” soal Danny. Joey dan
Jun memandang satu sama lain kehairannya dengan soalan Danny.
“Tak juga macam biasa saja. Dari ari tu saja saya nampak kau pucat saja. Apasal kau nie macam tak cukup tidur dan selalu
saya nampak kau tertidur di kelas. Rasanya macam kau nie sakit semacam saja. Ada apa-apa yang kau rahsiakan ka sejak ari tu?” soal Jun ternyata ada kerisauan pada mukanya selepas dia
menyedari perubahan besar pada kawan baiknya Danny.
“Ceritakan saja pada kami, kami janji cuba untuk
mengertinya.” Jelas Joey yang mahu mengetahuai apa masalahnya kawan baiknya
Danny.
“Susah bagi saya mau jelaskan nie. Selepas saya balik saja ke rumah selepas ari tu, saya selalu terdengar bunyi lagu nie tak henti-henti setiap kali saya mahu tidur. Kalau saya
bersendirian pun saya rasa bunyi tu dekat saja malah di sekolah pula saya ada
nampak kelibat seseorang setiap kali saya lalu blok lama tu. Tapi sekejab saja.
Dekat setiap hari saya dengar lagu nie
dan setiap hari juga saya ternampak kelibat lelaki tu dimana-mana saja.” Jelas
Danny menceritakan kepada kawan baiknya.
“Satu hari saya terdengar lagi lagu tu di rumah sepupu ku
Sam. Dan saya ada tanya nama lagu tu. Dan dia kata Gloomy Sunday, dan lagu nie
dia pakai buat kajian buat kajiannya. Katanya lagu tu sapa saja dengar akan membunuh diri.” Jelas Danny.
“Tak mungkinlah baik kau berhati-hati ok. Baik kita
berpecah kalau ada apa-apa terus saja call
kami berdua dan kami akan datang secepat mungkin datang ke kamu.” Kata Joey
tetapi belum dia habiskan ayatnya. Danny bagaikan mulai marah dan bergegas ke
blok lama.
“Korang berdua boleh pergi sekarang. Saya terdengar lagi
lagu keparat nie lagi. Biar saya
ajar dia cukup-cukup kalau boleh saya mau bakar piano buruk tu juga malam nie.” Bertak Danny semasa dia bergeges ke blok lama.
“Hey! Tunggu Danny! Jadi macam mana nie? Biarkan saja nie?
Kita laporkan ke senior kita kot-kot boleh dorang tolong nie.”
Tanya Jun kepada Joey. Dan selepas Joey bersetuju mereka pergi mendapatkan senior mereka.
Bagi Danny, dia dah berasa cukup marah dengan bunyi lagu
yang menghantui dia selama 10 hari tanpa henti. Malam nie juga Danny mahu membuat perhitungan dengan dia juga. Dia tak
menyedari dia melintasi bilik ERT sepintas lalu dan dia hanya sedar bahawa dia
di hadapan pintu bilik berkunci. Mulainya dia berasa ragu-ragu tetapi dengan
hati mebuak-buak kemarahan untuk menbuat pehitungan dengan dia. Danny berasa
hairan bukankah bilik ini berantai tetapi ia tidak dan apabila dia menbuka
pintu lalu masuk ke dalam.
Dam! Pintu tu tertutup dengan sendiri. Bilik itu gelap
sekali, Danny cuba meraba-raba lampu picitnya dan berjaya dihidupkan. Dengan
serta-merta bilik itu bercahaya satu per satu dengan nyalaan lilin yang tak
tahu dari mana datangnya. Lilin itu ternyata menyala dengan sendirinya malah ia
kelihatan terapung di sekitar bilik itu. Dengan tiba-tiba muncul kelibat lelaki
bertocang disebelah piano usang dan nyata menampak dirinya kepada Danny yang
kaku selepas dia melihat kelibat itu. Dia mahu menjerit dengan sekuat hatinya
tetapi suaranya tak dapat dikeluarkan bagaikan ia tersekat di tekaknya.
“Macam mana budak takut? Tak percaya hantu tu wujud ka? Apabila aku menampakkan kepada kamu bagaimana. Bagaimana lagu
kesayangan saya? Nikmat bukan? Dari hari tu
lagi. Kamu berani sangat menghina saya dengan pontianak hah budak ataupun lebih lanjut Danny.” Gertak lelaki itu dengan
pelahan-lahan menuju ke arah Danny yang masih kaku lagi.
“Hari nie kira bertuah sekali bagi ku untuk menerima kamu sebagai koleksi
roh yang aku kumpul. Mereka nie peminat
setia saya dan menjadi peneman ku
buat selamanya.” Kata lelaki yang mulai berubah kepada separuh biasa dan
sebelah rangka, sebelum dia memertik jarinya memanggil. Keluar satu per satu
roh yang menjadi mangsa lelaki itu. Kira-kira 12 kesemuanya dengan menunjukkan
muka mereka kesedihan dengan air mata berdarah.
“Masa kamu dah tiba wahai Danny.” Kata lelaki itu
menangkat Danny ke tingkat paling atas sekolah tu sambil ketawa menyeramkan.
Jeritan Danny mengegarkan sekolah itu. Joey dan Jun
belari-lari bersama beberapa pelajar senior ke arah Danny. Dan mereka dah
terlambat, Danny sudah mati selepas dia terjatuh dari tingkat atas sekolah.
Mayatnya mengadap ke atas bagaikan dia memlihat seseuatu di atas dengan air
mata berdarah mengalir pelahan-lahan di pipinya. Joey dan beberapa pelajar
senior cuba segala upaya jikalau mereka boleh membuat apa tetapi sayang sekali
ia dah terlambat. Jun menangis sekuat hatinya di samping tubuh Danny yang tak
bernyawa.
Peristiwa itu, Joey dan Jun berasa sedih sekali dengan kehilangan
Danny kawan baik mereka berdua. Pihak polis ada membuat siasatan tetapi
mengakhiri dengan membunuh diri. Bagi mereka berdua, mereka percaya Danny tak
mungkin membunuh diri tetapi segalanya takdir yang menimpah kepada Danny.
Joey dan Jun sering kali ternampak kelibat Danny di tingkap
bilik terkunci itu. Danny bagaikan dia menjerit meminta tolong sambil menangis
darah sebelum lenyap dari mata.
Tamat
.........................................................................................................................................................................
Roh Danny akan terkurung di dalam bilik tu sehingga kini bersama-sama dengan
roh-roh yang menjadi mangsa lelaki itu. Mereka menjerit meminta tolong sambil
menangis darah. Sebenarnya Danny tu
tahu sekolah tu keras tapi dia tak
percaya dan menganggapnya sebagai karut. Tapi silapnya percaya mahupun tak
jangan sesekali cakap besar mahupun sombong. Bagi mereka (hantu) itu penghinaan
dan mereka juga berasakan kurang ajar. Sama ada hidup mahupun mati, kalau kau
bercakap besar dan sombong; tetap kamu akan menerima balasannya. Ada perpatah
orang tua “ Kerna mulut, badan
binasa”. Kerna mulut Danny sendiri,
nyawanya melayang.
Jadi ingat, petua datuk nenek harus kita ingat walaupun
ia tak boleh terima dalam dunia sekarang nie.
Tapi petua itu amat berguna sekali, kerna
bahaya berada di mana-mana sama ada sedar ataupun tak sedar. Ingat jangan
bercakap besar mahupun sombong dan tinggi diri di tempat baru, hutan, laut,
sungai, kubur mahupun tempat-tempat yang keras. Ingat kalau kena sampuk atau
kena rasuk tu masalah kamu sebab
langgar petua kalau kamu tetap tak mau
jaga percakapan kamu ditempat itu. Jadi ingat petua tu. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan