Khamis, 6 Ogos 2015

Bertenggek di jemuran

Salam malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan sebuah kisah seram yang saya dengar daripada my mom. Kisah nie berlaku ketika mereka masih tinggal di Klagan ataupun di Nango, tak pasti di mana la. Dijadikan cerita ia adalah berlaku pada malam harinya pada masa tu mendiang nenek nie mengandung dan kira tunggu masa sahaja nak melahirkan anak (tak pasti siapa pada masa sebab kisah nie agak lama sudah maybe mak cik mahupun pak cik).

Dipendekkan ceritalah, pada masa tu mendiang nenek ada di rumah sementara tu dia terdengar ada bunyi macam dari luar rumah pada masa tu. Perasaan takut mulai menghantui maka dia meminta mendiang datuk untuk tolong tengok-tengokkan di luar rumah. Mendiang datuk terus ke luar, macam ada benda bertenggek di atas jemuran baju nie bukan satu tapi dekat 2-3 begitu sedang melihat ke arah rumah. Ada menyeramkan sekali "kepala" tu selihat ke dalam rumah dengan mata yang merah sambil air liur meleleh dari mulut.

Mendiang nenek tanya dengan mendiang datuk, tapi mendiang datuk tak bagi tengok hanya katakan ada benda "tu" diluar. Mendiang Datuk nie tahu juga sedikit ilmu (tidak hairan pada masa tu apabila banyak orang tua-tua ada ilmu di dada terutamanya tinggal di pendalaman dan kawasan yang baru diterokai). Ada benda mendiang Datuk buat tak lama benda tu lari la tapi benda tu tetap datang sehinggakan mendiang nenek melahirkan anak. Tapi benda tak dapat menyerang apabila banyak petua lama dan benda-benda yang menghalang "benda" tu daripada masuk ke rumah.

"Benda" tu tetap ada setiap kali mendiang nenek saya nie mengandung mahupun masa berpantang, tapi ia perkara biasa pada masa tu dikala di kampung. Ia tak dapat dielakkan apabila pada masa tu ilmu syaitan nie banyak diamalkan. Hanya petua-petua lama digunakan sekurang-kurangnya dapat juga mengelakkan daripada benda tu masuk mahupun menyerang.


Walaupun dunia kita serba moden tapi kita tidak tahu masih ada mereka yang mengalaman ilmu nie. Ada yang mereka ada ilmu nie sebab kepentingan diri sendiri manakala ada pula diturunkan sebagai saka serta ada pula dijangkiti. Maka berhati-hati sahaja lagipun setiap petua orang tua-tua nie agak mengarut apa ia ada sebabnya tersendiri tapi terpulang kepada kita nak percaya mahupun mengamalkan ia..

"Benda" yang dimasukkan adalah B punca 2 jadi faham2 sahaja la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan