Salam Malam
Jumaat semua, malam nie saya akan kongsikan satu kisah yang
berlaku kepada diri saya sendiri semasa saya remaja dulu dan kisah nie belum
pernah dikongsikan mahupun diceritakan lagi..
Kejadian nie berlaku
pada satu malam nie saya menonton tv seorang
diri masa tu dekat tengah malam, apa nak hairan kan tu masanya
saya dapat tengok tv dan keesokkan harinya sekolah sesi
petang.. Balik ke kisah saya nie, masa menonton tv nie memang
sunyi mati semua orang dah tidur. Dengan tiba-tiba terdengar bunyi ketukkan
pada pintu jiran saya nie kuat sangat, sangkaan saya ada orang
lain bila saya jenguk di luar tingkap untuk lihat rumah jiran saya nie ternyata
tiada orang langsung dan rumah jiran saya nie ternyata gelap sekali bererti
semua sudah tidur. Lalu saya sambung tengok tv la, tak
sampai beberapa minit pintu jiran saya kena ketuk lagi dengan kuat
sekali.
Tanpa membuang
masa saya terus matikan tv serta lampu terus lari ke dalam
bilik. Maaflah kisah buat malam nie pendek sangat dan masa tu saya nie masih la penakut
bukan macam sekarang nie ada berani sedikit la.
Baik sampai di sini sahaja buat malam nie ingat pada minggu
depan ada lagi kisah yang belum pernah dikongsikan mahupun diceritakan buat
kamu baca jadi nantikan sahaja la..
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan