Buat masa ini saya masih dalam proses mencari bahan dan ada beberapa dalam proses penulisan. Lagenda dan Mitos, tu ada kemungkinan tinggi akan lebarkan lagi selain daripada cerita lagenda di Nusantara sahaja malah seluruh dunia, Selain itu, saya akan berkongsi semula penulisan cerita seram saya sebaik sahaja saya lengkapkan beberapa cerita dahulu.
Jika ada pembaca berminat nak berkongsi cerita itu, sila email kepada saya dan saya akan siarkan di blog ini. Manakala buat masa ini, dibahagian facebook belum ada jawapan apabila ada masih malu-malu kucing nak berkongsi.
Ini kerana stigma dan keberanian nak berkongsi cerita.
- Kebanyakkan bukan penulis professional, sebab ramai sangat cikgu bahasa Malaysia media sosial. Padahal guna pun tak betul, tapi nak kritik bukan main.
- Tak semua rajin ataupun nak taip lengkap, terutamanya yg berkongsi mengunakan handphone. Jikalau menggunakan komputer / laptop, tu 50-50 nak taip lengkap.
- Banyak sangat perkataan baru di dalam bahasa Malaysia, jujurnya saya sendiri pun tak faham dan tahu ejaan perkataan ini.
- Kaki kritik / kaki tak percaya. Ini golongan yang kamu tak dapat lari baik dalam dunia nyata mahupun di dunia sosial media. Kaki yang tak percaya dan suka pandang serong buat mereka yang berkongsi cerita dan mereka yang mengalami pengalaman yang menyeramkan ini. Baik kamu bercerita semuka dan bertulis, kaki menyampuk tapi nak dengar juga sebelum menyerang lepas bercerita. Jujur kita pernah jumpa golongan ni. Kita boleh doakan golongan ni kena pada diri sendiri, baru mereka tahu macam mana.
Teruskan memberikan sokongan kepada blogspot ini, dan harap bersabar menanti cerita dan infomasi di blog ini. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan