Salam Malam Jumaat semua, malam nie ada berbeza sedikit kira ia terjadi
kepada saya sendiri tanpa saya sendiri sedari. Kisah yang saya bakal kisahkan
nie saya dengar daripada Mak cik saya yang membuatkan sepupu saya dalam
ketakutan.
Saya pernah kisahkan dahulu yang saya menumpang di rumah mak cik saya di
Dongonggon dulu bukan? Sila lihat pada kisah-kisah pengalaman saya terdahulu.
Berbalik kepada kisah yang saya akan ceritakan nie, asalnya sepupu saya sendiri
yang ceritakan kepada mak cik saya kemudian memberitahu saya sendiri dan
kejadian nie berlaku pada keesokkan harinya selepas kejadian tersebut.
Asalnya saya sendiri pun tidak sedar mengenainya pada malam tu, pada malam
tu saya masih ingat sangat adik sepupu (masa tu gatal sangat tak tau la
sekarang nie masih gatal ke tidak) masih sibuk bermain sms dengan kekasihnya
jadi oleh kerana saya ada kelas pada keesokkan harinya maka saya tidur dahulu.
Nie apa yang saya dengar, pada masa tu masa dah dekat tengah malam. Sepupu
saya nie masih lagi sibuk sms tanpa henti dan belum lagi tidur-tidur. Dengan
tiba-tiba dia dalam ketakutan apabila dia terdengar saya bersuara dengan garau
dengan mata merah ke arahnya untuk pergi tidur. Tanpa membuang masa dia terus
matikan lampu dan pergi tidur.
Selepas kejadian tu dia tidak lagi berkongsi bilik dengan saya lagi,
mentang-mentang budak nie penakut bukan main walaupun lelaki. Akhirnya dia
terpaksa tidur di bilik mak cik saya nie kerana tidak ingin lagi mengalaminya
lagi. Rasanya saya mengigau sahaja tu boleh dia takut. Rasa saya ia perkara
lucu sangat, maaflah jika tidak seram ya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan