Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya
akan berkongsikan kisah nie berlaku kepada saya semasa sekolah
rendah dahulu. Saya tak pasti pernah menceritakan ataupun belum pada posting terdahulu
yang berkaitan dengan Sekolah rendah saya nie. Ia berada dinotes saya jua yang
bertajuk "Ganjil". Disini saya ingin menyatakan bahawa
kisah nie pendek sangat dan tidak menyeramkan tapi ia menyeramkan
bagi saya pada masa itu, apa saya nak buat sebab saya ada memory yang
kuat sangat maka boleh mengingatinya dengan jelas sekali.
Berbalik pada kisah saya nie, maaf sangat
saya tak ingat tarikh mahupun tahun dah kira lama sangat. Klu tidak
silap pada masa tu saya masih lagi sesi petang dan
kejadian nieberlaku pada petang hari. Pada masa kejadian tu terkenal
di hometown saya nie kejadian penampakkan Pontianak dimana
ramai ternampak di sebuah jalan di Sandakan (Maaf tak ingat yang mana satu pada
masa tu). Malah ada beberapa penduduk terdekat pada sekolah rendah
saya nie turut mengatakan mereka terlihat kelibat hantu
terkenal nie pada kawasan sekolah. Memang pada hari tu menjadi
riuh-rendah apabila berdekatan dengan tandas sekolah ada mereka ternampak ada
benda diatas pokok seperti satu kain putih panjang bergantung pada dahannya.
Saya sempat melihatnya kain tu di sana bukan hantu tu la,
kelihatan jelas kain tu putih dengan tompokkan tanah padanya
serta ada secebis daripada kain itu pada bawah pokok. Nie saya
nak beritahu bahawa belakang sekolah rendah nie ada sebuah
sungai dan ia berdekatan dengan sebuah gua kecil. Belum sempat saya nak tengok
lagi rapat secara tak langsung beberapa guru datang ke sana dan mengarahkan
kami pelajar-pelajar untuk balik ke kelas.
Itu sahaja la kisahnya memang
tidak seram pun malah ia sekadar kenangan semasa saya kecil dahulu serta masih
menjadi persoalan apa sebenarnya benda di atas pokok tu serta
apa yang sbenarnya berlaku. Nampaknya persoalan nie belum ada
jawapan sehingga kini..
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan