Salam Malam Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan satu kisah yang
sudah lama berlaku dan belum pernah diceritakan lagi. Nie berlaku kepada kakak
sepupu saya ketika bermalam di rumah saya. Bukan kakak sepupu saya seorang
sahaja yang menumpang malah dia ada bawa 2 kawannya lagi atas urusan kerja.
Balik ke kisah yang saya bakal ceritakan kepada kamu semua, ia terjadi satu
hari sebelum berakhirnya puasa dan pada keesokkan harinya Hari Raya. Kejadian
nie sudah lama berlaku rasanya saya masih lagi kecil dekat masuk remaja rasanya
la. Berbalik kita la, Les (kakak sepupu saya nie bahagian mom side) pada masa
mandi dekat tengah malam la.
Masa tu dia mandi terdengar bunyi ketukkan tapi bukan pada pintu tandas
sebaliknya dari tingkap tandas, tanpa membuang masa dia terus cepatkan
mandiannya lalu keluar dan mendapatkan kami la. Memang pucat muka Les bila ia
terjadi kepadanya malah malam tu dah malam terakhir bulan puasa.
Semestinya ramai akan katakan apa nak hairan kan? Tapi cuba kamu bayangkan
la tandas tu berada di tingkat 1 dan diluar tingkap tandas tu tiada tempat
berdiri mahupun tembok serta bumbung. Semestinya seram kalau ia berlaku kepada
kamu sendiri bukan. Selepas kejadian tu Les tidak berani lagi mandi dikala
lewat malam.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan