Adakalanya apabila ada benda yang dilihat semestinya nakkan mahupun dibeli. Tapi jikalau benda yang menarik perhatian kita ini berada di tempat awam ataupun di tempat membuang sampah. Ada barang seperti almari, cermin, kotak, anak patyng dan lain-lain yang masih dalam keadaan elok tanpa sebarang jenis kerosakkan. Bagi yang mampu, tiada sesiapa akan mengambil barang-barang ni akan tetapi ada mereka yang kurang berkemampuan dan serba kekurangan akan mengambil barang ni untuk kegunaan di rumah.
Tapi ada benda-benda ini mempunyai rahsia ataupun sejarah yang terlindung, dimana tuan asalnya membuangnya. Adakalanya barang ini adalah barang turun-temurun ataupun benda paling disayangi oleh arwah/mendiang. Ada benda ini mempunyai pendamping ataupun penunggu yang tinggal di dalam objek ini. Apabila tuan asalnya tak ingin lagi memelihara ataupun simpan saka ini, ada yang mengambil langkah mudah dengan membuangnya di tempat membuang sampah atau dimana-mana siring / tepi jalan dengan harapan benda ini dilupuskan tanpa memikirkan ada orang lain bakal mengambilnya. Apabila benda ini dilupuskan dengan membuangnya di tempat-tempat yang jauh daripada kehadiran manusia dengan menanamnya ataupun menghanyutkan ke laut ataupun membuangnya terus ke laut. Paling mudah dengan meminta pertolongan dengan mereka yang pakar untuk menghapuskan barang ini.
Bagi yang tak tahu, ia sekadar barang sahaja dan tak lebih daripada itu. Akan tetapi ia tak semestinya gangguan itu bermula terus sebaliknya gangguan hanya berlaku selepas beberapa hari/malam. Gangguan seperti penampakkan kelibat, ada gangguan pada waktu tidur, kedengaran bunyi bising ataupun suara-suara yang menyeramkan. Gangguan ini mulai disedari terutamanya orang rumah seperti suri rumah dan anak-anak mahupun ibubapa {khas buat mereka yg dah berkahwin dan tinggal bersama-sama ibubapa / mertua serumah}.Ini melihat kepada individu tersebut nak mempercayai kata-kata orang rumah, tapi dengan keadaan masa kini ada kemungkinan tinggi komplen itu dihiraukan.
Jika yang mengambil berat dan mengambil tindakan. Maka bantuan daripada mereka yang pakar diperlukan iaitu pakar perubatan alternatif diperlukan. Ya, ia mengambil masa nak mencari sebabnya dan puncanya.Jikalau ia berpunca daripada barang yang diambil ini maka barang itu harus dibuang. Insha Allah, gangguan itu akan berhenti juga.
Ini pula kes istimewa apabila terjumpa barang seperti cincin atau rantai ditempat dimana pernah berlakunya kemalangan dan kematian. Walaupun nampak cantik atau ia adalah emas sekalipun, jangan sesekali mengambilnya apabila gangguan yang bakal kamu alami lebih teruk sekali daripada barang yang mempunyai pendamping mahupun saka sekalipun. Gangguan kelibat lembaga seperti seseorang yang sudah meninggal dunia di dalam rumah, penampakkan diri secara berdepan dan meminta barang dipulangkan dan gangguan di dalam mimpi. Gangguan ini bukan sahaja menganggu emosi malah kesihatan apabila empunya diri tak berani nak tidur dan paranoid dengan keadaan sekeliling. Cara nak bebaskan diri daripada gangguan dengan memulangkan barang yang diambil ke tempat asal ataupun meminta bantuan dengan Pakar perubatan alternatif untuk menangani masalah gangguan ini. Jangan sekali berdegil ataupun keras kepala daripada memulangkan/memberikan barang ini kerana ia adalah barang diperbuat daripada emas. Jangan disebabkan kedegilan diri sendiri, dengan membenarkan diri terus diganggu.
Kesimpulannya, jangan sesekali mengambil barang-barang yang di tempat pembuangan barang, secara sebarangan dan check dahulu. Jikalau nampak cincin walaupun emas sekalipun di tempat awam ataupun di tepi jalan, jangan bawak balik ke rumah jikalau boleh terus gadai sahaja ataupun berikan kepada pihak polis. Mana tahu ada yang nak claim nanti. Ini paling penting sekali, sila bagi nasihat kepada anak-anak agar tak mengambil barang di tepi jalan mahupun di tempat membuang sampah terutamanya barang itu adalah permainan seperti contoh anak patung. Saya tak akan jelaskan lebih lanjut seperti mana saya telah jelaskan pada subjek hampir sama pada malam Jumaat yang lalu.
Jikalau nampak benda unik di tepi jalan ataupun di tempat membuang sampah,
JANGAN AMBIL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan